Banyakkan istighfar. Perbaiki hubungan dengan Allah. Perbaiki hubungan dengan ibu bapa. Bantu orang lain dalam bentuk yang kita boleh. Syukuri perkara2 kecil dalam hidup, even just bernafas
Amalkan 2 doa ni. Mohon bantuan hanya dariNya. Dan tawakkal lah dengan sebenar tawakkal.
Mungkin pernah, kita rasa tidak tahu nak doa apa.
Bukan kerana sombong, tetapi kerana terlalu banyak.
Dosa kita banyak, hajat kita banyak.
Tetapi, 10 malam akhir Ramadan ini, janganlah tinggal doa ini.
Doa yang Nabi ﷺ ajar kepada Sy Aisyah RA untuk malam al-Qadr:
Antara benda boleh diperbaiki lagi.
Solat Sunat selepas Isya' (rawatib ba'adiayah), tingkatan kedudukannya jauh lebih utama dari Solat Tarawih.
Pahalanya juga lebih besar. Tapi dari pemerhatian, ramai tinggalkan dan tunggu Solat Tarawih je (lebih 1/3 jemaah).
Rugi pahala.
Wahai hati, tolonglah tutup rasa ingin tahuku terhadap hal2 yang apabila aku mengetahuinya boleh membuatkan hatiku sakit, sedih, tak tenteram bahkan membuatkanku memikirkannya berpanjang-panjangan.
Ketika kita bermaksiat, Allah suruh malaikat untuk diam-diam mencatatnya. Tetapi ketika kita bertaubat, Allah umumkan kepada seluruh penduduk langit "Lihatlah, hambaKu sedang bertaubat kepadaKu."
Solat Dhuha adalah pelaburan terbaik untuk kesihatan dan ketenangan jiwa.
Menurut Syeikh Muhd Zainul Asri, ia adalah cara paling sempurna untuk kita berterima kasih kepada Allah atas segala nikmat-Nya.