Datang nya tanpa diduga, hadir nya senang tapi sering meresahkan dengan penuh tanda tanya…persoalan dan kecurigaan yang berjalan seiring…ketakutan sesekali muncul bersama…cuma berharap ada kebaikan dihujung jalan cerita ini…
meletakkan seluruh hatimu pada takdir Allah, bahkan saat kamu tidak mengerti rencananya. you cry, you pray, you wait.
but deep down, you believe “apa yang Allah simpan, selalu lebih baik dari apa yang kamu minta”
Allah adalah sebaik-baik tempat mengadu. Cukup bersujud tanpa perlu mengatakan apa-apa, Dia tahu apa yang menjadi masalahmu. Dia tidak akan berkata-kata, Dia hanya mendengar. Dan tiba-tiba di kemudian hari, Dia memberi solusi tanpa kita sedari.
Solatlah, sampai solat tu rasa ringan. Solatlah, sampai kau rasa tak akan tinggal solat. Solatlah sampai kau tau betapa nikmatnya solat. Solatlah, walaupun kau bukan orang baik.
Sebab nanti, solat itu sendiri yang akan membuat hidup kau menjadi lebih baik.
Tak semua yang kita rancang akan jadi. Tapi setiap yang Allah atur, pasti ada hikmah yang kita belum nampak hari ini. Bersangka baiklah pada Allah.
#ustazwadiannuar
Apa sahaja kesukaran yang anda lalui, saya doakan moga dipermudahkan urusan dan ditunjukkan jalan keluar.
Berpegang kepada jalan taqwa, itu antara solusi jika ada kesukaran.
ومن يتق الله يجعل له مخرجا
“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, dijadikan buatnya jalan keluar”
Untung orang yang berpuasa. Walaupun dia boleh sahaja minum sedikit tanpa sesiapa pun tahu, namun dia tetap tidak melakukannya. Kerana kejujuran itulah, Allah mengistimewakan ibadah puasa dan merahsiakan ganjaran pahalanya.
Alhamdulillah, rumah kita kini telah didatangi tetamu.
Suaminya bernama Ramadan, isterinya bernama Tarawih, anaknya bernama Sahur, cucunya bernama Iftar dan mereka membawa buah tangan istimewa bernama "Lailatul Qadar".
Mereka akan menumpang di rumah kita selama sebulan sahaja.
Peringatan untuk hari ini :
Subuh +4 minit
Zohor +8 minit
Asar +8 minit
Maghrib +6 minit
Isyak +8 minit
Total baru +34 minit
Allah bagi semua 24 jam
Tapi masih tak sempat solat? Kau bukan sibuk tapi kau SOMBONG dengan Tuhan kau sendiri.