Yayasan Wilayah Persekutuan merupakan badan yang memberi perkhidmatan & bantuan untuk meningkatkan taraf hidup golongan berpendapatan rendah dalam P.E.S.A.T
🎓 Skim Bantuan Awal IPT YWP kini dibuka!
Bantuan one-off untuk anak Wilayah Persekutuan (KL, Putrajaya & Labuan) yang sambung pengajian ke IPT.
✅ Semester 1, Tahun Pertama
✅ Sijil, Diploma & Ijazah (sepenuh masa)
Mohon di: https://t.co/rsz9BitpVN
📞 03-2698 3073 / 2073
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBrs. Dr. Abdul Basir V. Kunhimohamed atas pelantikan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) berkuat kuasa 1 Julai 2025.
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1446H / 2025M
Semoga kehadiran Aidiladha membawa makna pengorbanan yang tulus, memperkukuh keimanan dan mempererat silaturahim dalam kalangan kita semua.
#HariRayaAidiladha#Aidiladha2025#YWP#MalaysiaMADANI
DIRGAHAYU TUANKU
Merafak Sembah Ucapan Setinggi-tinggi Tahniah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku Pada 2 Jun 2025
29 Mei 2025 | Kunjungan Hormat AKM ke YWP
Akademi Kenegaraan Malaysia telah mengadakan kunjungan hormat ke YWP yang membuka ruang kerjasama strategik dalam pembangunan modal insan, jati diri nasional dan perpaduan masyarakat bandar.
https://t.co/g7YGdxFqQo
Selamat Menyambut Hari Guru 2025
"Guru Pemacu Reformasi Pendidikan"
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua warga pendidik atas jasa dan pengorbanan yang tidak ternilai dalam mendidik generasi masa hadapan.
#HariGuru2025#GuruPemacuReformasiPendidikan
Salam takziah buat seluruh ahli keluarga mangsa nahas kemalangan jalan raya melibatkan Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Unit 5 di Teluk Intan, Perak. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah.
Selamat Menyambut Hari Wesak 🌸
Semoga sambutan Hari Wesak ini membawa kedamaian, kesejahteraan dan kebahagiaan kepada seluruh penganut agama Buddha.
Marilah kita terus hidup dalam semangat saling hormat, toleransi dan perpaduan demi Malaysia MADANI.
Selamat Menyambut Hari Ibu 💐
Semoga kasih sayang dan pengorbanan ibu terus dihargai setiap hari.
Tema tahun ini, “Sentuhan Kasih Ibu” menggambarkan betapa besarnya peranan ibu dalam membentuk kekuatan dan kasih dalam diri anak-anak.
Terima kasih, ibu. ❤️
AL-FATIHAH | Malaysia telah kehilangan bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Salam takziah buat seisi keluarga dan semoga roh Allahyarham Tun Abdullah dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Salam Nuzul Al-Quran
18 Mac 2025 - 17 Ramadan 1446H
“Bacalah al-Quran kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat sebagai syafaat kepada para pembacanya”. (Riwayat Muslim (804))
Niat Solat Sunat Tarawih
Alhamdulillah, malam ini bermulanya solat sunat Tarawih. Rebutlah keberkatan malam Ramadan dengan menunaikan Solat Sunat Tarawih secara berjemaah.
Jom hidupkan Ramadan dengan ibadah! Moga Allah SWT menerima amalan kita.
#SolatTarawih#RamadanKareem
🌙 Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak & Ibadah Puasa 🌙
“Selamat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan. Semoga setiap amal baik kita diterima oleh Allah SWT dan membawa keberkatan.”
19.2.2025 Hari ini YWP menyerahkan bantuan goodie bag kepada pihak Persatuan Komuniti Wanita Kota Kuala Lumpur (KWK) yang akan mengadakan Majlis Tadarus AlQuran 1446H pada 18 Mac 2025 di Desa Pandan.
Selamat Kembali ke Sekolah 🫡
Semoga tahun ini menjadi tahun yang penuh dengan kejayaan dan pembelajaran yang menyeronokkan. Jangan takut mencuba perkara baharu dan sentiasa berusaha menjadi lebih baik setiap hari!