“Saya mahu balik, saya mintak maaf. Melutut pun saya boleh” - KARAM
Mengenang zaman kejatuhan Karam Walia yang tertangkap menghina orang Melayu. Keceluparan Karam Walia yang mengatakan orang Melayu bukan berasal dari Malaysia, bodoh dan sakai telah mengundang kemarahan orang Melayu yang sedang minum di kedai mamak itu.
Karam Walia dalam keadaan mabuk, meminta maaf kepada semua orang Melayu.
Bersama kita hormati ketuanan pribumi dan sejarah Tanah Melayu ini. Hormat kepada pribumi adalah penting untuk keamanan dan kesejahteraan negara.
⚡️⚡️
Pn Jaslinda Sudin, 49, hilang lepas sertai acara Trans Spencer Chapman pada 23 Mei lepas.
Kalau nak tau Spencer Chapman tu nama askar British gila hiking yg duduk lebih 3 tahun dalam hutan di Tanah Melayu.
Dia punya pengalaman dok hutan sampai boleh tulis memoir -
The Jungle is Neutral, diterbitkan tahun 1949.
Memang syok dia cerita macam mana dia lawan penyakit hutan, bertempur dgn hidupan liar, macam mana nak cari makanan & macam mana nak selamatkan diri dari tentera Jepun yg cari dia.
Falsafah dia pegang - hutan ni bukan musuh & bukan juga kawan.
Nak survive bergantung pada diri kita punya pemikiran.
Berbaloi utk dibaca!
SEMENTARA itu sekitar pemandangan gambar klasik pada 29 April 1993, iaitu kisah Annuar Musa yang menabalkan Tengku Ibrahim Petra sebagai Sultan Kelantan dan dikenali sebagai Sultan Ibrahim, dalam satu upacara di Ketereh
Masa dia jadi MB dulu, semua lantikan undang sah tapi bila masa turn org lain jadi MB semua lantikan undang & YDP Besar dah tak sah pulak. Pening mikir bila jd anak yatim ni.
Dia lupa apa yg dia dah buat dul dan dia ingat rakyat bodoh macam dia. Lagi mahu claim jadi pakar undang2 adat N9
Nasib baik ado yg simpan berita ni.
Menate punya si Rais ni..😤😤
Satu je nak tanya pasal PRN Johor ni,
João Figueiredo dengan Nacho Mendez mengundi kat mana?
Adakah di El Caocup (Kukup), Benoit (Benut) atau La Cometa (Layang-layang) ?
Share la sikit info @OfficialJohor
Bagi la bang.. bagi lagi.. cakap elok-elok tak mau dengar.. bagi nada keras macamni baru ada akai sikit.. walaupun keras, tapi inilah hakikatnya.
Ni kalau geng-geng terpaling hiking dengar ni sakit telinga dia 😭
Hari ini 74 tahun yang lalu, Raja-Raja Melayu memperkenan lambang Persekutuan Tanah Melayu diwartakan.
Rekaan Jata Negara berasal daripada lambang yang diperkenalkan pada 1895 dengan pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (Selangor, Pahang, Perak, N.Sembilan), yang diwakili 4 warna iaitu merah, kuning, hitam, putih pada perisai tengah.
Perisai itu diapit 2 ekor harimau, di atasnya ada mahkota & di bawahnya kain rentang tertulis “Dipelihara Allah” dalam tulisan Jawi dengan 2 bintang berbucu 8 di kiri & kanannya. Bila tertubuh Persekutuan Tanah Melayu pada 1948, rekaannya diolah.
Pada perisai ditambah 5 keris mewakili Negeri-Negeri Melayu Tak Bersekutu, pelepah Prince of Wales (P.Pinang) & pintu Kota Santiago (Melaka). Simbol mahkota diganti bulan bintang berbucu 11 (Islam agama rasmi & bilangan negeri dalam Persekutuan).
Cogan kata pada kain rentang juga ditukar kepada “Bersekutu Bertambah Mutu” dalam bahasa Melayu tulisan Jawi & Inggeris tulisan Rumi. Olahan diusahakan Jabatan Ukur atas nasihat Pesuruhjaya Tinggi British ketika itu, Sir Henry Gurney & Raja-Raja Melayu.
Pada 30 Mei 1952, Pesuruhjaya Tinggi British yang baharu, Sir Gerald Templer mengumumkan bahawa lambang baharu tersebut mendapat perkenan Raja-Raja Melayu untuk diwartakan. Rekaan itu dipakai hingga terbentuk Persekutuan Malaysia pada 1963.
Olahan ke-2 menyaksikan pelepah Prince of Wales ditukar kepada pokok pinang, pintu kota Santiago kepada pokok melaka, ditambah bendera Sarawak, Sabah & Singapura. Namun jata versi ini hanya terpakai untuk 2 tahun apabila Singapura keluar dari Malaysia.
Sejak 1965, slot bendera Singapura digantikan dengan bunga raya (bunga kebangsaan). Kemudian berlaku beberapa perubahan sebelum tetap rekaan Jata Negara Malaysia pada 1988 yang digunapakai hingga hari ini.
*Gambar: Lambang rasmi Persekutuan Tanah Melayu yang diperkenan Raja-Raja Melayu pada 1952.
Sumber: Arkib Negara Malaysia, Jabatan Penerangan Malaysia, Orang Perak
#PeristiwaHariIni
Tempat paling jauh, paling terpisah dan paling sunyi di dunia ialah Titik Nemo (point Nemo). Ia terletak di Selatan Lautan Pasifik.
1. Kalau kita berlayar dan tenggelam di titik Nemo, kita kena berenang sejauh hampir 2,700 km untuk jumpa daratan. Titik Nemo merupakan kedudukan di laut paling jauh dengan mana-mana daratan.
2. Tiada kapal terbang dan kapal laut yang melintasi kawasan titik Nemo, menjadikannya tempat yang tak disinggahi manusia.
3. Objek yang paling dekat dengan titik Nemo ialah Stesyen Angkasa Antarabangsa (ISS) iaitu sejauh 400 km dari permukaan laut titik Nemo.
Setiap kali ISS mengorbit Bumi, ia akan melintasi titik Nemo. Ini menjadikan cuma angkasawan di ISS sahaja yg kerap singgah titik Nemo.
4. Menariknya, hampir tiada hidupan laut di kawasan titik Nemo. Berlayar ke sini memang tak jumpa ikan, sotong, dsb. Sebab kawasan titik Nemo ialah kawasan yang sangat kurang nutrien.
Laut dapat nutrien daripada hakisan daratan. Disebabkan titik Nemo jauh dari daratan, kadar nutriennya sangat nadir. Tambah lagi, arus laut di titik Nemo juga sangat perlahan, menjadikan nutrien susah nak sampai titik Nemo.
Hal ini menjadikan hidupan laut susah untuk hidup dan berkembang biak.
5. Dengan faktor-faktor ini, titik Nemo dijadikan kubur kapal-kapal angkasa. Bagi yang tak tahu, Bumi ada hampir 10,000 satelit yang sedang beroperasi.
Satelit-satelit ini semua tidak akan kekal mengorbit. Apabila suatu satelit telah tamat beroperasi, titik Nemo sering dijadikan sasaran untuk damparkan satelit yang dah mati.
Sejak tahun 1972, sekitar 260 satelit dah didamparkan di titik Nemo. Stesyen angkasa Mir pun didamparkan di sini.
ISS pun akan tamat beroperasi pada tahun 2031 dan akan disasarkan untuk terdampar di titik Nemo juga.