HOLY SHIT BRO 🚨
Israeli minister Ben-Gvir parades kidnapped flotilla activists like captured animals in his sick propaganda circus.
No regard for international law.
MALAYSIA CATAT SATU LAGI KEJAYAAN EKONOMI
Malaysia catat satu lagi kejayaan Ekonomi apabila penjualan atau Export barangan Malaysia ke luar negara memecah rekod tertinggi dalam sejarah maklum Kementerian Perdagangan, Pelaburan dan Industri
Ini peningkatan sebanyak 36.9 peratus. Atasi apa Bloomberg cakap iaitu 9.5 peratus . Jumlah Eksport RM 182.74 Bilion. Dengan lebihan dagangan RM 28.75 Bilion
Ada 4 Manfaat daripada kejayaan ni untuk rakyat Malaysia. Kepada yang tak faham
1) Eksport tinggi bermakna banyak barang buatan kita dijual di luar negara. Syarikat makin untung maka lebih banyak peluang pekerjaan. Syarikat makin untung makin banyak cukai dibayar kepada Kerajaan untuk Kerajaan guna buat infrastruktur rakyat. Syarikat makin untung maka Ekonomi akan berkembang banyak rakyat akan untung sebab nak tingkatkan beli kelengkapan untuk terus beroperasi seperti logistik, pengeluaran dan penghasilan bekalan untuk buat produk berkenaan
2) Eksport naik bermakna ia sedikit sebanyak bantu Ringgit jadi lagi kuat. Jadi rakyat Malaysia akan ada lebih kemampuan beli barangan luar
3) Bila ada Lebihan Dagangan. Duit Negara Luar masuk dalam Negara kita lebih dari kita belanjakan Ringgit kita. Ini boleh Kerajaan guna untuk kuatkan Ringgit atau buat infrastruktur rakyat dengan lebihan duit
4) Eksport lebih bermakna ramai negara beli barangan Malaysia. Bukti barangan Malaysia ni orang suka dan ini akan naikkan nama negara dan untungkan Malaysia
Usaha Kerajaan MADANI membuahkan hasil, berkat politik yang stabil dan semua pihak dalam kerajaan perpaduan memainkan peranan masing-masing.
Ini bukan syok sendiri, ini terbukti menjadi.
Tapi politik berbalah semula, bergaduh lagi, rugi lah. RUGI.
145kg madu kelulut berjaya dihasilkan bawah Program Ekonomi Madani.
Income tambahan sebanyak RM10,150 utk pengusaha dari kalangan isteri anggota ATM.
Selain madu kelulut, ada tanaman halia, sayur, cili & cendawan.
Good job @MINDEFMalaysia, dok dalam kem pun boleh jana income!
𝗗𝘂𝗹𝘂 𝘃𝘀 𝗦𝗲𝗸𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴: 𝗘𝘃𝗼𝗹𝘂𝘀𝗶 𝗣𝗲𝗻𝗮𝘀𝗶𝗵𝗮𝘁 𝗣𝗠
Perbandingan ini memperlihatkan pendekatan berbeza dalam pentadbiran negara. Kerajaan MADANI mengekalkan pelantikan penasihat khas secara pro-bono tanpa melibatkan bayaran daripada kerajaan, sekali gus menunjukkan komitmen terhadap pengurusan kewangan yang lebih berhemah dan berintegriti.
Lebih penting, walaupun tanpa perbelanjaan untuk penasihat khas, prestasi ekonomi negara terus menunjukkan perkembangan positif termasuk pengukuhan pelaburan, peningkatan keyakinan pasaran dan usaha pengurangan defisit fiskal.
Ini membuktikan bahawa keberkesanan pentadbiran bukan diukur melalui jumlah perbelanjaan, tetapi melalui hasil dan keupayaan mengurus negara dengan cekap.
CNBC Indonesia laporkan Ringgit Malaysia kini matawang terkuat Asia.
Alhamdulillah, walau dunia dilanda konflik dan harga minyak tidak menentu, negara kita masih di landasan ekonomi yang tepat.
Nota - CNBC adalah media arus perdana di Indonesia, bukan macam Siakap Keli.
Gelombang ‘No Kings’ Meletus, Jutaan Rakyat AS Turun Jalan Bantah Trump
Oleh Mynewshub
MINNEAPOLIS – Gelombang kemarahan terhadap Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, semakin memuncak apabila jutaan rakyat dilaporkan membanjiri jalanan di seluruh negara pada Sabtu dalam protes besar-besaran menentang pentadbiran beliau.
Perhimpunan yang digerakkan di bawah slogan “No Kings” itu didakwa melibatkan sekurang-kurangnya lapan juta peserta menerusi lebih 3,300 acara di kesemua 50 negeri, walaupun tiada angka rasmi dikeluarkan pihak berkuasa persekutuan.
Protes ini merupakan kali ketiga dalam tempoh kurang setahun rakyat AS turun ke jalanan sejak Trump memulakan penggal kedua pentadbirannya pada Januari 2025.
Di New York, puluhan ribu penunjuk perasaan berhimpun dengan kehadiran pelakon terkenal, Robert De Niro, yang secara terbuka mengkritik Trump sebagai ancaman kepada kebebasan dan keselamatan negara.
Demonstrasi turut berlangsung di pelbagai bandar utama termasuk Atlanta dan San Diego, dengan penyertaan pelbagai lapisan masyarakat termasuk veteran tentera.
Seorang veteran, Marc McCaughey, menegaskan bahawa tiada kerajaan boleh memerintah tanpa persetujuan rakyat, sambil menyuarakan kebimbangan bahawa Perlembagaan AS kini berdepan ancaman serius.
Di Washington pula, ribuan peserta memenuhi kawasan National Mall dengan membawa sepanduk mendesak Trump meletak jawatan serta menghentikan apa yang mereka dakwa sebagai amalan autoritarian.
Sentimen anti-Trump turut merebak ke peringkat antarabangsa apabila perhimpunan solidariti dilaporkan di beberapa bandar utama Eropah seperti Amsterdam, Madrid dan Rom. Di Rom sahaja, kira-kira 20,000 individu dilaporkan berarak dalam suasana terkawal.
Laporan juga menyebut kadar kelulusan Trump kini berada di bawah paras 40 peratus, sekali gus meningkatkan tekanan terhadap Parti Republikan menjelang pilihan raya pertengahan penggal yang dijangka berlangsung November ini.
Pihak pembangkang turut mengecam pendekatan pentadbiran Trump yang didakwa kerap menggunakan dekrit eksekutif serta memanfaatkan Jabatan Keadilan untuk menekan musuh politik.
Selain itu, penglibatan ketenteraan AS di luar negara, termasuk ketegangan dengan Iran, turut menjadi antara faktor utama kemarahan rakyat.
Jurucakap kumpulan veteran, Common Defense, Naveed Shah, mendakwa dasar semasa telah mengheret negara ke arah konflik berpanjangan selain meningkatkan tekanan terhadap komuniti pendatang.
Kemuncak protes di Minnesota menyaksikan kehadiran tokoh politik, Bernie Sanders, yang menegaskan rakyat tidak akan berdiam diri terhadap kepimpinan yang didakwa mencabar kedaulatan undang-undang.
Suasana turut disemarakkan dengan persembahan bintang rock legenda, Bruce Springsteen, yang mendendangkan lagu khas bertajuk Streets of Minneapolis sebagai simbol solidariti dan bantahan.
Lagu tersebut didedikasikan kepada dua rakyat AS yang maut dalam operasi imigresen awal tahun ini, yang kini menjadi simbol gerakan protes berkenaan.
Perkembangan ini dilihat sebagai isyarat jelas bahawa tekanan terhadap pentadbiran Trump semakin meningkat, dengan kebangkitan rakyat yang semakin tersusun dan meluas di seluruh negara.
Fuh lagi aku bangga jadi rakyat Malaysia
Tak sangka Ekonomi Malaysia sekuat dan sehebat ini
JP Morgan keluarkan analisis yang hanya Malaysia dan China je Negara di Asia yang boleh bertahan dalam krisis bekalan minyak sebab Perang US Iran ni
Isi RON95 Dalam Tong: Boleh Didenda Hingga RM1 Juta, Penjara - KPDN #MGFlash
Individu yang didapati bersalah dalam kes mengisi RON95 dalam tong boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama.
#malaysiagazette #KPDN #MOF #BUDI95
Isi RON95 dalam tong.
MOF ambil tindakan menyekat kad pengenalan yang digunakan pemilik kenderaan dalam video tular di sebuah stesen minyak di Johor Bahru daripada terus menikmati subsidi BUDI95.
Alhamdulillah, terharu betul saya bila terima pelbagai kad ucapan Aidilfitri yang penuh warna-warni hasil kreativiti anak-anak, ada yang lukis, ada yang siap berlampu memang kreatif habis!
Setiap kad yang saya terima bukan sekadar ucapan, tetapi tanda ingatan yang tulus dan penuh kasih sayang. Kecil pada rupa, namun besar maknanya buat saya.
Terima kasih yang tidak terhingga, semuanya amat saya hargai! ❤️
Salam lebaran buat semua. 🌙✨
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#YakinMADANI
Pengukuhan ringgit didorong prestasi eksport yang meningkat 6.5% serta pelancongan inbound mencecah 42.2 juta, dengan pergerakan penumpang MAHB 104.4 juta dan 15 syarikat penerbangan baharu. ✈️📈
Saya tersentuh tatkala membaca kisah keberanian tujuh pemuda yang bertindak pantas terjun ke dalam tasik bagi menyelamatkan seorang ibu dan dua anak kecil yang terlibat dalam nahas di Kundang kelmarin.
Tindakan nekad mereka yang mendahulukan nyawa orang lain walaupun keselamatan diri sendiri menjadi taruhan telah menyelamatkan tiga nyawa. Penghargaan setulusnya buat tujuh pemuda ini. Keberanian dan keikhlasan kalian mencerminkan nilai kemanusiaan dan ihsan yang amat bermakna.
Saya juga mendoakan semoga ibu serta kedua-dua anak ini diberikan kesembuhan dan terus berada dalam perlindungan Allah SWT.
Retorik “sakau” yang sering dibawa oleh PMX perlu disertai dengan konsistensi antara kata dan tindakan.
Jika masih ada ‘elephant in the room’ yang tidak diurus dengan baik, mesej anti-rasuah itu berisiko dipersoalkan.
Anwar adakan perbincangan dengan PM Singapura
#BHnasional Singapura ialah rakan dagangan kedua terbesar Malaysia dengan jumlah perdagangan mencecah RM402.35 bilion (AS$93.97 bilion) pada 2025, meningkat 1.5 peratus berbanding 2024
https://t.co/F6YJ7nN7fR