Perjuangan yang kukuh bermula dengan kesatuan yang utuh.
Merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Gudang Tahun 2026 bersama barisan kepimpinan dan jentera bagi memperkukuh organisasi serta menyusun gerak kerja parti.
Semoga semangat kebersamaan ini terus menjadi kekuatan dalam menghadapi pilihan raya umum pada masa akan datang.
#khalednordinmindef
#BarisanNasional
#PasirGudang
#NSTnation Defence Minister Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin said Malaysia remained firm in its stance, and that enforcement action taken was in line with this policy.
https://t.co/vbUc6oFdIU
𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀-𝐀𝐔𝐒𝐓𝐑𝐀𝐋𝐈𝐀
Berpeluang makan tengah hari bersama Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Australia, TYT Richard Marles, sempena lawatan kerja saya ke Australia.
Kali terakhir kami bertemu adalah semasa berlangsungnya Shangri-La Dialogue di Singapura pada Mei lalu.
Dalam pertemuan kali ini, kami sempat bertukar pandangan mengenai usaha memperkukuh kerjasama pertahanan antara Malaysia dan Australia, termasuk meneroka peluang kerjasama strategik yang dapat memberi manfaat kepada kedua-dua negara.
Saya juga merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Australia atas sokongan penuh yang diberikan terhadap kerjasama strategik serta pemindahan teknologi antara Weststar Defence Industries Sdn Bhd dan Rocket Technologies International Pty Ltd (RTI).
Saya berharap hubungan pertahanan Malaysia dan Australia akan terus diperkukuh demi kepentingan bersama, di samping menyumbang kepada keamanan dan kestabilan serantau.
🇲🇾🤝🇦🇺
#khalednordinmindef
#MalaysiaMADANI
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐊𝐄 𝐊𝐄𝐌 𝐔𝐋𝐔 𝐓𝐈𝐑𝐀𝐌
Kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bukan hanya bergantung kepada aset dan kelengkapan semata-mata.
Anggota perlu sentiasa meningkatkan ilmu, memperkukuh latihan serta memiliki daya fikir strategik bagi menyesuaikan diri dengan perubahan landskap keselamatan semasa.
Kesiapsiagaan anggota juga berkait rapat dengan kesejahteraan mereka dan keluarga.
Atas sebab itu, kerajaan akan terus memberi perhatian kepada aspek perumahan, kebajikan, pendidikan anak-anak serta persediaan persaraan agar warga pertahanan dapat terus menikmati kehidupan yang bermaruah.
#khalednordinmindef
#MalaysiaMADANI
Esok kita gerak sebagai satu keluarga.
27 Jun, Hari Penamaan Calon BN N.43 Permas.
Baharudin Mohamed Taib turun. Kita iringi beliau.
🕢 7.30 pagi
📍 Dataran Mawar, Taman Mawar
👕 Pakai biru BN
Jumpa esok 💙
#Baharkekalpermas#Teambahar#Gelombangbiru
𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀–𝐒𝐈𝐍𝐆𝐀𝐏𝐔𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐃𝐄𝐌𝐈 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐑𝐀𝐍𝐓𝐀𝐔
Berpeluang mengadakan pertemuan buat pertama kali dengan TYT K. Shanmugam, Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara merangkap Menteri Ehwal Dalam Negeri Singapura, di sela-sela Shangri-La Dialogue 2026.
Kami bertukar pandangan mengenai perkembangan keselamatan serantau serta cabaran semasa yang semakin kompleks dan merentas sempadan.
Sebagai negara berjiran yang berkongsi hubungan rapat dan saling berkait, Malaysia dan Singapura perlu terus bekerjasama rapat dalam aspek keselamatan demi memastikan keamanan dan kestabilan serantau terus terpelihara.
#khalednordinmindef
#MalaysiaMADANI
#SLD2026
Satu hari yang cukup bersejarah untuk pertahanan negara. Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) diluncurkan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, sebagai isyarat jelas komitmen Kerajaan MADANI untuk membina industri pertahanan yang berdikari, berdaya tahan dan diyakini.
DIPN lahir daripada kesedaran bahawa keselamatan negara tidak boleh bergantung kepada pihak luar. Setiap peruntukan pertahanan mesti menjadi pemangkin kepada kekuatan industri tempatan dan jaminan kelangsungan rantaian bekalan negara.
Atas prinsip ini, sekurang-kurangnya 30% ‘local content’ ditetapkan dalam perolehan pertahanan, disokong pemerkasaan aktiviti penyelenggaraan, pembaikan, dan baik pulih (MRO), serta pemindahan teknologi yang benar-benar berimpak melalui Program Kerjasama Industri (ICP).
Melalui DIPN, penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan inovasi dipacu secara lebih tersusun dengan kolaborasi strategik industri, termasuk pelancaran Portal Industri Pertahanan sebagai wadah padanan teknologi dan pembangunan keupayaan nasional.
Pelancaran hari ini turut membuka lembaran baharu dengan permulaan 7 Projek Pertahanan Nasional, merangkumi keupayaan satelit pertahanan, sistem laser, platform kenderaan darat nasional, MRO dan pembuatan sistem persenjataan, radar pasif, ‘loitering munition’ serta simulator pertahanan.
DIPN adalah pelaburan jangka panjang demi kedaulatan, keselamatan dan masa hadapan negara, ke arah pertahanan Malaysia yang lebih kukuh. Insya-Allah.
#khalednordinmindef
#MalaysiaMADANI
#DIPNMINDEF
#DasarIndustriPertahananNegara
MINDEF Tetapkan Minimum 30% Kandungan Tempatan Dalam Setiap Perolehan Pertahanan
Kementerian Pertahanan menetapkan sekurang-kurangnya 30 peratus kandungan tempatan sebagai syarat wajib dalam setiap perolehan pertahanan negara, bagi memperkukuh keupayaan industri tempatan serta mengurangkan kebergantungan kepada pihak luar.
#khalednordinmindef
#MalaysiaMADANI
#DIPNMINDEF
#DasarIndustriPertahanan
Selari dengan kemasukan pelaburan strategik yang semakin rancak terutamanya dikawasan Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ), Kerajaan Negeri Johor ingin menegaskan bahawa keperluan asas rakyat seperti bekalan air dan elektrik kekal menjadi keutamaan dan tidak akan dikompromi.
Setiap pelaburan berskala besar, termasuk pusat data dan industri berintensif tinggi, hanya dipertimbangkan selepas melalui penilaian teknikal yang ketat bagi memastikan ia tidak menjejaskan bekalan sedia ada yang dinikmati oleh rakyat.
Syukur Alhamdulillah, saya juga telah mengadakan pertemuan bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Ranhill SAJ (RSAJ) bagi membincangkan perancangan masa pendek, sederhana dan panjang bekalan air dan elektrik negeri Johor.
Untuk makluman, pihak TNB telah membentangkan bahawa bekalan elektrik di kawasan JS-SEZ berada pada tahap yang mencukupi dan terkawal. Sehingga Disember 2025, kapasiti terpasang bekalan elektrik di kawasan JS-SEZ adalah sebanyak 3,885 MVA, dengan permintaan semasa sekitar 1,272 MW, bersamaan kadar penggunaan kira-kira 72.76%, yang masih berada dalam margin operasi sihat.
Bagi memastikan kesiapsiagaan jangka panjang pula, TNB turut merancang pembangunan infrastruktur grid secara berfasa, melibatkan 4 Pencawang Masuk Utama (PMU) yang telah diluluskan dengan kapasiti 630 MVA, serta 9 PMU tambahan dalam perancangan berkapasiti 1,620 MVA. Pendekatan ini memastikan setiap pelaburan baharu di JS-SEZ disokong oleh kapasiti tambahan yang dirancang, tanpa menjejaskan bekalan elektrik sedia ada untuk rakyat Johor.
Bagi bekalan air pula, di kawasan JS-SEZ yang merangkumi tiga (3) daerah iaitu Johor Bahru, Kota Tinggi dan Pontian, melibatkan enam (6) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), sehingga Januari 2026, RSAJ melaporkan jumlah peruntukan kapasiti bekalan air sebanyak 1,488 juta liter sehari (JLH) dengan pengeluaran semasa sekitar 1,261 JLH, sekali gus menyediakan kapasiti rizab kira-kira 227 JLH atau 15% bagi menampung keperluan semasa serta memastikan keselamatan dan kesinambungan bekalan air di kawasan JS-SEZ.
Dalam masa yang sama, Kerajaan Negeri bersama Kerajaan Persekutuan telah meluluskan projek ‘rezoning’ bernilai RM1.02 bilion bagi meningkatkan kecekapan sistem agihan air terawat, melibatkan kapasiti tambahan 260 JLH terutamanya di Iskandar Puteri dan Sedenak.
Selain itu, Johor turut merancang dan melaksanakan lima projek Loji Rawatan Air (LRA) baharu serta projek Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) dengan kerjasama RSAJ, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB). Projek-projek ini akan dibangunkan secara berperingkat bagi memastikan kapasiti bekalan air Johor bukan sahaja mencukupi untuk keperluan semasa, tetapi juga bersedia untuk menyokong pertumbuhan negeri sehingga tahun 2035.
Secara keseluruhan, kesemua projek ini akan menyediakan lebih 1,100 JLH kapasiti baharu, memastikan bekalan air Johor kekal mencukupi, stabil dan selamat untuk rakyat, di samping menyokong pembangunan industri dan ekonomi negeri dalam jangka panjang tanpa menjejaskan bekalan awam.
Kerajaan Negeri komited memastikan bahawa setiap pelaburan yang masuk ke Johor dilaksanakan secara terancang, bertanggungjawab dan berpaksikan kepentingan rakyat. Bekalan air dan elektrik adalah hak asas Bangsa Johor, dan ia akan terus menjadi pertimbangan utama dalam setiap keputusan pembangunan negeri. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #JohorSelamat #JohorBersih #JSSEZ
Sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025, saya berkesempatan bersama rakan-rakan seperjuangan dari UMNO Bahagian Pasir Gudang, Kota Tinggi dan Kluang dalam satu majlis makan malam.
Majlis turut dihadiri barisan kepimpinan, perwakilan serta ahli ketiga-tiga UMNO Bahagian yang bersama-sama menyertai PAU pada tahun ini.
Semoga pertemuan ini terus menyemarakkan semangat kebersamaan, memperkukuh perpaduan serta memperteguh komitmen dalam meneruskan perjuangan parti dan khidmat kepada masyarakat.
#khalednordinmindef
#PAU2025
#UMNO
Menteri UMNO memegang portfolio-portfolio kementerian terbesar.
Adakah ia membuktikan bahawa Menteri UMNO lebih menyerlah bawah kerajaan pimpinan PMX.
https://t.co/1VXI2iDUDJ
Jadi, Adam Adli ada peluang besar—tapi peluang itu hanya bermakna kalau datang dengan angka, garis masa, dan keputusan dasar.
https://t.co/UKODovT2NQ
#umnopg#umnojohor#umno
UMNO Bahagian Pasir Gudang bersama Ahli Majlis MBPG telah membuat laporan polis berhubung beberapa hantaran FB individu (Fahmi Reza) yang didakwa provokatif serta menghina/merendahkan institusi diraja.