Tiga Maut Selepas Kenderaan Berhenti Di Lorong Aktif Lebuh Raya Taiwan
Oleh Mynewshub
MIAOLI – Tiga individu maut dalam satu kemalangan ngeri di Lebuhraya 1, Taiwan selepas dua pemandu dipercayai berhenti di lorong aktif susulan kemalangan kecil sebelum dirempuh sebuah lagi kenderaan.
Kejadian berlaku pada 19 Ogos lalu berhampiran Kilometer 147, laluan menghala ke utara di Miaoli County.
Menurut laporan, kejadian bermula apabila sebuah van merempuh bahagian belakang sebuah Tesla.
Pemandu van berusia 45 tahun dan pemandu Tesla berusia 36 tahun kemudian dipercayai keluar daripada kenderaan masing-masing dan berdiri di antara kedua-dua kenderaan yang masih berada di lorong aktif lebuh raya.
Bagaimanapun, sebuah kereta lain yang datang dari arah belakang gagal mengelak sebelum merempuh van berkenaan pada kelajuan tinggi.
Rempuhan kuat itu menyebabkan pemandu van tersepit, manakala seorang penumpang warga Filipina berusia 62 tahun yang berada di dalam van maut.
Pemandu Tesla pula dilaporkan meninggal dunia kemudian akibat kecederaan dialaminya, sementara beberapa individu lain mengalami kecederaan ringan.
Insiden berkenaan sekali lagi mencetuskan peringatan mengenai bahaya berada di lorong aktif lebuh raya selepas berlaku kemalangan.
Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya, sekiranya keadaan mengizinkan, segera mengalihkan kenderaan ke bahu jalan atau kawasan selamat serta menggunakan lampu kecemasan dan alat amaran bagi mengelakkan kemalangan susulan. – MYNEWSHUB
Selena Gomez just went live on Instagram and dropped a bombshell: she’s ending her engagement with Benny Blanco after catching him in a hotel with a 23-year-old TikTok model from Colombia.
“Three months after he proposed I thought I finally had the real thing.
@lkhmnalf@meinmokhtar Byk je org dh resign sethn ada lagi mangkuk tanya ex staff benda ni kt mana, benda ni mcm mana. Superiors pn bodo, time notice period tambah lg kerja resigning staff, xsempat nk proper handover & ajar staff, kna transfer pula kerja dekat staff yg sama byk kerja xsempat nk belajar