May your troubles be as short-lived as your New Year’s resolutions, and your joys as lasting as your Wi-Fi connection. Cheers to a year of laughs, love, and leveling up—Happy New Year!
Gus Miftah alias Ta’im alias siapapun namamu, kamu kurang ajar. Ayat mana yg membolehkanmu menghina orang kecil se’goblok’ itu? Carilah rejeki dgn cara lain. Berhenti jualan agama. Cobalah jualan es teh keliling. Lalu lewatlah depan rumahku. Entar kuteriakin ‘goblok’ juga spy kamu tahu rasanya. @KSPgoid@prabowo
Hari ini, saya telah menyampaikan bantuan kepada SK Taman Muda.
Dalam masa yang sama, saya telah diberikan peluang untuk melawat hasil tumbuhan di rumah hijau yang diusahakan oleh pihak mereka. Sihat-sihat belaka tumbuhan-tumbuhan yang diusahakan!
#terataibersamayew
Selamat Hari Raya Aidilfitri saya ucapkan kepada semua rakan2 Muslim! Semoga raya kali ini dapat disambut dengan girang gembira bersama yg tersayang.
Takbir bergema di malam sunyi,
Ketupat rendang dihidang rapi;
Bertemu saudara kebahagiaan hati,
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Aktiviti pemberian juadah ini sangat sinonim dengan bulan puasa, dan adalah aktiviti yang perlu digiatkan sentiasa, bukan sahaja untuk membantu mereka yang memerlukan, malahan untuk mengeratkan hubungan sesama masyarakat.
#terataibersamayew
Semalam, saya dan team Pusat Khidmat Rakyat DN Teratai, bersama-sama pihak MPKK Kg. Cheras Baru, telah mengagihkan juadah berbuka puasa kepada penduduk setempat di Kg. Cheras Baru.
Secara kebiasannya, bubur lambuk menjadi juadah pilihan untuk diagihkan kepada orang ramai. Akan tetapi, kali ini juadah pilihan adalah masak lemak daging salai.
Hari ini, pihak saya telah berkesempatan menyampaikan bantuan kepada keluarga memerlukan di Taman Putra dan Taman Mega Jaya.
Diharapkan bantuan yang diberikan dapat membantu mereka menempuhi hari-hari yang mendatang, lebih-lebih lagi dengan perayaan Aidilfitri yang bakal tiba.
Semalam, saya telah melawat kampung Tasek Permai untuk meninjau kawasan bermasalah di tempat tersebut.
Untuk pengetahuan semua, kawasan ini sering dilanda banjir, dan masalah ini sudah berlarutan bertahun lamanya.
Acap kali hujan lebat mencurah, kawasan ini pasti mengalami banjir dan penduduk sekitar terkesan.
Memahami keadaan dan masalah mereka, pihak saya akan membawa permasalahan ini kepada pihak-pihak berkait seperti pihak MPAJ, TNB, SUKE, Pejabat Tanah Selangor dan lain-lain lagi.
Semoga dengan ziarah seperti ini, permasalahan penduduk dapat dibincangkan, sambil-sambil mengeratkan silaturrahim.
Selamat berbuka puasa kepada rakan-rakan muslim saya ucapkan
Sekitar aktiviti santun Ramadan semalam, bersama kariah Surau Permai Prima, Taman Tasik Permai.
Sekiranya diizinkan, saya akan perbanyakkan lagi ziarah-ziarah Ramadan di sekitar surau dan masjid di sekitar kawasan Teratai.
Di dalam kita berpuasa di bulan ini, marilah bersama-sama beringat dengan saudara-saudara kita yang sudah berpuasa bertahun atau berbulan lamanya.
Setitis Embun Di Pagi Hari,
Jatuh Di Atas Bunga Melati,
Inilah Waktunya Untuk Perbaiki Diri,
Di Bulan Ramadan Yang Suci Ini
Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan ini, sila berhubung ditalian: +60 17-890 3699
Permohonan yang BERJAYA akan dihubungi oleh Pusat Khidmat DUN Teratai
JOM Shopping Perayaan (JSP) Hari Raya Aidilfitri 2024 DUN Teratai
PERMOHONAN AKAN DIBUKA pada 4 MAC 2024 - 8 MAC 2024
🔗 Link Pendaftaran:
https://t.co/A8fjFHHDBE
Dokumen Yang Diperlukan:
1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon dan Pasangan (Suami & Isteri).
2. Salinan Slip Gaji. (Jika tiada Slip Gaji/Bekerja Sendiri/Tidak Bekerja), boleh dapatkan Surat Akuan Bekerja Sendiri/Tidak Bekerja di Pusat Khidmat DUN Teratai)