Serabut lah. Dah tua tua ni nak hidup dengan serabut macam ni memang tak gemar betul. Kerja pula macam hanat pagi pagi memekak. Sial betul semua benda!
Kehilangan Nurjilya Berakhir Tragis, Dua Lelaki Ditahan
Oleh Mynewshub
KOTA KINABALU โ Kehilangan seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun sejak 13 Julai lalu berakhir dengan penemuan mayat mangsa di kawasan cerun semak berhampiran sebuah rumah yang sedang dalam pembinaan di Kampung Numbak, Sepanggar, malam kelmarin.
Mangsa, Nurjilya Abdullah, dipercayai menjadi mangsa pembunuhan selepas hasil bedah siasat menemukan kecederaan pada bahagian muka dan belakang kepalanya.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Syed Lot Syed Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan mayat berkenaan pada jam 10.38 malam.
Menurut beliau, sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu bersama Unit Forensik kemudian digerakkan ke lokasi untuk menjalankan pemeriksaan.
โHasil pemeriksaan awal pasukan forensik mendapati mayat mangsa sudah berada dalam keadaan mereput.
โIdentiti mangsa kemudiannya dikenal pasti oleh ibunya berdasarkan pakaian yang dipakai ketika kanak-kanak itu dilaporkan hilang,โ katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Syed Lot berkata, pemeriksaan oleh Pakar Perubatan Forensik mendapati punca kematian dipercayai akibat kecederaan pada muka serta belakang kepala.
Kecederaan itu disyaki berpunca daripada hentakan menggunakan objek keras dan tumpul.
Susulan siasatan dan maklumat yang diperoleh, polis menahan dua lelaki masing-masing berusia 39 dan 42 tahun bagi membantu siasatan.
Kedua-dua lelaki berkenaan akan dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah reman bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.
โMotif kejadian masih disiasat. Polis sedang melengkapkan siasatan dengan mendapatkan keterangan saksi serta mengumpulkan bukti berkaitan,โ katanya.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Nurjilya sebelum ini dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah keluarganya di Kampung Numbak Bakau, Sepanggar pada 13 Julai lalu.
Polis Daerah Kota Kinabalu kemudiannya mengeluarkan hebahan orang hilang dalam usaha mengesan kanak-kanak tersebut.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Polis La Paula Abd Muis menerusi talian 013-5149490 atau tampil di mana-mana balai polis berhampiran.
Dari Sabtu tak sihat. Kejap demam, kejap batuk, kejap selsema. On off semuanya. Pastu dengan ulser dalam mulut kiri kanan. Nak makan pun susah nak mengunyah sbb asyik tergigit pipi sendiri. Stress.