inisiatif Santun Siswa, USIM menegaskan mandat institusi dalam menyediakan persekitaran kampus yang menyokong, inklusif dan prihatin, khususnya kepada mahasiswa daripada golongan berpendapatan rendah serta memerlukan.
Berita penuh: https://t.co/REg4ob6qpf
#USIMNews
USIM melalui PWZ menerima sumbangan sebanyak 13 unit kiosk pelajar daripada International Future of Education Association (IFEA) bernilai RM22,000.00 sebagai usaha memperkukuh kemudahan kampus serta memperkasa pembangunan keusahawanan mahasiswa pada 18 Mei 2026 baru-baru ini.
USIM terus memperkukuh peranannya sebagai institusi ilmu yang menghubungkan kepakaran akademik, keperluan industri dan kesejahteraan masyarakat melalui penganjuran Seminar MS 2683:2025 Madu dan MS 2782:2025 Kelulut Sempena Sambutan Hari Lebah Sedunia 2026.
USIM terus mengukuhkan reputasinya dalam melahirkan graduan Muslim profesional yang berdaya saing apabila syarikat alumni, Hawradeen Enterprise, berjaya meraih tempat kedua bagi kategori Anugerah Keusahawanan Graduan Terbaik sempena Anugerah Keusahawanan KPT 2025 (AKKPT’25).
Madu kelulut tempatan yang selama ini dikenali sebagai makanan sunnah & produk kesihatan semula jadi kini diteroka sebagai inovasi ubat kumur klinikal berasaskan bahan semula jadi oleh penyelidik Fakulti Pergigian,USIM bersama UKM
Berita penuh:
https://t.co/ERk9EhaJVE
#USIMNews
USIM terus memperkukuh hubungan strategik bersama agensi keselamatan negara menerusi penganjuran Majlis Penganugerahan Pangkat Kehormat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang berlangsung di Bangunan Canselori baru-baru ini.
Berita penuh:
https://t.co/kdg2isZ26T
#USIMNews
USIM terus memperkukuh peranannya dalam menyokong agenda pembangunan bakat negara melalui penyertaan dalam Majlis Peluncuran Program Skuad Agrikomoditi anjuran Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) baru-baru ini.
Berita penuh:
https://t.co/OhaZQ5RWch
#USIMNews
Ulasan ringkas Dr. Faisol Ibrahim mengenai cabaran industri bas persiaran susulan perang Iran–Israel yang memberi kesan kepada kenaikan harga diesel.
Cabaran tetap ada, tapi industri bas persiaran masih mempunyai ruang dan peluang untuk terus bergerak ke depan. 🚍
#ApaKataUSIM
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Encik Ahmad Rizal bin Adnan atas pelantikan sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pendidikan Tinggi.
Ikhlas daripada Universiti Sains Islam Malaysia
#TahniahDariUSIM
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim atas pelantikan sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi.
Ikhlas daripada Universiti Sains Islam Malaysia
#TahniahDariUSIM
USIM bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) mencipta satu lagi pencapaian bermakna dalam agenda keterangkuman negara melalui pelancaran Garis Panduan Sokongan Pekerjaan yang pertama bagi Kumpulan Neurodivergen.
Berita penuh, https://t.co/95UPn5JnvE
#USIMNews
FEM telah menganjurkan Syarahan Perdana disampaikan oleh Prof. Dr. Mohd Ridhwan Abd Aziz bertajuk ‘Integrasi Ilmu Aqli dan Naqli dalam Perbankan dan Kewangan Islam: Perspektif Akademik dan Industri’ bertempat Dewan kuliah Utama.
Berita penuh, https://t.co/DM092KhpHn
#USIMNews
Bagi memastikan kawal selia lebih baik mengambil kira wujud kelompangan yang membuka pintu eksploitasi membabitkan pemegang wakalah atau ejen dilantik pusat zakat.
"Ruang ini boleh ditutup dengan menambah baik undang-undang sedia ada di bawah MAIN, antaranya memastikan ada 'redline' (garis sempadan) mengenai peraturan tertentu termasuk tidak boleh sewenang-wenangnya mengutip, hatta melanggar fatwa dan bidang kuasa tempatan.
Dari gelanggang memanah ke pentas tilawah kebangsaan, Cik Hasnul Taqiyuddin Cik Sazali membuktikan bahawa mahasiswa USIM mampu menyerlah dalam pelbagai lapangan apabila ilmu, bakat, disiplin dan adab bergerak seiring.
Berita penuh https://t.co/ijZmJShJVP
#USIMNews