KES ZAYN RAYYAN
“BEBAN BUKTI”
Dalam sistem Mahkamah, terutamanya dalam kes jenayah, the GAME is, bukan apa kita tahu yang terjadi, tetapi apa yang boleh dibukti.
Ini kerana, apabila seorang itu didakwa, beliau hanya boleh didapati bersalah, tanpa ada keraguan munasabah.
Maknanya, Mahkamah perlu yakin-seyakin2 nya dialah orangnya yang lakukan jenayah. Kalau ada ragu2, walaupun sedikit, Mahkamah perlu lepaskan pesalah.
Dalam membuktikan kes bunuh, lagilah pulak. Perlu ada bukti senjata, kena ada DNA pembunuh di situ jua. Kalau ada saksi sahih dan kredibel, lagikan pula. Itu macam dapat kes atas silver platter.
Tapi itu hanya ideal. Setiap kes bunuh, ada saja masalah. Kadang senjata tak jumpa, saksi langsung tak nampak apa. Pesalah main game pula. Tambah yang dekat dengan mangsa.
Buat pihak penyiasat blur. Ada ketika polis dah tahu siapa pesalah, tetapi buktinya limited.
Makanya, ada cara lain yang boleh membantu. Dengan minta dia mengaku. Itu yang saya difahamkan berlaku, bila si ibu dibawa ke Mahkamah Majistret. Untuk buat pengakuan depan Mahkamah. Bukan depan polis. Pada mereka, agar ada la bukti nyata, dialah pesalah sebenarnya. 
Namun, atas urusan teknikaliti. Bila peguam campuri. Maka susahlah nak lekat kes ini.
Bila kes bunuh tak dapat dibuktikan. Polis perlu dapat kesalahan lebih ringan. Supaya tak terlepas sabitan. Masih lagi semua dalam Mahkamah perlu putuskan.
***************
Satu yang pasti, banyak sangat isu pelik2 di sini. Yang kita masih mencari.
Bagi pihak ibu/ bapa
- Kenapa tak konsisten cerita mak bapak dia. Kenapa bertukar2 sampai perlu buat lakonan semula?
- identiti Zayn pun kita confuse. Nama bapanya seperti ada dua. Tak tahu apa cerita sebaliknya?
Bagi pihak polis
- pelbagai naratif keluar pada awalnya, ada kes bunuh, ada kesan sexual abuse. Tetapi yang ibubapa didakwa atas kesalahan abai kanak2. Buat orang tertanya, ada pembunuh lain kah?
Walaupun banyak persoalan ini little birds sampaikan kepada saya. Macam2 cerita tetapi hearsay sahaja, takut subjudis juga. Eloklah semua ini dijawab ketika bicara.
Satu yang pasti, sama ada anda team Polis atau team ibubapa Zayn, seeloknya elakkan take side.
Side yang patut kita masuk, ialah team adik Zayn.
Doakan keadilan tertegak untuk mangsa, tak kira lah siapa yang menganiaya. Hatta di kalangan ahli keluarga. Hanya boleh kita ketahui ketika bicara.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
UMRAH ADALAH IBADAH, BUKAN PELANCONGAN “KEROHANIAN”
1. Tawaf adalah satu ibadah, sebagaimana mencium hajar aswad juga adalah ibadah. Beza keduanya adalah, tawaf itu wajib dan mencium hajar aswad adalah sunat.
2. Jika sampai menyebabkan masalah, kesakitan kpd diri sendiri dan orang lain, atau membahayakan, hukum mencium hajar aswad adalah haram. Cukup sekadar berisyarat dengan lambaian tangan dan mencium tangan, sebagaimana yang disebutkan oleh Syeikhul Islam Zakariyya al-Ansari.
3. Agak janggal bila ibadah yang suci dan mulia itu dirosakkan dengan telefon pintar yang diangkat untuk merakam video dan gambar, bukan pada masanya. Saya juga lihat perkembangan mutakhir ini, ramai memuat naik video sedang menyentuh Kaabah atau hajar aswad di media sosial. Jika ia hanya sekadar “trend” untuk meraih tontonan ramai, tinggalkanlah “trend” yang merugikan itu.
قُلْ إِنَّ صَلاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Katakanlah: sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. [Surah al-An’am: 162]
Dalam banyak-banyak Alif, Alif Satar je yang Tok Abah berkenan. Suara sedap, suka kongsi hal kecergasan dan ada asas agama yang mantap.
Memang nampak gaya hidupnya seimbang dunia akhirat. Alhamdulillah!
Since YDPA akan tamat tempoh memerintah pada Januari 2024 dan akan digantikan dengan Sultan Johor.
Ini adalah thread tentang anakanda anakanda YDPA bersama Permaisuri Agong.
Sultan Pahang telah menggantikan Sultan Kelantan yang meletakkan jawatan pada 2019.
📷 Acacia
Selepas mendapat respon tinggi daripada peminat, Bell Ngasri yang tercalon di Top 5 Artis Komedi Popular di ABPBH35 berjaya meraih undian tertinggi bersama 9 artis yang lain setakat ini.
Antara artis yang berjaya mendahului undian Top 5 adalah Aina Abdul, Amir Masdi, Anna Jobling, Ben Amir, Ernie Zakri, Khai Bahar, Meerqeen, Sharifah Rose dan Siti Nordiana.
Semoga ada rezeki Bell untuk menang selepas 30 tahun dalam industri 🤟🏻
“Kopi Pernah Diharamkan Dalam Islam.”
Hukum asal bagi setiap sesuatu adalah harus, selagi tiada dalil yang mengharamkannya. Tahukah korang, kopi pernah diharamkan suatu masa dahulu? Apa yang buatkan ulama pernah haramkan kopi suatu masa dulu?