maghrib 31 dec adalah permulaan bagi bulan rejab. so take this opportunity utk berdoa, minta apa yang korang nak. sebaiknya mintaklah sesuatu yang berkekalan, bukan yang bersifat sementara. semoga yang baik baik saja untuk tahun 2025 nanti inshaAllah buat kita semua.
Seseorang itu harus punya mindset ini :
Ikhtiar + Doa = Tawakkal
"Siapa yang meminta pertolongan kepada Allah, namun belum terlihat bentuk pertolongan itu. Ketahuilah bahawa permintaan secara terus-menerus itulah yang Allah inginkan darinya."
Ya Allah, mewahkan rezeki kami. Bukakan pintu-pintu rezeki di langit dan di bumi untuk kami. Lancarkan rezeki kami, berikan kami rezeki yang tak putus-putus, rezeki yang tak disangka-sangka dan khabar berita gembira setiap hari. Aamiin.