Setiap kali selepas Pilihanraya sama ada PAS kalah atau menang, al-marhum Ustaz Fadzil Noor akan berkata :
'Kita dah menang.'
Apabila ditanya mengapa, beliau mengatakan:
'Apabila kita boleh terus memperjuangkan kebenaran, sebenarnya kita sedang meniti kemenangan.'
Kata Saidina Umar ibn al-Khattab, “Hatiku sentiasa tenang kerana mengetahui apa yang melepasiku tidak akan pernah menjadi takdirku. Dan apa yang pernah menjadi takdirku tidak pernah melepasiku.”
71 TAHUN DI PERSADA PERJUANGAN
(24 November 1951 - 24 November 2022)
Dari sebelum kemerdekaan (1951) hingga ke hari ini, bahtera PAS terus berlayar kuat meskipun menempuh gelora lautan perjuangan. Insya-Allah teruskan bersabar, tsabat dan istiqamah hingga akhir hayat.
Waktu YB PH gelakkan lawak si ateis pasal cosply nabi ibrahim tu, aku ingat benda ni bukanlah benda biasa dalam PH
Bila berlaku space semalam, aku rasa benda2 islamofobia, anti islam ni mmg dah mendarah daging dalam PH
Bayangkan daripada pimpinan sampai ke akar umbi anti islam
Saya khuatir dengan trend anak2 muda keterlaluan mengutuk, mencaci-maki individu atau parti lawan, hingga ke tahap mempersedakan agama. Ia langsung tidak menggambarkan akhlak Islam dalam berbeza pandangan. Berhenti sejenak dan muhasabah, adakah berbeza atas dasar ilmu @ nafsu?
Sekalung tahniah diucapkan kepada YAB Mohd Shukri Ramli atas pelantikan sebagai Menteri Besar Perlis yang baharu.
Semoga Allah SWT sentiasa memberkati dan membantu setiap perjalanan pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis.
Siru ‘ala barakatillah.
Rindu tok-tok ayoh, mek, adik kakok di Bachok.
Ingatkan semeta jah ambo di KL ni. Harapnya cepatlah selesai urusan nak pilih ore nombor 1 dalam negara kita ni.
@PasTgPiai Semua parti akan ada penyokong yang taksub gila. PAS ni ada beribu2 ahli/penyokong. PAS tak boleh nak kawal aktiviti semua. PAS hanya boleh keluarkan arahan, nasihat 1-to-1 (itupun kalau kenal). Kena faham yang ni.
PAS sendiri tak setuju kalau ada aktiviti ekstrim yg ahli buat.
Anak muda ini semangatnya perlu dikawal. Gelora jiwanya harus ditenangkan dengan ilmu dan amal.
Ditarbiyah dan diperkasakan jati dirinya dengan kefahaman yang sebenar supaya mereka tidak mudah dipengaruh dan dieksploit.
Bimbinglah mereka sebaik mungkin.
Jawatan adalah beban amanah, bukan kemuliaan. Tidak ada masa untuk berbulan madu. Lihatlah sejarah dan kisah Khalifah Umar bin Abdul Aziz pada malam pelantikannya diisi dengan meneruskan kerja sehingga larut malam. Kita perlu bersedia untuk economic recession.
Sebagaimana kalian tak faham kenapa orang Kelantan pilih PAS, begitulah kami tak faham kenapa orang Penang pilih DAP.
Tapi kami tenang-tenang saja, tak mengata orang Penang bodoh. Kami tolak DAP, bukan anti orang Penang.
Situ duduk.
Antara kerosakan terbesar yang dilakukan oleh Pakatan Harapan sewaktu pemerintahan selama 22 bulan, apabila mereka bertindak campur tangan dalam urusan mahkamah.
#MalaysiaSejahtera#BersihDanStabil#BEST#TurunMengundi