bila dapat gaji, kita asingkan siap2.. dah asingkan ada duit lebih kita beli barang anak dulu.. baru beli barang kita.. itupun kalau ada lebih.. alhamdulillah
orang tak hormat family aku, layak ke aku hormat org tu? berkali2 ckp family aku bukan2 tapi aku senyap je.. padahal family aku banyak tolong aku.. tapi bila org dah buta dengan ego sendiri semua nampak jahat.
sebagai mak, hanya air mata je mampu jatuh tapi rutin harian wajib sama.. nak buat apa2 mesti fikir. anak nak susu, nak pam tak boleh stress, masa pam tak boleh lari.. fikiran tetap kne waras..
dulu pernah ckp, gaji 2k tak cukup.. maybe kne gaji 2k+++ baru cukup.. lepas tu pernah ckp lagi.. kalau cuti sabtu ahad kan best boleh la spend masa dgn saif. rupanya allah dengar, allah bagi apa aku minta.. tapi dengan cara aku sendiri tak duga.. cuma aku sendiri terpaksa tolak.
apa kita buat, kita mesti utamakan org sekeliling.. terutama family.. tapi sampai diri kita.. tak de siapa kisah.. one day kalau mati pun, tak ada orang hairan.. hari ni mati, esok dah macam biasa.
Dia tetap datang paling awal ke rumah Allah.
(Datang Awal✅)
Dia sempurnakan dengan penuh tenang.(Berwuduk✅)
Dia tidak tahu itu kali terakhir dia membuka cahaya rumah Allah, yang menerangi orang lain.(Berkhidmat di rumah Allah✅)
Dia tidak tahu itu bacaan Al-Quran terakhirnya
Bila tengok imej ni saya terbayang apa dalam fikiran arwah di saat akhirnya 😢
Pagi Ahad, pada hari terakhir cuti raya untuk sekolah.
Esoknya Isnin dan anak-anak akan kembali ke sekolah.
Pada pagi Ahad hujung minggu yang lapang inilah seorang ayah menunggang motor menuju ke kedai buku.
Tujuannya nak beli buku sekolah untuk anaknya.
Dikhabarkan buku tersebut pula hendak dibeli dengan duit raya yang si anak dapat.
Tapi dalam perjalanan terakhir inilah, si ayah bertembung dengan sebuah kereta yang dipandu melawan arus oleh pemandu yang mabuk.
Yang tak sepatutnya berada di atas jalan raya.
Yang jadi punca si ayah bertemu Sang Pencipta dalam keadaan yang tidak sepatutnya.
Kerajaan boleh bercakap tentang statistik kemalangan, tentang berapa banyak kemalangan berpunca dari faktor lain berbanding pemandu mabuk.
Tapi kemalangan akibat pemandu mabuk tidak boleh dilihat sama seperti kemalangan langgar lampu merah atau brek tak makan.
Tragedi seperti ini tidak boleh lagi diukur dengan data dan statistik.
Tapi perlu dinilai dari segi persepsi dan sentimen rakyat.
Jadi buatlah sesuatu lebih dari sekadar mengeluarkan kenyataan.
Terjemahkan ia dalam tindakan yang jelas dan nyata.
Salam takziah pada keluarga mangsa, moga diampunkan doa arwah dan ditempatkan di kalangan hambaNya yang beriman.