Tiga pemuda ini secara sukarela memasak makanan untuk mereka yang kelaparan di tengah Gaza sebelum Israel membunuh mereka pagi ini. Tariq, Hamza dan Abdul Rahman Darwish.
TERKINI
ALHAMDULILLAH
SEGALA PUJI BAGI ALLAH
IDF TEWAS DAN BERUNDUR DARIPADA UTARA GAZA
Serangan teratur Pasukan Pejuang Palestin sepanjang malam tadi menyebabkan IDF terpaksa berundur dari Beit Lahia, Beit Hanoun dan seluruh Utara Gaza
TERKINI
Nyawa 20 bayi yang baru lahir di Hospital Syuhada Al Aqsa terancam kerana terputusnya bekalan elektrik yang membantu membekalkan oksigen kepada mereka akibat serangan Israel maklum UNICEF
Pengarah Hospital Abu Youssef Al Najjar memaklumkan 4,000 Liter bahan api sudah tiba di hospital itu namun cukup untuk bertahan selama 2 Hari sahaja
Terima kasih kerana turut sebarkan situasi di Jabalia
Pertempuran masih berlaku sengit antara Pejuang Palestin dan IDF di Timur Jabalia, Gaza sampai ke saat ini
TERKINI
Pejabat Media Kerajaan Gaza memaklumkan 31 orang sudah meninggal dunia kerana kelaparan di Gaza
493 yang gugur ialah Staf Perubatan
69 yang gugur ialah anggota Pasukan Pertahanan Awam Gaza
147 wartawan sudah gugur
KEMASKINI
Susulan tiada lagi bekalan elektrik di Wad Rawatan Bayi Hospital Syuhada Al Aqsa Deir Al Balah Tengah Gaza
Doktor dan jururawat memanaskan bayi yang kesejukan dengan tangan mereka sendiri dibantu lampu dari telefon mereka
TERKINI
SEMUA PAHLAWAN GAZA DAH TURUN
Pegawai Medan Briged Abu Ali Mustafa mengesahkan yang ketika ini di Kem Jabalia
Semua anggota dari pelbagai Briged dalam. Pasukan Pejuang Palestin sedang berganding bahu mempertahankan Kem Jabalia, Gaza
Mereka ketika ini melupakan mereka dari pasukan mana dan terus membunuh dan memburu pasukan IDF di sana
Rafah adalah hentian terakhir di Gaza.
Tersepit. Di depan, sempadan Mesir. Di belakang, tentera Zionis lengkap bersenjata.
Teringat saya kepada peristiwa hijrah Nabi Musa bersama Bani Israel. Tersepit. Di depan, lautan. Di belakang, tentera Firaun lengkap bersenjata.
Ketika itu sampai ada yang kata, "Kita dah kalah." Sudah tiada tempat boleh lari.
Tetapi ketika itu jugalah Allah menunjukkan kekuasaan-Nya. Laut terbelah, sehingga tebingan air laut itu meninggi seperti gunung, mencipta satu laluan buat orang beriman pergi ke seberang.
"Tidak sekali-kali. Sesungguhnya Tuhanku ada bersamaku. Dia pasti memberikanku jalan," kata Nabi Musa.
TERKINI
ALHAMDULILLAH
DOA KALIAN DIMAKBULKAN
IDF TEWAS
IDF ditewaskan di Kejiranan Al Zaytoun Gaza selepas Pasukan Pejuang Palestin meningkatkan serangan malam tadi
IDF berundur dari Kejiranan Al Zaytoun dan hanya berjaya memusnahkan sebuah klinik dan 3 buah sekolah di sana
“Musuh Pengecut...!! Mereka tidak bisa menghadapi laki-laki di lapangan, mereka hanya bisa menargetkan warga sipil"
~ Abu Ubaida ~
Ya Allah lindungilah saudara kami dan para pejuang Palestina
#FreePalestine
ALL EYES ON RAFAH
BREAKING: Ini adalah pusat Rafah.
Mereka berlari mencari keselamatan... tapi tidak ada tempat yang aman bagi mereka untuk pergi...
Silakan terus berbagi.
ALL EYES ON RAFAH
Kita duk perli yang Gen Z itu ini, tapi Gen Z around the world riot ke jalanan untuk Palestine.
Mereka lebih berani dari pemimpin boomers kita yang takut nak halau kampeni yang bagi peluru kat Israel buat pameran kat Malaysia.
TERKINI
Tular video Tentera Mesir memukul seorang budak Palestin yang berjaya memasuki Mesir dari Gaza melalui Sempadan Rafah
Terdapat laporan bahawa untuk dibenarkan memasuki Mesir. Setiap rakyat Palestin kena bayar antara 5,000 USD-10,000 USD
KEMASKINI
Seorang rakyat Palestin menghela nafas lega selepas dibebaskan dari Penjara Israel
Namun keadaan beliau sangat teruk dengan beliau mengalami dehidrasi, kelaparan dan tanda tanda dia diseksa
TERKINI
GAZA HILANG PERMATA PERUBATAN
AL FATIHAH
INNALILLAHIWAINNALILLAHIRAJIUN
Pengarah Jabatan Ortopedik Hospital Al Shifa, Dr Adnan Ahmed Al Barah berusia 50 tahun meninggal dunia di dalam tahanan penjara Israel bersama Ismail Abdelbari Khader berusia 33 tahun kerana diseksa
Dr Ahmed Al Barsh merupakan antara pakar perubatan di Gaza dan berpengalaman dalam beberapa situasi perang. Dia ditangkap ketika kepungan Israel ke atas Hospital Al Awda pada Disember 2023. Dia tercedera ketika awal perang dan dirawat di Hospital Indonesia dan disahkan meninggal dunia di Penjara Ofer pada 19 April 2024 dan kematiannya baru diketahui hari ini
Jenazah Dr Ahmed masih belum dipulangkan namun Jenazah Ismail Khader sudah dipulangkan bersama 64 tawanan Palestin yang dibebaskan hari ini
Menjadikan jumlah tawanan Palestin yang gugur dalam penjara Israel kini 18 orang
Be conscious what you feed your mind. A toxic mind is a toxic life. Start healing your soul and you’ll heal your life. That’s when you can truly become the best version of yourself. It won’t happen overnight but if you persevere, you’ll get there with the Almighty’s help.
DOA MANGSA KEZALIMAN TIDAK DITOLAK, GUNAKAN SENJATA INI
Firman Allah SWT:
وَسَيَعۡلَمُ ٱلَّذِينَ ظَلَمُوٓاْ أَيَّ مُنقَلَبٖ يَنقَلِبُونَ ٢٢٧
“Dan orang-orang yang zalim itu kelak akan mengetahui ke tempat mana mereka akan kembali.” [Surah al-Shu‘ara’: 227]
Allah juga memberikan amaran yang keras terhadap mereka yang zalim, sebagaimana telah dinyatakan dalam hadis Qudsi oleh Rasulullah SAW bahawa Allah SWT berfirman:
يَا عِبَادِي إِنِّي حَرَّمْتُ الظُّلْمَ عَلَى نَفْسِي، وَجَعَلْتُهُ بَيْنَكُمْ مُحَرَّمًا، فَلَا تَظَالَمُوا.
“Wahai hamba-hamba-Ku! Sesungguhnya, Aku telah mengharamkan kezaliman berlaku daripada diri-Ku sendiri, dan Aku mengharamkannya berlaku dalam kalangan kamu, maka jangan sekali-kali kamu melakukan kezaliman sesama kamu.” [Muslim, Sahih Muslim, Kitab al-Birr wa al-Silah wa al-Adab, No. 2577, Abu Zar al-Ghifari]
Rasulullah SAW juga memberi peringatan bahawa pada akhir zaman, kezaliman akan tersebar dengan luas ke seluruh pelosok bumi kerana manusia meninggalkan petunjuk Allah. Sehinggakan, ia berlaku secara meluas dan disokong oleh media yang suka menyebarkan fitnah dengan bayaran yang murah sehingga tersebar ke seluruh pelosok dunia. Pada masa yang sama, disokong pula oleh banyak pihak yang mengejar kesempatan dari sudut pangkat dan harta atas kezaliman yang berlaku dengan alasan tidak mampu melawan.
Allah SWT memberikan amaran dengan firman-Nya:
فَٱسۡتَقِمۡ كَمَآ أُمِرۡتَ وَمَن تَابَ مَعَكَ وَلَا تَطۡغَوۡاْۚ إِنَّهُۥ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِيرٞ ١١٢ وَلَا تَرۡكَنُوٓاْ إِلَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ ٱلنَّارُ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ مِنۡ أَوۡلِيَآءَ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ ١١٣
“Maka, tetaplah kamu berada pada jalan yang benar, sebagaimana yang telah diperintahkan kepada kamu dan (juga) orang yang telah bertaubat berserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya, Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan. (112) Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh oleh api neraka, dan kamu sekali-kali tidak akan mempunyai seorang penolong pun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberikan pertolongan. (113)” [Surah Hud: 112-113]
Allah juga mendedahkan kalangan mereka yang berkhidmat kepada golongan yang zalim ketika kematiannya, sebagaimana firman-Nya:
إِنَّ ٱلَّذِينَ تَوَفَّىٰهُمُ ٱلۡمَلَـٰٓئِكَةُ ظَالِمِيٓ أَنفُسِهِمۡ قَالُواْ فِيمَ كُنتُمۡۖ قَالُواْ كُنَّا مُسۡتَضۡعَفِينَ فِي ٱلۡأَرۡضِۚ قَالُوٓاْ أَلَمۡ تَكُنۡ أَرۡضُ ٱللَّهِ وَٰسِعَةٗ فَتُهَاجِرُواْ فِيهَاۚ فَأُوْلَـٰٓئِكَ مَأۡوَىٰهُمۡ جَهَنَّمُۖ وَسَآءَتۡ مَصِيرًا ٩٧
“Sesungguhnya, orang-orang yang diwafatkan oleh malaikat dalam keadaan menzalimi diri sendiri, (kepada mereka) malaikat bertanya, ‘Bagaimanakah keadaan kamu ini?’ Mereka menjawab, ‘Kami ialah orang-orang yang tertindas di negeri (mesti mengikut arahan).’ Para malaikat berkata, ‘Bukankah bumi Allah itu luas, sehingga kamu dapat berhijrah dari bumi itu?’ Orang-orang itu tempatnya neraka Jahannam, dan Jahannam itu merupakan seburuk-buruk tempat kembali.” [Surah al-Nisa’: 97]
Pada akhir zaman, kita menghadapi bencana kezaliman laksana wabak yang tersebar tanpa sebarang halangan, namun kepada golongan yang beriman pula mereka percaya kepada janji Allah SWT dan Rasul-Nya bahawa doa ialah senjata orang yang dizalimi, senjata yang tiada perisai dapat menghalangnya. Senjata yang diizinkan oleh Allah SWT untuk digunakannya. Firman Allah SWT:
۞لَّا يُحِبُّ ٱللَّهُ ٱلۡجَهۡرَ بِٱلسُّوٓءِ مِنَ ٱلۡقَوۡلِ إِلَّا مَن ظُلِمَۚ وَكَانَ ٱللَّهُ سَمِيعًا عَلِيمًا ١٤٨
“Allah tidak menyukai ucapan buruk yang diucapkan secara berterus terang kecuali oleh orang yang dizalimi. Dan (ingatlah) Allah ialah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” [Surah al-Nisa’: 148]
Maka, janganlah merasa lemah apabila berada dalam perjuangan Islam, jagalah diri untuk terus beristiqamah, dan Allah itulah sebaik-baik tempat mengadu apabila diganggu dalam perjalanan menegakkan Islam. Hampirkanlah diri kepada Allah dengan bermunajat dan bertahajud, sama ada secara berjemaah mahupun secara bersendiri apabila diganggu oleh musuh.
Baca selanjutnya:
https://t.co/RokhYyLxa3