Ni namanya suami bebal. Kau ingat bini ko menyusukan anak guna susu badan tu dia tak penat ke? Penat la cilaka
Mentally exhausted tau. Ko tahu bercucuk tanam je. Tapi isteri yg lebih jaga anak. Kalau tak de ilmu pasal benda ni pergi timba, bkn tahu salahkan bini engko aje. ๐คฆ๐ผโโ๏ธ
Yesss! Suka jawapan seller tu!
Kemain customer tu ingat modal buat Laksa Johor tu posen-posen ke?
Dari FB Rusyainie Ramli :
โTangkap layar dari seorang penjual Laksa Johor. Perbualannya dengan bakal pelanggan dia.
Laksa Johor tersangat rumit tu satu hal. Modalnya besar bukan main ya. Sebab tu saya tak pernah nak menerima apa juga tempahan.
Ikan parang, nak dapatkan pun susah, harganya bukan setara harga ikan kembung atau selayang.
Dah direbus, nak asingkan isi dengan tulang tu kerjanya renyah. Ikan parang tu penuh dengan tulang ya.
Saya tak gunakan periuk tekanan tinggi. Bukan boleh dikisar ikan tu sekali jalan. Dah dapat isinya, dikisar sampai halus. Tulangnya mesti kena kisar juga dengan air rebusan, ditapis lagi. Dah lah tulangnya keras.
Modal lainnya ialah udang kertas, udang kering, ikan kurau masin. Bukan setakat bawang bagai, kerisik, santan dan rempah kari juga. Habis satu dapur percikannya bila menumis. Minyak mesti cukup, tak boleh ciput.
Kuahnya dimasak paling kurang 2 jam. Baru pecah minyak dengan cantik molek. Ingat gas dan elektrik percuma ke apa. Elektrik tu sebab penyedut asap kat rumah kena lah dipasang sepanjang masa memasak. Tak campur kos penggunaan penghawa dingin kalau kat dapur saya.
Pantang betul saya kalau orang remehkan betapa sukarnya masakan tradisional Melayu seperti Laksa Johor. Bukan senang ya nak pandai memasak hidangan macam ni.
Laksa Johor mesti gunakan pasta sebagai mi. Spageti bukan mi kuning. Tak kira lagi ulam-ulaman dia. Timun tu kalau tak ada skil, tak boleh. Sebab ada cara nak memotongnya.
Kalau sepinggan nak harga RM5, silakan masak Laksa Johor sendiri. Saya hidangkan Laksa Johor untuk keluarga sebelah suami saya ketika hari raya pertama dan kedua. Niatnya ikhlas untuk gembirakan tetamu. Penat lelah tu harapnya menjadi pahala.
Bila orang bertanya suami saya, mana nak makan Laksa Johor sedap, dia mesti jawab, yang Ninie masak. Kembang kuncup perasaan saya. Maklum lah beria saya belajar nak buat Laksa Johor dulu.
Tapi kalau nak dijual, memang tak lah. RM5 sepinggan, modal pun tak lepas ya. Mungkin Laksa Utara dapat lah kot. Tu pun kuahnya cair bejijeh. Tak ada ikan langsung lah.โ