Ada satu brother ni tulis:
"Hidup kita ni sebenarnya best je. Cuma tak pandai buat video je"
🤣🤣🤣
Nailed it 💯
There's a lot of blessings in our life. Cuma kadang bila tengok socmed ni kita compare dgn hidup org lain.
RASMI
RUSIA BUNUH PENUMPANG MH17
Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa ICAO mengumumkan semalam bahawa Rusia yang bertanggungjawab membunuh semua penumpang pesawat Malaysia Airlines MH17 pada 2014
Ini hasil siasatan bersama jawatankuasa antarabangsa diketuai Belanda. ICAO menyeru agar Rusia bertanggungjawab dengan kekejaman ini dan berunding untuk membayar ganti rugi berdasarkan undang-undang antarabangsa
Australia dan Belanda memulakan prosedur untuk menuntut ganti rugi dari Rusia selepas keputusan ini.
Seramai 43 rakyat Malaysia antara yang gugur dalam tragedi malang ini. Memaksa Malaysia menghantar 12 anggota Pasukan Khas ATM dan PDRM dikenali sebagai The Dozen Person untuk menyusup masuk ke Ukraine bagi menyelamatkan kotak hitam pesawat berkenaan dan berunding dengan Pihak Republik Rakyat Donetsk untuk pembebasan jenazah rakyat Malaysia
Jawatankuasa antarabangsa itu pada 2022 telah mengesahkan 3 daripada 4 orang dari Pasukan Keselamatan Rusia bersalah dalam menembak jatuh MH17. Pada 2023 jawatankuasa itu memaklumkan bahawa mereka mempunyai indikasi kukuh bahawa Presiden Rusia, Vladimir Putin sendiri yang meluluskan pemberian misil kepada sistem SAM berkenaan dan akhirnya menembak jatuh MH17