Syukur itu ada 3 jenis. Syukur dengan lisan (ucap syukur atas nikmat), keadaan (hati merasa redha & tenang dengan nikmat) & perbuatan (guna nikmat untuk ketaatan), dan ini antara pesanan dan qaul daripada Imam Al Ghazali رحمه الله.
~ Habib Omar al Hafiz
"Ilmu yang tidak disertai adab adalah bencana bagi agama, dan orang yang paling jauh daripada Allah ialah mereka yang menggunakan ilmu untuk menghukum, bukan untuk menyucikan jiwa." ~ Imam al-Ghazālī
Dan sungguh ngeri jika kamu melihat ketika mereka didirikan di tepi neraka (untuk menyaksikan azabnya yang tidak terperi), lalu mereka berkata: "Wahai kiranya kami dikembalikan ke dunia, dan kami tidak akan mendustakan lagi ayat-ayat keterangan Tuhan kami, ..." An'am: 27
Dan Ibrahim telah berwasiat dengan agama itu kepada anak-anaknya, (demikian juga) Yaakub, katanya, “Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan dalam menganut agama Islam.” (Baqarah: 132)
"Aku pernah menemui seorang yang tiada cela. Setelah dia mencela orang lain, maka orang lain mula menemui cacatnya. Aku pernah menemui seorang yang ada banyak kekurangan. Namun kerana dia tak mencela orang lain, orang lain tidak pernah membicarakan cacatnya."
~ Hassan Al Basri