Ya Allah, berilah kemudahan bagi mereka yang membaca tweet ini.
Tatkala mereka dihimpit dengan ujian yang bertubi-tubi, Engkau berilah mereka kekuatan untuk menghadapi dan cekal dengan ujianMu Ya Rabb.
My first collab dengan @sofyank96 dan kami nak hasilkan video infografik untuk terangkan apa yang berlaku di Palestin adalah satu genocide dan bukan konflik atau perang semata-mata.
Paling penting kami nak cerita situasi kritikal di Rafah dan Jabalia.
Video ni panjang sikit, 8 minit. Tapi kami harap dapat bantu sebarkan awareness untuk saudara kita di sana 🙏🏽🍉
KWSP, tuntutan semasa & bersara.
1. Akaun Persaraan (Akaun 1) dinaikkan kepada 75%, sangat penting.
2. Akaun Sejahtera (Akaun 2) dikurangkan kepada 15%, mengikut keperluan.
3. Akaun Fleksibel (Akaun 3) diwujudkan dengan caruman 10%, jika terdesak & kecemasan.
1. Gunung Ruang, Sulawesi setinggi hampir 1 kilometer dari paras laut telah meletus sekurang-kurangnya 3 kali dalam minggu ini bermula sejak hari Selasa (16 April) pada pukul 9.45 malam.
2. Letusan tersebut telah melepaskan abu setinggi sekitar 20 kilometer ke Udara dan menghasilkan 4,000 sambaran kilat di sekitarnya.
3. Letusan gunung berapi ini telah menyebabkan sekitar 800 penduduk tempatan terpaksa berpindah. Tiada kematian dan kemalangan dilaporkan setakat ini.
4. Gunung Berapi Ruang dah pernah meletus sekitar 12 kali. Kali pertama direkodkan pada tahun 1808 dan paling teruk terjadi pada tahun 2002.
5. Letusan gunung berapi ini merupakan proses semulajadi alam yang pada satu sudut mungkin kita nampak seperti bencana, tetapi pada sudut lain ia memberikan tanah yang subur kepada manusia, suburkan hidupan laut dan menyejukkan suhu Bumi.
TERKINI
KENYATAAN JURUCAKAP BRIGED AL QASSAM, ABU UBAIDA
SITUASI SEMASA PERTEMPURAN DARAT DI GAZA
Baru baru ini, Musuh Zionis memulakan operasi darat di pelbagai arah. Arah pertama ialah Barat Laut Gaza. Arah kedua ialah Timur Tengah Semenanjung Gaza sehingga ke Selatan Timurnya. Mereka juga turut berada di Lintasan Beit Hanoun dan kawasan pinggir Beit Hanoun
Musuh penjenayah ini telah menghampiri arah arah ini selama 20 hari menggunakan pengeboman dengan pelbagai jenis senjata, bertujuan hendak menghalau rakyat kami dan kemungkinan hendak kembali merawat imej tentera mereka yang kalah yang kami telah calarkan pada 7 Oktober 2023
Sebaik sahaja Pasukan Darat Zionis menghampiri barisan pertahanan kami dan tempat pertempuran. Pasukan kami mula dan terus bertahan secara strategik menentang serangan yang dirancang musuh di semua arah
Pejuang kami telah terlibat dalam pertempuran sengit dan serangan yerus. Di sebalik kemaraan musuh. Kami berjaya memusnahkan 22 kenderaan IDF menggunakan Misil Al Yassin 105 dan bom letupan gerila yang sangat memusnahkan yang digunakan dalam pertempuran kali ini
Pejuang kami menggunakan pelbagai jenis letupan dan misil, dan pejuang kami melaksanakan operasi penysupan belakang barisan musuh dan berjaya membunuh ramai Tentera musuh
Kami akan terus menyerang Tentera Darat mereka dengan mortar dan misil jarak pendek, sambil berterusan menyerang ke dalam kawasan musuh menggunakan roket yang mempunyai pelbagai jarak capaian
Pasukan Tentera Laut kami berjaya melaksanakan serangan ke atas beberapa sasaran Tentera Laut musuh menggunakan Torpedo Al Asif yang menyertai perkhidmatan semasa perang ini .
Operasi kami untuk bertahan masih berjalan dan masih di peringkat awal. Dengan Rahmat Allah dan Kekuatan-Nya. Kami ada lagi yang belum ditunjukkan. Seperti janji kami kepada musuh.
GAZA AKAN MENJADI TANAH KUBUR MEREKA DAN MIMPI NGERI TENTERA MEREKA
KAMI MEMBERI NETANYAHU BERITA BAIK BAHAWA INI IALAH PENGAKHIRAN MASA DEPAN KARIER POLITIKNYA. INI IALAH PERMULAAN PENGAKHIRAN ENTITI MUSUH INI INSYAALLAH
Kami sangat menghormati pejuang negara kami dan sekali lagi menyeru semua individu terhormat dalam negara ini untuk mempertahankan maruah Masjid Al Aqsa yang diberkati .
Kami menafikan musuh dapat menyelamatkan tawanan yang kami(Briged Al Qassam) tawan. Jika ada dakwaan sebegitu. Mereka mungkin pihak lain yang menjaga para tawanan . Seperti yang kami maklumkan di permulaan perang ini bahawa sebahagian tawanan dijaga oleh individu daripada rakyat kami sendiri
JIKA NETANYAHU YANG GAGAL MERAIKAN KEJAYAAN MENYELAMATKAN 1 TAWANAN SELEPAS SEBULAN BERPERANG. MAKA DIA MEMERLUKAN 20 TAHUN UNTUK MEMBEBASKAN KESEMUA TAWANAN
Ada negara negara sudah masuk campur melalui pihak tengah(Qatar) untuk membebaskan tawanan dengan kewarganegaraan tertentu. Kami memaklumkan pihak tengah bahawa kami akan membebaskan beberapa tawanan dalam beberapa hari akan datang. Ini selari dengan niat Awal yang kami tidak mahu terus menerus menahan mereka di Gaza
Kami akan hidup dengan apa yang rakyat kami jangka sehingga akhir perang ini. Kamu , Rakyat. Ada hak untuk berbangga kerana kamu mencabar kuasa dunia paling hebat. Rakyat di Gaza. Dunia sedang terpersona dengan kehebatan dan rahsia kekuatan kamu. Berkat adalah bersama janji Allah dan Janji Rasulullah SAW
ABU UBAIDA
31 OKTOBER 2023