Bismillah..
Doakan agar saya senantiasa ikhlas dan perjuangan.
Semoga Allah Subhana Wa Ta’ala terima sedikit usaha kita semua mempertahankan kebenaran & keadilan. Allahuma Ameen
Lembaga Wakaf Hindu Arah Kosongkan Tanah & Robohkan Kuil?
Lembaga Wakaf Hindu Negeri Pulau Pinang (LWHPP) halau penceroboh tanah & merobohkan kuil haram yang dibina di atas tanah mereka.
Siapa Pengerusi & Timbalan Pengerusi LWHPP?
Tidak lain tidak bukan, RSN Rayer & R. Lingesh:
Mereka berdua antara individu yang paling lantang membantah pengusiran penceroboh tanah & perobohan kuil haram haram oleh pihak berkuasa.
Ironiknya, bila sampai kepada tanah LWHPP yang mereka berdua terajui, penceroboh pula dihalau & diarahkan robohkan kuil haram dalam tanah itu.
Tanah orang kena ceroboh & dibina kuil haram, bukan main lantang pertahan penceroboh & pembina kuil haram.
Sampai kepada tanah Lembaga Wakaf Hindu, tahu pula nak halau penceroboh keluar & arahkan robohkan kuil haram tu?
Aduhai😅
Saya menonton sidang media Pakatan Harapan (PH) semalam oleh Pengarah Pilihan Raya PH, Datuk Seri Amirudin Shari.
Beliau menyifatkan naratif yang memfokuskan kepada politik identiti menjadi punca kekalahan mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 Negeri Sembilan.
Sebagai Muslim, saya perlu berlaku adil dalam memberikan ulasan.
BNPN memainkan politik identiti. Itu fakta.
Kedaulatan Islam. Perpaduan Muslim.
Sebagaimana kata Profesor Wong Chin Huat semalam dalam Astro Awani yang saya susun dalam ayat saya sendiri,
“Kalau BN atau PN cuba bermain dengan menjadi lebih tengah (center) dengan meninggalkan ideologi politik kanan, nampak macam fake & orang tak percaya. Itu asas kepada kedua-dua gabungan politik itu.”
Menurutnya lagi, itu tidak bermaksud BNPN tidak fokus kepada ekonomi & perkara lain cuma fokus utama perjuangan mereka adalah agama & kaum.
Cuma persoalan yang lebih menarik yang ramai rakyat fikirkan apabila mendengar sidang media semalam ialah,
* Apakah DAP memperjuangkan sekolah vernakular & UEC itu bukan politik identiti? Memperjuangkan kepentingan orang Cina?
* Apakah mempertahankan kuil-kuil haram itu bukan politik identiti walaupun itu adalah isu undang-undang? Memperjuangkan kepentingan penganut Hindu walaupun salah itu bukan politik identiti?
And the list goes on..
Saya juga tertarik dengan kenyataan Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Samad yang mendakwa sentimen yang membangkitkan kebimbangan terhadap DAP menyebabkan ramai pengundi Melayu membuat pilihan berasaskan faktor tersebut, berbanding menilai rekod pencapaian kerajaan negeri.
Yang disebut oleh Datuk Seri Amirudin ialah politik identiti manakala yang disebut oleh Khalid Samad pula ialah politik ketakutan.
Saya juga percaya ramai rakyat juga tertanya-tanya tentang kenyataan Khalid Samad.
* Apakah dengan PH memainkan retorik ‘Tolak Gelombang Hijau’ itu bukan politik ketakutan?
* Apakah dengan retorik ‘Tolak Gelombang Hijau’ di mana gaya hidup masyarakat bukan Islam akan disekat itu bukan politik ketakutan?
* Bukankah Nga Kor Ming pernah berkata Malaysia akan menjadi seperti Taliban Afghanistan jikalau PN menang itu bukan politik ketakutan?
Banyak lagi contoh yang boleh diberikan..
Hari ini rakyat bukan sekadar menilai berdasarkan kenyataan rasmi & perkataan bombastik yang digunakan oleh mana-mana ahli atau parti politik.
Rakyat semakin bijak menilai retorik dengan realiti. Majoriti rakyat Malaysia yang layak mengundi bukanlah ahli kepada mana-mana parti politik baik dari PH, BN atau PH.
Jumlah pengundi berdaftar (SPR) adalah seramai 22.17 juta orang.
Jumlah keahlian semua parti utama lebih kurang 8.95 juta orang. Jumlah ini adalah berdasarkan rekod buku & pendaftaran dalam talian yang diumumkan oleh parti-parti utama.
Jumlah pengundi bebas yang tidak berparti adalah seramai 13.22 juta orang (59.7%).
Semua ahli & parti politik perlu sedar bahawa majoriti pengundi Malaysia sebenarnya tidak menganggotai mana-mana parti dan kumpulan inilah yang biasanya menjadi penentu (kingmaker) dalam setiap pilihan raya.
Saya termasuk antara mereka yang tidak berparti.
Alangkah baiknya jikalau dalam sidang media semalam, PH mengakui akan kekurangan mereka & tidak menyalahkan pihak yang lain sebagai punca kekalahan mereka.
Sebenarnya implikasi lebih besar dari itu!
Mesej yang barangkali difahami oleh rakyat yang mengundi BNPN & tidak berparti adalah PH menyalahkan rakyat kerana mengundi so called politik identiti.
Rakyat melihat PH masih didnt get the message and live in denial kenapa dalam PRN Sabah, Johor & Negeri Sembilan, rakyat menolak PH.
Dengan menyalahkan taktik pihak lawan tidak akan membantu PH untuk belajar dari rentetan kekalahan PRN ini.
Selepas ini, ujian lebih mencabar iaitu di PRN Melaka yang menjadi kubu kuat BN sejak sekian lama.
Adakah PH mampu belajar dari tiga kekalahan PRN & bangkit untuk memenangi Melaka atau PH akan kalah lebih teruk di Melaka?
Apa pandangan sahabat semua?
Peguam saya telah menghantar notis tuntutan saman fitnah sebanyak RM5juta kepada Lim Guan Eng kerana memfitnah saya dalam sebuah videonya dengan melabel saya sebagai ekstrimis.
Lim Guan Eng diberikan masa 7 hari untuk meminta maaf & membayar gantirugi RM5juta.
Berbeza pendapat tak mengapa tetapi bukannya dengan memfitnah.
DAP mengakui mereka yang menggantungkan kain rentang tertera wajah Dato Seri Najib dengan mesej dalam bahasa Cina yang jelas mensasarkan masyarakat Cina.
Tidak merasa pelik kerana Nga Kor Ming pernah membuat 75 perkongsian sehari di laman FBnya dan 65 darinya adalah dalam Bahasa Cina, 5 BM & 5 BI. DAP parti pelbagai bangsa.
Tahniah kerana berani mengakui perbuatan mereka secara terbuka CUMA saya ada persoalan sebagai rakyat Malaysia yang tidak berparti,
1. Bukankah pilihanraya adalah medan memberitahu kepada rakyat apa tawaran calon/gabungan? Apakah tawaran DAP dengan gantung kain rentang Najib?
2. Adakah DAP akan membuat pengakuan terbuka jikalau tindakan tiga ‘wira’ mereka itu tidak dirakam?
Soalan ketiga ialab soalan paling penting,
3. Adakah ini bermaksud mengantung kain rentang atau poster yang tiada kaitan dengan manifesto calon/gabungan merupakan strategi kempen DAP sebelum ini serta berkemungkinan juga untuk selepas ini?
Saya tidak pernah bersetuju dengan rasuah atau pecah amanah & saya percaya mereka harus dihukum.
Tetapi tindakan DAP menimbulkan begitu banyak persoalan & keraguan apakah motif DAP sebagainya? Adakah mereka mahu melakukan provokasi melampau sebagai sebahagian dari strategi?
Adakah DAP sedang memberikan mesej kepada rakyat bahawa DAP mempunyai potensi melakukan kempen yang ‘unik’ demi mencapai matlamat?
أنا عارف إنكم لسه زعلانين، بس وعد مني إني هعمل كل اللي في قدرتي عشان أضمن إن دي تكون بداية جديدة للكورة المصرية على الساحة الدولية. التأهل لكأس العالم مش هيكون كفاية، والمشاركة كمان مش كفاية. الفريق ده يستاهل ثقتكم