Saya tak akan berhenti bersuara tentang isu “piu piu”, “konyol” dan “pedem”. Mungkin bagi sesetengah orang ia hanya bahan ketawa, tetapi di sebaliknya ada keluarga yang menangis, ibu bapa yang hilang anak, dan masa depan yang musnah.
PRN dah habis, masih boleh jemput?
Mestilah boleh. 😊
Bagi saya, berkhidmat kepada masyarakat bukan hanya ketika musim pilihan raya. Kalau ada kenduri, gotong-royong, program belia, ziarah atau nak saya turun lihat isu kawasan, insya-Allah saya akan cuba hadir !
Christopher Nolan tak de smartphone, jadi dia tak de Whatsapp dan apa jua instant messaging.
Dia juga tak de email.
Bila ditanya, dia cakap sebab MASA.
Dia lebih hargai masa yang terhad itu untuk berfikir supaya dapat idea yang lebih baik.
Benda apa yang buat rutin harian serabut yang perlu dikurangkan untuk beri lebih masa berfikir?
“Rakyat berhak tahu” hanya selepas UMNO mematuk??
Pada tahun 2023 semasa laporan RCI sudah selesai apa jadi??? Kenapa di diamkan??? 😏
Pada tahun 2023, 2024, 2025 & separuh tahun 2026, apakah rakyat tidak berhak tahu????
Atau PKR/PH sengaja peram untuk digunakan sebagai senjata kemudian hari sebagaimana yg berlaku hari ini???
So buat kerana “rakyat berhak tahu” atau sebenarnya kerana kumpulan kamu yang kian terdesak di belit & di patuk UMNO???
Inilah musibah apabila undang-undang & keadilan ditadbir mengikut kepentingan politik & tekak kerajaan.
1 lagi, baru aku tahu “SEGERA” itu bermaksud TIGA TAHUN KEMUDIAN.
Hari ini kami sempat menyampaikan sedikit bantuan susu kepada seorang abang yang benar-benar memerlukan.
Apa yang menyentuh hati, dia terlalu segan sehingga malu untuk turun berjumpa kami. Mungkin kerana keadaan hidup yang sedang dihadapi.
🇲🇾 Malam ini, kita semua ada satu sebab untuk bersorak! 🇲🇾
Seorang anak Malaysia akan melangkah ke pentas terbesar Muay Thai dunia. Aliff Rakib bakal berdepan legenda Thailand, Sam-A, dalam perebutan gelaran Interim ONE Strawweight Muay Thai World Championship 🫶🏻💛
𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔
𝟮𝟯 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲
𝗥𝗖𝗜 𝗧𝗔𝗕𝗨𝗡𝗚 𝗛𝗔𝗝𝗜: 𝗦𝗘𝗠𝗢𝗚𝗔 𝗔𝗗𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗝𝗔𝗥𝗔𝗡
YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada hari ini memberi bayangan bahawa laporan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji akan didedahkan dalam masa terdekat.
Sementara saya mengalu-alukan tindakan ini, saya juga berhak menarik perhatian orang ramai kepada latar belakangnya kenapa isu laporan RCI ini keluar secara tiba-tiba.
Saya timbulkan perkara ini dalam satu ceramah semasa Pilihanraya Negeri Johor dua minggu lepas untuk memberi pemahaman kepada orang ramai bagaimana kompromi politik akhirnya memakan diri, jika kompromi itu bertentangan dengan kepentingan awam.
Contoh yang paling baik ialah mengenai penyelewengan yang berlaku di dalam Tabung Haji sepanjang lebih sedekad akibat kelemahan tadbir urus di bawah Barisan Nasional, yang disucikan oleh PAS atas nama perpaduan ummah.
Walaupun Tabung Haji telah diselamatkan oleh pentadbiran Pakatan Harapan dalam tahun 2019, harga yang dibayar oleh rakyat adalah sangat tinggi.
Ia melibatkan puluhan bilion duit cukai rakyat untuk menanggung kerugian dari pelaburan-pelaburan Tabung Haji selama lebih sedekad.
Tabung Haji juga akan mengambil masa berdekad lagi untuk kukuh semula, sementara hutang berpuluh bilion itu perlu ditanggung oleh rakyat sekurang-kurangnya sedekad lagi.
Semasa Kerajaan Perpaduan yang ada ini dibentuk, antara keputusan paling awal yang perlu dibuat ialah mendedahkan laporan RCI Tabung Haji kepada orang ramai, sekitar awal tahun 2023.
Apabila sesuatu Suruhanjaya Diraja dibuat, hasil siasatan sepatutnya didedahkan kepada orang ramai kerana hanya isu-isu nasional yang melibatkan kepentingan awam yang disiasat oleh sebuah Suruhanjaya Diraja.
Laporan Suruhanjaya Diraja Tabung Haji adalah terperinci dan saya yakin ia akan menunjukkan bagaimana institusi itu rosak di bawah pentadbiran Umno.
Ia juga membantu rakyat menghadam bagaimana sepak terajang politik, melalui tindakan suci mensuci terutamanya oleh PAS, membawa kekeliruan di kalangan rakyat mengenai apa yang telah terjadi di Tabung Haji.
Sepatutnya, laporan RCI Tabung Haji itu didedahkan seawal 2023 lagi apabila laporan itu mula-mula siap.
Tetapi pada ketika itu, Dato’ Seri Anwar sangat berhati-hati untuk menjaga hati UMNO, maka keputusan dibuat untuk menanam laporan itu.
Hanya setelah saya bersuara untuk kesekian kali; dan kali ini bersuara dari luar sebagai pengkritik, barulah dengan cepat keputusan hendak dibuat untuk mendedahkan laporan RCI Tabung Haji kepada orang ramai.
Saya adalah orang yang paling gembira apabila laporan RCI Tabung Haji ini didedahkan kerana ia membuktikan semua pendedahan yang saya telah buat antara 2015 hingga 2018 mengenai kedudukan kewangan Tabung Haji adalah benar.
Saya lebih gembira kalau ia didedahkan dengan niat untuk membawa kebenaran seawal 2023 lagi, namun saya berdoa biarlah ada pengajaran kepada rakyat Malaysia dari episod-episod ini.
𝟮𝟯 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲
Bagi pihak BERSAMA
𝗥𝗔𝗙𝗜𝗭𝗜 𝗥𝗔𝗠𝗟𝗜
Selamat petang guys ….
Aku sebenarnya tak suka kongsi benda macam ni tapi sebab malam tadi satu dan pagi ni satu lagi . Berhati hati guys terutama yg menunggang. 🙏🏻🙏🏻🙏🏻
* LKSA

Alhamdulillah, hari ini saya sempat membantu seorang abang yang sedang melalui saat sukar. Beliau menghubungi saya kerana memerlukan susu untuk anaknya sementara menunggu bantuan daripada JKM yang mengambil sedikit masa untuk diproses.
@Fian9988@izwanzaimi@joechan3377 Met him..memang bagus vibe Aidil..very intelligent and willing to work hard.
Ayuh Bersama 💪 I want all our kancil to win 🫶
𝐖𝐀𝐋𝐊𝐀𝐁𝐎𝐔𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐃𝐈 𝐃𝐔𝐍 𝐁𝐔𝐊𝐈𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐌𝐀𝐈
Kerancakan kempen BERSAMA di PRN Johor kini singgah ke DUN N.50 Bukit Permai, di mana calon kami, Sdr. Muhammad Aidil Riduan bin Mohd Yusof telah mengambil peluang untuk bertemu dan bermesra dengan-
Alhamdulillah, setinggi tinggi penghargaan dan terima kasih buat seluruh sukarelawan Parti Bersama yang sanggup datang dari jauh, meluangkan masa dan tenaga untuk bersama saya.
Bukan sahaja membantu, tetapi banyak mengajar saya tentang erti perjuangan, kebersamaan dan keikhlasan
Terima kasih kepada semua sukarelawan yang sentiasa bersama sepanjang perjalanan ini.
Kita mungkin tidak menang kali ini, tetapi semangat untuk berkhidmat kepada rakyat tidak akan pernah berhenti. Perjuangan diteruskan.
#TerimaKasihSukarelawan#PartiBersama
Sebuah parti politik tidak dibina dalam satu pilihan raya. Sebuah parti politik dibina sedikit demi sedikit oleh mereka yang sanggup menyumbang masa, tenaga dan rezeki tanpa mengharapkan balasan.
Video ini merakam sebahagian daripada suasana Malam Terima Kasih Sukarelawan BERSAMA pada Ahad lepas. Di sebalik setiap kempen, ada ribuan usaha yang jarang dilihat.
Johor menjadi permulaan. Banyak lagi yang perlu dibina, dan banyak lagi yang perlu dilakukan untuk BERSAMA.