Jatuh air mata masa edit video ni. You have no idea betapa bermakna video ramadan ni untuk KA. Yang muda, yang tua, tak kira agama atau bangsa, semua masuk dapur untuk cuba memasak. Terima kasih bagi KA peluang untuk meriahkan ramadan anda semua
Izinkan saya undur diri dahulu, dari tahun lepas lagi belum berehat. Selamat hari raya guyss, maaf zahir dan batin ❤️
Selamat beribadah dan menyambut bulan Ramadhan.
Satu-satunya harta yang tidak boleh diganti adalah masa, dan kebiasaannya kita membazirkan harta masa ini di setiap Ramadhan kerana beranggapan akan ada Ramadhan lagi di tahun depan.
Sama-samalah kita anggap ini Ramadhan terakhir kita, supaya kita tidak mensia-siakan masa di bulan Ramadhan dengan memanfaatkannya untuk beribadah.
Ingatan itu lebih kepada saya yang selalu membazirkan harta masa di Ramadhan yang lepas-lepas.