Everyone talk about healing but nobody want to talk about how easy it is to relapse. To pick yourself back up when you crumble all over again.That’s the hardest part.
One simple advice for today:
Jangan rasa insecure tengok kehidupan atau kerja orang lain. Sebab Allah tahu kemampuan kita, tahu bila masa yang terbaik.
Dia dah atur perjalanan hidup kita dengan sempurna. Percayalah, ia akan datang pada waktu yang paling sesuai untuk kita. 😊
Pemergian Suara Azan Yang Dikenali, Ustaz Abu Bakar Sairi Kembali Ke Rahmatullah
Oleh Mynewshub
SHAH ALAM, 27 Mac – Seorang tokoh yang dikenali melalui alunan azan yang merdu di pelbagai aplikasi dan masjid, Ustaz Haji Abu Bakar bin Haji Sairi dilaporkan telah kembali ke rahmatullah pada Khamis.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.31 pagi, 26 Mac 2026 di kediamannya.
Allahyarham sebelum ini merupakan mantan bilal di Masjid Negeri Shah Alam serta Masjid Bukit Jelutong, dan dikenali ramai kerana suara azannya yang sering menjadi pilihan dalam aplikasi azan serta rakaman digital.
Pemergian beliau disifatkan sebagai satu kehilangan besar, khususnya dalam kalangan masyarakat yang pernah menimba ilmu serta mendengar alunan azannya yang menyentuh jiwa.
Menurut kenalan dan anak murid, Allahyarham merupakan seorang insan yang sangat baik, rendah diri serta tidak lokek berkongsi ilmu, khususnya dalam bidang berkaitan azan dan ibadah.
“Beliau banyak mengajar dan berkongsi ilmu. Semoga segala amal jariah yang disampaikan menjadi pahala berterusan buat Allahyarham,” kata seorang individu yang pernah berguru dengannya.
Difahamkan, suara Allahyarham pernah menjadi rujukan dan inspirasi kepada ramai bilal serta individu yang ingin memperbaiki bacaan azan mereka.
Orang ramai turut menzahirkan ucapan takziah serta mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Al-Fatihah.
"Dia dah dapat kerja, aku belum"
"Dia dah naik pangkat, aku belum"
"Dia dah ada kereta, aku ni takde apa"
"Dia dah ada anak, aku masih sendu sepi"
Tak aneh kalau kita pernah rasa begini. Cuma, tahu tak ada ayat yang sangat indah, al-Quran huraikan tentang sifat ini?