Saya sangat gembira dengan para pelajar ini. Mereka bertanya, soal jawab antara dua pihak dan suasana sangat harmoni dan saya mengharapkan bukanlah pertemuan pertama dan terakhir, malah saya mengharapkan ianya berterusan di masa akan datang.
Malam ini saya bersama anak-anak cemerlang DUN Bukit Lada. Mereka yang beroleh keputusan 5A ke atas bagi SPM, 3.0 CGPA dan ke atas untuk STPM dan Jayyid Jiddan ke atas bagi STAM.
Kini, di saat pandemik, teknologi adalah sesuatu yang sangat penting. Kita berada di Kedah, boleh menghadiri kelas atau pertemuan dengan rakan-rakan dari seantero dunia.
3. Redha dengan yang sedikit, ini berkaitan dengan rezeki. Bila mendapat rezeki yang banyak, siapa pun akan redha tapi bagaimana bila sedikit? Yang perlu disedari adalah bahawa rezeki tidak semata-mata wang ringgit dan harta.
Umat Islam wajib menghalang sebarang usaha untuk mengagalkan perpaduan umat dengan dicetuskan perbezaan yang menimbulkan ketegangan, serta wajib terus-menerus melibatkan diri dalam membantu Palestin dengan kemampuan masing-masing.
Selamat Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke 54
DULI YANG TERAMAT MULIA TENGKU SARAFUDIN BADLISHAH BIN AL AMINUL KAR SULTAN SALLEHUDDIN DMK. DSDK. SSS
Sembah Takzim
YB Ustaz Salim Mahmood Al Hafiz P.J.K
Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lada
Berbahagialah anakanda Adilah @itsnradel dihari jumaat yang mulia ini.
Dihari yg sama tahun 2003 moyangnya telah kembali kerahmatullah TG Hj Ahmad Bin Abbas lebih dikenali TG Hj Mat Lala yang di imamkan oleh TG Nik Aziz Nik Mat pada ketika itu berada di Kedah .
Beruntunglah anakanda ini besemadi bersama Ulamak besar ini.
Semoga Allah mengampuni mereka berdua dan dihimpunkan bersama para solihin.
Kami juga mendoakan semoga Allah memberi kesembuhan kepada kembarnya Aqilah yg masih lagi dalam rawatan.
https://t.co/L4TY4ODb5h