Maal Hijrah,
Kita tidak dituntut untuk menjadi lebih baik daripada orang lain,
Tapi kita dituntut menjadi lebih baik dari hari kemarin.
Abaikan seja tangan dan katak masuk poket. Hahaha
Hanya cukai dan harga barang je yang meningkat era menteri formula dan menteri Kewangan terbaik Asia ni.
Yang turun pula nilai Ringgit dan eksport negara.
Terbaik.
Ops, jangan tegur. Siapa tegur kerajaan ni khawarij dan pemecah masyarakat dan pemfitnah
buat KDYMM Tuanku & Permaisuri Agong, patik & majoriti rakyat jelata sentiasa menjadi benteng serta barisan hadapan buat Tuanku & Permaisuri dalam segala usaha & ikhtiar untuk mempertahan harta pusaka ini. Daulat Tuanku
#DaulatTuanku#KekalTenang
Pelbagai cabaran, perkembangan dan pencapaian yang dilalui anak syarikat Negeri Terengganu, Terengganu Incorporated Sdn Bhd bagi tahun 2022.
Alhamdulillah, Terengganu Inc telah berjaya perolehi pulangan hasil bernilai RM1.55 bilion pada penutup tahun 2022 dan data menunjukkan peningkatan bagi tempoh lima tahun kebelakangan ini. Manakala nilai aset bersih juga bernilai RM1.6 bilion pada 2022 di mana ianya menzahirkan trend menaik sejak empat tahun sebelumnya.
Banyak perkara yang menjadi faktor kepada pencapaian yang memberangsangkan ini. Antaranya adalah beberapa strategi diubah dengan mengadaptasi inovasi, memperkemas proses dan memupuk budaya penambahbaikan secara berterusan.
Selain itu, pengurusan yang efektif dengan memperkenalkan inisiatif persekitaran, sosial dan tadbir urus (Environmental, Social and Governance (ESG)) bertemakan “Adaptasi Transisi Menuju Masa Depan Terengganu Yang Mampan” turut menjadi asas kepada strategi perniagaan, membentuk pendirian tetap dalam menjaga persekitaran, menggalakkan perkembangan sosial dan mengekalkan piawaian etika.
Lebih membanggakan apabila syarikat berjaya mewujudkan pasukan syariah yang sangat komited bagi memastikan apa yang dirancang selari dengan ajaran Islam dan bertepatan dengan hasrat Negeri Terengganu yang maju, berkat dan sejahtera.
Alhamdulillah, suka untuk dikongsikan bahawa Terengganu Inc mempunyai seramai 8,658 kakitangan dan sejumlah 5,437 orang daripada mereka adalah anak jati Terengganu.
Tambahan, syarikat ini telah memberi manfaat kepada seramai 584 orang graduan melalui Latihan Industri dan Program Pengurusan Pelatih bagi mendapatkan pengalaman dan perkukuhkan kemahiran mereka.
Bukan itu sahaja, syarikat juga aktif mengembalikan keuntungan kepada rakyat dengan melakukan Tanggungjawab Sosial Korporat dengan menyalurkan sumbangan sebanyak RM11.4 juta kepada pelbagai golongan masyarakat di negeri ini selain pembayaran zakat sebanyak RM 4.5 juta.
Secara menyeluruh, pencapaian bagi tahun 2022 amatlah membanggakan dengan pelbagai anugerah diterima oleh anak-anak syarikat di bawah Terengganu Inc.
Syabas kepada pihak pengurusan serta kakitangan Terengganu Inc atas usaha dan komitmen yang diberikan. Moga hasrat untuk mendapat hasil pulangan sebanyak RM2 bilion pada masa hadapan dapat dicapai dan diberkati-Nya.
Bicara yang padat, tegas dan berani.
Terasa puas mendengar ulasan serta pandangan Tun M dan Tuan Guru berkenaan isu Palestin.
Keduanya memang terkenal sebagai negarawan yang lantang membela Palestin.
Mahal butir bicara dua tokoh ini
Tun M tidak asing lagi sebagai tokoh yang dihormati dalam dunia Islam. Sumbangan antarabangsa terbukti di Bosnia
TGHH pula tidak asing lagi2 pada zaman muda beliau sumbangan besar peringkat antarabangsa.
Jom dengar!
Hanya 900K satu negeri. Kurang 100K dari 1 juta. Buat dekat 6 negeri? Bukan ke nak dekat 6 juta juga?
Isu dia bagi aku bukan isu kos. Baguslah buat utk rakyat.
Isu dia sembang kari. Sekejap PMX kata nak jimat, sekejap okey pula berbelanja banyak