Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan Salam Maju Johor.
Pada 7 Julai ini, anggota Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia serta seluruh warga pasukan keselamatan akan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal dalam Pilihan Raya Negeri Johor.
Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala jasa, pengorbanan serta khidmat bakti saudara-saudari dalam menjaga keamanan, kestabilan dan keselamatan negeri serta negara.
Saya sedar, amanah memimpin dan mentadbir Johor bukanlah sesuatu yang mudah atau ringan. Setiap kepercayaan yang diberikan oleh rakyat adalah amanah besar yang saya pegang dan pikul dengan penuh rasa tanggungjawab.
Justeru, dengan penuh rendah hati, saya memohon dan merayu kepada saudara-saudari. Berikanlah peluang dan kepercayaan kepada calon-calon Barisan Nasional untuk kami terus berkhidmat, meneruskan usaha yang telah dimulakan dan membawa Johor melangkah lebih jauh demi kesejahteraan seluruh Bangsa Johor.
Insya-Allah, sekiranya diberikan mandat sekali lagi, kami akan terus bekerja sehabis baik dan sedaya upaya untuk membalas kepercayaan yang diberikan.
Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan pengundian awal, melancarkan setiap perjalanan dan mengurniakan kemenangan kepada Barisan Nasional dalam PRN Johor ke-16. Insya-Allah.
Pilihlah Barisan Nasional. Pangkah Dacing!
HIDUP BN! HIDUP BN! HIDUP BN!
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#MajuJohor #BangsaJohor #BNJohor #GelombangBiru #PangkahDacing