5 Jan 21, Selasa. Perbincangan mengenai isu-isu logistik berkaitan Depot telah dilaksanakan pada hari ini melibatkan pegawai Depot, pegawai bekalan kapal dan anggota bekalan kapal. Perbincangan ini telah dipengerusikan oleh Pegawai Laksana, Lt Kdr Mohd Roziman bin Seman TLDM.
28 Jun, Jumaat - Perbarisan Sempena Audit Kesiapsiagaan Depot Bantuan Barat (DBB) telah diadakan pada hari ini bertempat di Ruang Parkir DBB. Perbarisan ini telah disempurnakan oleh Panglima Logistik Barat, YBhg Laksmana Pertama Ir. Franklin J. Joseph.
@JosephnilknarF@RMN_HQWNL
"There aren't any great men. There are just great challenges that ordinary men like you and me are forced by circumstances to meet." - Admiral William Halsey
“When doing a job — any job — one must feel that he owns it, and act as though he will remain in that job forever.”
― Hyman G. Rickover
#TransformNavy#15to5
24 Jun, Isnin - Audit Kesiapsiagaan Depot Bantuan Barat (DBB) akan dilaksanakan bermula hari ini, 24 Jun sehingga 28 Jun 19. Pembukaan Audit Kesiapsiagaan DBB telah dilaksanakan oleh Panglima Logistik Barat, YBhg Laksmana Pertama Ir. Franklin J. Joseph tengahari ini.
@RMN_HQWNL
30 Mei 2019, Khamis - Majlis Amanat Hari Raya Aidilfitri, Penyerahan Bungkusan Raya bagi warga DBB yang bertugas pada hari Raya Aidilfitri & Penyerahan Piala Periuk kepada Pejabat Komoditi Bantuan 1 telah diadakan serentak pada hari ini di Laman Rehat DBB.
@RMN_HQWNL@tldm_rasmi
23 Mei 2019, Khamis - Majlis Berbuka Puasa peringkat Depot Bantuan Barat telah diadakan hari ini bertempat di Stor Trafik Depot. Majlis pada tahun ini berkonsepkan ala kampung dan hidangan di dalam talam.
@RMN_HQWNL
13 Mei 2019, Isnin - Majlis Pemakaian Pangkat dan Penyampaian Hadiah Anugerah Kualiti Suku Tahun Pertama 2019 telah diadakan di Depot Bantuan Barat (DBB) pada pagi ini. Majlis telah disempurnakan oleh Pegawai Memerintah DBB, Kdr Shamsuddin bin Saidina Abu Bakar TLDM.
@RMN_HQWNL
3 Mei 19, Jumaat - Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil serta Upacara Penyerahan Wang Zakat Asnaf Warga Depot Bantuan Barat telah diadakan di depot pada hari ini. Majlis turut dihadiri oleh Ketua Staf Materiel Markas Logistik Barat dan Pegawai Memerintah Depot Bekalan Armada Barat.
3 Apr 19, Rabu: Latihan Penembakan Senjata Kecil warga Depot Bantuan Barat di Lapang Sasar Abdul Samad, tingkatkan kemahiran penembakan warga @Wnsd_Dbb.
Satu Musuh Satu Peluru!
@tldm_rasmi@RMN_HQWNL@MPA_Barat@JosephnilknarF