I pun selalu je cari gaduh dengan boyfriend I. sebab dia pun memang menyakitkan hati. Tapi bila marah je kita akan rasa benci dia. Bila dah tak marah macam ehhh tetiba sayang sangat. hahahah. Benda tu kadang-2 tambahkan rasa dalam hubungan. so good luck!
7. AND LAST, sabar. Tak ada hubungan yang tak ada masalah. Kadang-2 rasa bosan, marah, kecik hati, merajuk, kecewa, sedih. Itu perkara biasa. Antara kau nak pertahankan atau tak je. So buat pilihan yang tepat untuk hidup kau sendiri. Bukan untuk orang lain.
6. Jangan suka melayan sana sini. Bosan macam mana pun. buat benda lain. Sebab perangai suka melayan ni bahaya. Boleh buat ketagih. Pantang ada peluang je kau melayan. Jangan nanti pasangan kau pun kena kebas dalam sibuk-2 kau sibuk melayan orang lain.
5. Jangan biasa abaikan pasangan kau. Sibuk macam mana pun, cari masa untuk call dalam 1 hari tu. Jangan biasakan dia rasa macam kau tak wujud. Benda ni boleh buat pasangan kau tawar hati and tak rasa excited kau ada.
4. Jangan cerita masalah hubungan kau dengan lain jantina. Tak kisahlah siapa pun. Just keep it and sebab tu kena ada comunication between both of you. Bukan pergi cari orang lain cerita masalah and minta simpati. kang tersangkut, cakap "TAKDIR".
3. Comunication. Bila ada masalah. Bincang. Jangan kau off phone, tak angkat call. Itu macam budak-2. Bincang, cakap apa yang kau suka apa yang kau tak suka. Masa bincang ni. nak gaduh teruk macam mana pun, gaduh. But after that say "sorry sayang'' then tido.
2. Bosan bila dh lama kenal tu perkara biasa. Tapi JANGAN ambik kesempatan dengan melayan orang lain. Trust me, bila kau dah start buat ni. Hubungan kau dah ada kat hujung-2 tanduk dah. Jangan cakap kau saja-2 je buat macam tu. Hubungan yang matang tak ada masa untuk benda bodoh.
1. Jangan ingat yang hubungan akan sentiasa kekal sweet macam awal-2 kenal. TAK AKAN. Kita kena sedar yang kita bercinta, bersayang dengan manusia. Yang boleh berubah bila-2 masa sahaja. So, prepair your mental and fizikal.
Orang tak hargai kita?
Jawapan: tinggalkan dia
Kata imam syafie
اذا المرء لا يرعاك الا تكلفا فادعه و لا تكثر عليه تأسفا
Jika seseorang tidak tertarik dengan engkau kecuali terpaksa(ambil kesempatan) maka tinggalkan jangan kasihan keatasnya.