Jam menghampiri 7 pagi waktu Gaza. Saat mentari sedang naik, Israel masih tak henti membedil perkampungan Al Qadisiyah di Rafah. Dilaporkan lebih daripada 100 butir peluru berpandu Zionis dilepaskan sejak semalam hingga hari ini di mana semuanya terkena bangunan awam.
Seorang warga Gaza berkongsi video yang menunjukkan seorang kanak-kanak kecil yang awalnya sedang menangis ketakutan akibat bunyi bom, berjaya ditenangkan oleh sekumpulan kanak-kanak lain yang mendendangkan takbir Allahuakbar hingga membuatkan kanak-kanak itu tersenyum kembali.
Seorang kanak-kanak perempuan ini hanya mampu membaca Quran dengan suara yang keras tatkala Gaza dibom.
Sedengar telinga saya, surah yang dibaca adalah Surah Ar Rad (Petir) bermula ayat 15 dan 16. Ayat ini menyebut kekuasaan Allah sebagai pentadbir dunia dan tempat berlindung.
"SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALA ILAHA ILLALLAH WALLAHU AKBAR"
Itu saja yang menjadi penguat anak kecil ini tatkala bunyi letupan bom dapat didengar dengan jelas.
Video yang dirakam oleh seorang pemuda Palestin semasa beliau dan ibunya terperangkap di dalam runtuhan.
"Mak mak tolong jangan tinggalkan saya, mak mak tolong jangan tinggalkan saya sendirian."
Allahuakbar menitik air mata. 😭😭😭😭😭😭
Sekumpulan besar Yahudi merempuh masuk ke kawasan perkuburan Islam di Bab Al Rahma, dinding timur Masjid Al Aqsa untuk ritual Talmud atau Taurat Lisan.
Video ketika sekumpulan Yahudi menceroboh perkuburan Islam Bab Al Rahma untuk pergi ke pintu timur Masjid Al Aqsa bagi ritual Talmud atau Taurat Lisan.
Sementara itu, Zionis baru saja membedil rumah keluarga Abu Sharkh di utara Gaza dan bom-bom Zionis juga telah merosakkan tanah-tanah pertanian di Gaza.
Sebuah kilang di Gaza baru saja musnah dibedil bom Zionis laknatullah. Ketika ini, Gaza masih dihujani bom dari pesawat tentera Zionis sejak malam tadi lagi.
Ketua Pertahanan Awam mengesahkan kepada Al Jazeera bahawa Zionis laknatullah telah menggunakan bom asap fosforus yang dilarang guna dalam perang kerana boleh membakar kulit. Lihatlah dunia!