Berdukacita atas pemergian mantan Yang Dipertua Negeri dan Ketua Menteri Sarawak, Tun Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud awal pagi tadi.
Saya mewakili pentadbiran Kerajaan MADANI mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan rakyat Sarawak.
Sesungguhnya kita, terutama rakyat negeri Sarawak kehilangan seorang sosok negarawan yang dihormati.
Jasa dan bakti Allahyarham kepada negara dan negeri Sarawak akan sentiasa dikenang buat selamanya.
Al-Fatihah.
Lawatan kerja Timbalan Menteri @officialmosti YB Dato’ @YusopApdal ke #BioeconomyCorporation. Dgn prinsip "Bioeconomy for all", Bioeconomy Corporation terus menyokong usaha 'Merakyatkan Sains, Menginsankan Teknologi, Mengarusperdanakan Inovasi' #MOSTI.
https://t.co/pG0b327ZNw
Selamat menyambut perayaan Pongal kepada seluruh warga Tamil di Malaysia. Perayaan yang diraikan selama empat hari itu adalah perayaan budaya bagi menzahirkan rasa syukur, selain bersiap untuk lembaran baharu. Saya amat berharap masyarakat Tamil di Malaysia dapat meraikannya dengan kegembiraan serta kebahagiaan dan semarakkan nilai-nilai yang baik, selain terus memperteguh kemajmukan sebagai akar dan kekuatan bangsa.
#MalaysiaMADANI
Tahun 2023 : Sebagai Menteri @KBSMalaysia, saya kena pelajari banyak jenis sukan. Ada yang gol, ada yang makan 🥚.
Tahun 2024 : Tak pe, sis cuba lagi.
#dontgiveup#tryagain
Tahun baru, lembaran baru.
Selamat Tahun Baru 2024 buat seluruh rakyat Malaysia 🇲🇾 Semoga negara dan kita semua sentiasa berada didalam lindungan dan rahmat oleh Allah SWT jua hendaknya
Puluhan ribu membanjiri perkarangan Stadium Shah Alam malam tadi di Majlis Darul Ehsan Berselawat 3.0.
Kami menyambut kedatangan Tahun Baharu 2024 dengan menadah tangan dan bermunajat ke hadrat Allah SWT.
Kami alunkan selawat buat Rasul Junjungan Muhammad SAW, tasbih dan zikir mengingati Allah SWT.
Moga bumi Selangor Darul Ehsan terus dipenuhi majlis zikir dan selawat, membawa berkah dan rahmah buat negeri bertuah ini.
Ampunkan dosa kami Ya Allah, limpahkan rahmatMu ke atas bumi Selangor yang berkah ini, terimalah segala amalan dan makbulkan doa kami, lindungi sahabat dan saudara kami di Gaza dan Palestin, berikan umat Islam di Palestin kemenangan dan kemerdekaan melawan musuh Zionis laknatullah.
Ameen ya Rabb
#KitaSelangor
#DarulEhsanBerselawat
Kenyataan Media
Perdana Menteri
30 Disember 2023
Merujuk kepada kenyataan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mengingatkan agar dihormati dan tidak mencampuri urusan berkaitan hal ehwal Agama Islam di Malaysia, dan saya mendukung penuh kenyataan tersebut.
Namun, sekiranya terdapat sebarang kemusykilan dan bagi mengelak sebarang kekeliruan, pihak bukan Islam boleh menulis kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) untuk meleraikan sebarang kekusutan dalam suasana yang harmoni dan beradab.
ANWAR IBRAHIM
Foto: Arkib
Seluruh warga MTDC mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YB Dato' Haji Mohammad @YusopApdal atas pelantikan sebagai Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.
Selamat Maju Jaya!
#mtdcmalaysia#mosti#MalaysiaMadani
Seluruh warga MTDC menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB Datuk @ArthurJKurup atas segala jasa, sumbangan, khidmat bakti dan pimpinan sepanjang menerajui MOSTI sebagai Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.
#mtdcmalaysia#mosti
Kebiadaban rejim Zionis Israel ke atas warga Palestin dengan melakukan pembantaian secara berterusan perlu dikecam sekeras-kerasnya di peringkat dunia.
Pembunuhan dan kempen penindasan tanpa henti itu perlu dihentikan dan para pemimpin dunia perlu mengheret rejim Israel ke muka pengadilan dan bertanggungjawab di atas jenayah genosid tersebut.
#MalaysiaMADANI
https://t.co/qXSTpBpAWj
"Saya bagi arahan tidak ada universiti yang boleh menolak mana-mana pelajar miskin, mesti daftar bagi nama dan kementerian atau jabatan harus selesaikan."
https://t.co/PyxYbMsHxJ
#AWANInews#AWANIpagi