Selamat menyambut kemerdekaan yang ke-67 dari team Untuk Malaysia.
Sama-sama kita berusaha dan berdoa untuk membina dan membaikkan negara tercinta ini.
Dirgahayu, Malaysia!
Gabungan usaha dan kerjasama dari pelbagai pihak sebegini sangat diperlukan untuk memastikan murid-murid tercicir dan memerlukan dapat dibantu dengan segera sebelum krisis keciciran berpanjangan.
Projek Literasi Nibong Tebal melabuhkan tirainya selepas 8 minggu.
Seramai 65 murid dari SK Sg Duri dan SK Sg Kechil telah berjaya dibantu melalui projek literasi ini.
Dari tidak boleh dan tidak lancar membaca, kini kebanyakan mereka sudah menguasai kemahiran literasi.
Kami juga merakamkan ucapan terima kasih kepada PPD Seberai Perai Selatan, para guru di SK Sg Duri dan SK Sg Kechil atas komitmen yang diberikan setiap minggu untuk memantau program ini dan murid-murid.
Semoga setiap ilmu yang dikongsi dapat memberi inspirasi kepada peserta dalam menghasilkan penulisan yang bukan saja bermakna, bahkan sentiasa menyatupadukan masyarakat Malaysia yang majmuk.
Foto kenangan sekitar Bengkel Penulisan Progresif yang dianjurkan Untuk Malaysia dengan kerjasama rakan-rakan dari @solidaritasMY dan @jejaktarbiah
Tujuan bengkel penulisan ini adalah untuk memupuk anak muda kita berfikir secara kritikal dan tak mudah terhasut dengan ideologi-
ekstrim.
Kita bantu anak muda untuk konstruk pemikiran yang harmoni dan menyatupadukan melalui tulisan.
Paling penting, kita mahu memartabatkan dunia sastera dan bahasa ibunda Malaysia melalui acara sebegini.
Salam tahun baharu dari kami, Untuk Malaysia!
Semoga tahun ini kita sama-sama dapat terus konsisten dalam memperbaiki ekosistem pendidikan demi anak bangsa dan negara.
Tempat dibuka untuk 25 peserta dari kalangan anak muda dan belia. Yuran penyertaan hanya RM20.
Daftar sekarang melalui: https://t.co/icvxKZ3WK4
Jumpa di sana!
Salam Maulidur Rasul.
Mudah-mudahan kita dapat mencontohi dan mengikuti jejak langkah Banginda Nabi saw dalam mengangkat kepentingan ilmu dan pendidikan.
Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad.
Sekitar lawatan bersama pegawai-pegawai PPD Seberang Perai Selatan ke SK Sungai Duri tempoh hari.
Susulan mesyuarat bersama pihak PPD, kami telah berkunjung ke sekolah ini bagi meninjau dan mengadakam perbincangan bersama para guru khususnya guru kelas pemulihan.
Fokusnya adalah untuk membantu anak-anak yang belum boleh membaca, menulis serta mengira.
Mohon doa dan sokongan dari rakan-rakan semua agar kita dapat sama-sama menyumbang yang terbaik untuk pendidikan negara.
Projek Literasi Nibong Tebal
Beberapa hari yang lalu, team Untuk Malaysia berkesempatan untuk bertemu dan berbincang dengan Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Selatan tentang isu keciciran murid sekolah rendah di Parlimen Nibong Tebal.
Kami disambut mesra oleh para pegawai PPD dan langsung memulakan diskusi serta meninjau faktor dan solusi sedia ada yang telah dijalankan dalam isu keciciran.
Insya Allah, team Untuk Malaysia akan memulakan Projek Literasi Nibong Tebal tidak lama lagi.