Polis sedang memburu beberapa individu yang disyaki mencuri kabel di tepi Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), di Ampang.
Kes disiasat di bawah Seksyen 431A Kanun Keseksaan serta Seksyen 235 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Video: Orang Awam
#malaysiagazette#curikabel #MRR2
Acap.
Hilang sejak 2019, hingga hari ini belum ditemui.
Ramai yang masih ingat kisah ini kan?
Kisah Acap baru 7 tahun lepas.
Masa tu gempar dengan kehilangan misteri, pelbagai pihak cari.
Kaedah alternatif macam bomoh, perawat Islam, tok batin dan orang asal juga digunakan.
Namun semuanya buntu.
Baju hijau dan beg oren ini adalah pakaian terakhir Acap.
Gambar itu juga merupakan gambar terakhir yang sempat di rakam semasa Acap berlari di Bukit Batu Putih, Gopeng.
Kehilangan Acap terlalu 'clean'.
Ramai bomoh mendakwa Acap dah masuk kampung makhluk halus atau bunian.
Dan dia enggan pulang.
Acap bukan hiking, dia runner. Masa kejadian, dia join acara Gopeng Ultra Trail kat Bukit Batu Putih.
Acap hilang selepas check point ke 6, hanya tinggal beberapa kilometer sahaja lagi nak sampai ke garisan penamat.
Misi pencarian Acap memang pada skala mega.
Beribu orang terlibat termasuk komando, anjing K9, unit drone hingga beratus bomoh dan pakar rawatan Islam turun membantu.
Paling misteri, kehilangan Acap langsung tak meninggalkan kesan.
Tiada kesan tapak kaki, tiada botol air, tiada cebisan baju, tiada sebarang tanda yang boleh dijadikan petunjuk.
Acap seolah ghaib tiba-tiba. Misteri paling aneh ialah signal telefon Acap dikesan aktif pada jam 1 pagi, beberapa jam selepas dia dilaporkan hilang.
Lokasi signal itu pula dikesan bukan dalam hutan, sebaliknya kat sebuah kampung.
Satu kampung Pasukan SAR cari, namun buntu.
Signal itu tidak lagi muncul.
Abang Acap, Denny Lang hingga ke hari ini kerap masuk hutan Gopeng bersama kawan-kawan untuk mencari Acap.
Walau dah 7 tahun berlalu, abangnya tak putus asa.
Kasih seorang abang.
🥺 Hutan, bukit, gunung ganang ini adalah rahsia alam yang tak mampu diterjemahkan oleh secanggih mana pun teknologi.
Ada pelbagai peristiwa aneh, misteri yang dilalui ramai orang yang pernah masuk hutan dan gunung ini.
Peristiwa yang tak masuk akal dan diluar penjelasan logik manusia.
Dan hari ini, hari ke 9 Jaslinda hilang.
Makin lama hilang, makin kritikal situasi mangsa.
Semoga Jaslinda dapat ditemui segera dalam keadaan selamat.
Dan didoakan juga agar Acap kembali ditemui.
7 tahun keluarga dan kawan-kawan mencari tanpa putus asa.
Moga tahun ini pencarian itu berakhir dan ditemukan segera.
Kredit : FB Mohd Fadhli Salles
Sehari dua ni hangat isu Rohingya. Siap ada kempen menentang lambakan warga tiada dokumen ni masuk ke Malaysia. Mudahnya mereka masuk. Indonesia tak nak terima. Myanmar pun halau. Sekarang dah tahu sikap biadap mereka. Seperti melepaskan anjing tersepit. Apa inisiatif kerajaan?