Sampai bila kita mahu bersaing dengan buruh murah, sedangkan rakyat mengharapkan gaji yang lebih tinggi?
Masalah gaji rendah tidak boleh diselesaikan dengan melihat majikan semata-mata. Kita perlu melihat struktur ekonomi negara: jenis perniagaan yang berkembang, teknologi yang digunakan dan pekerjaan yang diwujudkan.
Selagi tenaga kerja murah mudah diperoleh, dorongan untuk melabur dalam mesin, automasi dan kemahiran pekerja menjadi lebih kecil. Perniagaan boleh terus mencatat keuntungan dengan cara lama, tetapi peluang pekerjaan bergaji tinggi untuk rakyat tidak berkembang secukupnya.
Akhirnya, anak muda keluar universiti dengan kelayakan dan kemahiran, tetapi terpaksa menerima pekerjaan yang tidak sepadan kerana pilihan mereka terhad.
Di sinilah dilema kita. Perniagaan memerlukan pekerja untuk terus beroperasi. Pada masa yang sama, kebergantungan berpanjangan kepada buruh murah boleh melambatkan perubahan yang diperlukan untuk menaikkan produktiviti dan gaji rakyat.
Industri yang menggunakan teknologi lebih maju turut mewujudkan permintaan untuk jurutera, pembekal khusus, penyelenggaraan mesin dan pelbagai perkhidmatan berkemahiran tinggi. Kesannya berkembang sepanjang rantaian ekonomi.
Sebab itu, kenaikan gaji minimum perlu disertai dasar yang mengurangkan kebergantungan kepada buruh murah secara terancang, membantu perniagaan beralih kepada teknologi dan meningkatkan kemahiran pekerja tempatan.
Kerajaan mesti berani menyelaraskan dasar pengambilan pekerja asing dengan cita-cita membina ekonomi bergaji tinggi.
Kalau model ekonomi masih bergantung pada buruh murah, bagaimana kita mahu menjanjikan masa depan bergaji tinggi kepada rakyat?
Adakah Belanjawan 2027 oleh pentadbiran Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat ini akan menangani isu ini?
Tonton kupasan penuh isu pekerja asing dan kesan kepada gaji di Podcast YBM Episod 66 di saluran YouTube saya.
Isu “wage compression” dan gaji graduan baharu dibincangkan di Podcast YBM Episod 66.
Graduan baharu minta gaji RM5,000. Tetapi ramai masih ditawarkan RM2,500 hingga RM3,500.
Mengapa selepas bertahun-tahun belajar, gaji permulaan masih menjadi masalah yang sama?
Dalam kupasan ini, saya jelaskan bahawa median gaji pekerja mahir pada 2024 sekitar RM4,600. Itu merangkumi pekerja yang sudah berpengalaman, bukan graduan baharu sahaja.
Angka ini menunjukkan betapa rendahnya paras gaji dalam pasaran kerja kita. Peluang mendapat gaji permulaan yang tinggi memang ada, tetapi belum cukup meluas untuk dinikmati ramai graduan.
Pada masa yang sama, kita berdepan masalah “wage compression”, atau pemampatan gaji.
Apabila gaji minimum meningkat tetapi gaji pekerja lain naik perlahan, jurang gaji antara pekerja berlainan tahap kemahiran semakin kecil.
Pekerja yang mempunyai diploma, latihan kemahiran atau pengalaman tambahan boleh menerima gaji yang tidak jauh berbeza daripada pekerja yang kurang berkemahiran.
Lama-kelamaan, orang akan bertanya: kalau saya belajar lebih tinggi dan menambah kemahiran, sejauh mana usaha itu diterjemahkan kepada pendapatan yang lebih baik?
Gaji minimum penting untuk melindungi pekerja bergaji rendah. Tetapi usaha menaikkan pendapatan rakyat mesti turut meliputi perkembangan gaji sepanjang kerjaya.
Sebab itu kita perlu memperluas pekerjaan berproduktiviti tinggi: pekerjaan yang menghasilkan nilai lebih besar dan mampu menawarkan gaji lebih baik. Syarikat yang menawarkan pekerjaan sebegini perlu berkembang supaya lebih ramai anak muda mendapat peluang.
Dasar gaji juga perlu menghubungkan peningkatan kemahiran dan produktiviti dengan kenaikan pendapatan.
Kalau peluang pekerjaan bergaji tinggi masih terhad, setiap tahun graduan baharu akan berdepan masalah yang sama. Mereka masuk ke pasaran kerja dengan harapan besar, tetapi pilihan yang ada tidak sepadan dengan harapan itu.
Anak muda berhak mengharapkan kehidupan yang lebih baik selepas menamatkan pengajian.
Tanggungjawab kita ialah membina ekonomi yang mampu memenuhi harapan tersebut.
“Dulu senang pilih. Sekarang you buat parti baru, saya sudah pening kepala!”
Ini antara teguran yang saya terima apabila berjumpa orang ramai di pasar.
Saya faham kebimbangan itu. Ada yang kata BERSAMA akan memecahkan undi. Ada yang bertanya, buat apa tambah lagi satu parti? Bagaimana hendak menang kalau terpaksa melawan parti-parti yang sudah lama bertapak?
Jawapan saya mudah: pengundi perlu ada pilihan apabila parti-parti sedia ada gagal menjalankan tanggungjawab dengan baik.
Kita tidak boleh terus meminta rakyat memilih antara pilihan yang mengecewakan mereka, kemudian menyuruh mereka bersabar setiap kali janji tidak ditunaikan.
Kalau kita mahu keadaan negara berubah, kita juga mesti berani membina pilihan baharu.
Di Melaka, saya mengajak kita melihat kembali sejarah masyarakat kita. Generasi terdahulu membina kehidupan dengan susah payah. Ramai bermula dengan hampir tiada apa-apa, mengambil risiko dan bekerja keras supaya anak cucu mereka mendapat kehidupan yang lebih baik.
Tiada siapa menghidangkan masa depan itu kepada mereka. Mereka membinanya sendiri.
Semangat yang sama diperlukan hari ini.
Ya, membina parti baharu itu susah. Kita perlu bermula dari bawah, meyakinkan rakyat dan berdepan dengan kekuatan parti-parti besar.
Tetapi kalau semua orang takut mengambil risiko, siapa yang akan memulakan perubahan?
BERSAMA perlu dibina supaya rakyat mempunyai pilihan yang lebih baik. Supaya kita boleh menuntut prestasi daripada pemimpin, bukan terus memberikan sokongan hanya kerana takut kepada parti yang satu lagi.
Saya mahu suatu hari nanti anak cucu kita boleh berkata: Malaysia menjadi lebih baik kerana generasi sebelum mereka berani mengubah haluan.
Itulah sebabnya kita memulakan BERSAMA.
Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan (DKU) sekali lagi menegaskan bahawa Tuanku Muhriz Tuanku Munawir kekal sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.
Setiausaha Dewan Raja Norazli Raja Nordin berkata Tuanku Muhriz dipilih oleh para Undang dan dimasyhurkan sebagai Yang Dipertuan Besar ke-11 pada 29 Dis 2008 serta ditabalkan secara rasmi menurut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 (UUTKNS) pada 26 Okt 2009.
#AWANInews
Berita lanjut di: https://t.co/4miUadZL7G
Minggu ini timbul cadangan supaya caruman majikan ke KWSP dikurangkan untuk mereka yang bergaji lebih RM10,000, dan dinaikkan untuk yang bergaji bawah RM5,000. Ada yang terus kata ini idea saya. Ada yang serang secara peribadi. Untuk rekod, saya tak setuju.
Masalah simpanan KWSP memang wujud.
Majoriti pencarum ada simpanan persaraan yang rendah, dan pengeluaran semasa pandemik paling banyak dibuat oleh golongan berpendapatan rendah.
Tapi cadangan ini tak menjawab punca sebenar, iaitu gaji kita yang rendah.
Caruman majikan itu gaji. Turun daripada 12% ke 4% untuk seorang yang bergaji RM10,000, itu RM800 sebulan hilang. Dan gaji kasar tak menggambarkan beban sebenar.
Seorang bapa bergaji RM10,000 dengan isteri tak bekerja dan empat anak, mungkin wang belanjanya sama sahaja dengan orang yang bergaji RM3,000.
Satu lagi perkara. Setiap kali dasar berasaskan garis gaji dibuat, garis itu tak pernah kekal di tempat asal. Ada sebabnya.
Tonton ulasan penuh isu ini di Podcast YBM Episod 66 di saluran YouTube saya.
Insiden video tular KLIA: Suara Rakyat gesa Mohd Shuhaily tidak dijadikan ‘kambing hitam
Semua pihak diingatkan supaya tidak menjadikan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain sebagai “kambing hitam” susulan video tular yang dikaitkan dengan beliau baru-baru ini.
Pengerusi Gerakan Suara Rakyat Malaysia Sejahtera (Suara Rakyat), Mohd Zai Mustafa berkata, insiden yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) itu dilihat mencerminkan sikap bertanggungjawab Mohd Shuhaily dalam melaksanakan tugas mengikut lunas undang-undang.
Artikel: https://t.co/MpGazjVDoX
Audio: Dijana oleh AI
#SinarHarian #BeritaTerkini #Shuhaily #AKPS #KLIA
Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain menyerahkan kepada kerajaan untuk membuat apa-apa juga keputusan susulan hantaran video tular melibatkan dirinya hari ini.
"Saya tidak mahu lihat KLIA jadi macam Selayang. Saya tidak mahu membiarkannya jadi macam itu".
Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata demikian ketika mengulas mengenai sindiket warga asing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Berita penuh: https://t.co/QMyjW1WzL4
Anggota tentera maut kemalangan ketika pulang selepas hadiri qiamulail
Mangsa yang merupakan anggota Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.
Buat pertama kali, negara membuat keputusan sebesar ini: membenarkan bekas Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Razak, menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan di rumah.
Namun, Malaysia masih belum mempunyai undang-undang khusus yang mengawal pelaksanaan tahanan di rumah.
Kenyataan yang dikeluarkan menyebut bahawa tahanan di rumah itu tertakluk kepada syarat tertentu. Jika syarat tersebut dilanggar, beliau perlu kembali menjalani hukuman di penjara.
Jadi, apakah syarat-syaratnya?
Adakah beliau dibenarkan menerima tetamu? Adakah beliau boleh menggunakan internet, membuat kenyataan awam atau memberikan temu bual?
Soalan yang paling asas: siapakah yang bertanggungjawab untuk memantau dan memastikan semua syarat itu dipatuhi? Siapakah, secara praktikal, yang akan bertindak sebagai warden?
Rakyat mungkin sudah mempunyai jawapan mereka sendiri.
Tiga lelaki dan dua wanita ditangkap khalwat di sebuah kondominium mewah di bandaraya Johor Bahru, awal pagi minggu lalu.
Kesemua mereka berusia antara 18 hingga 24 tahun dan dipercayai berhijrah ke Johor Bahru untuk bekerja sebelum memilih tinggal serumah atas alasan mahu berkongsi kerana kos sewa kediaman yang mahal.
Artikel: https://t.co/otThVbrYsZ
#SinarHarian #SinarTerkini #kesjenayahsyariah #PDRM
𝗗𝗨𝗔 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗗𝗜 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗞𝗔 | 𝟭𝟵 𝗦𝗘𝗣𝗧𝗘𝗠𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟲
Sabtu ini, BERSAMA akan berada di dua lokasi di Melaka.
Pada sebelah siang, kita berkenduri di Bukit Beruang. Pada sebelah malam, Trak Kancil pula akan singgah di DUN Bemban.
𝗞𝗘𝗡𝗗𝗨𝗥𝗜 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗕𝗨𝗞𝗜𝗧 𝗕𝗘𝗥𝗨𝗔𝗡𝗚
📅 Sabtu, 19 September 2026
🕘 9.00 pagi hingga 4.00 petang
📍 Rumah Cikgu Zainon Jaafar, 620G, Jalan Delima 10, Taman Bukit Melaka, Bukit Beruang
https://t.co/xJUROgY7AB
Ada rewang dan gotong-royong, permainan tradisional, e-sukan, pemeriksaan kesihatan, kaunter guaman dan pelbagai aktiviti untuk seisi keluarga.
𝗝𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗛 𝗧𝗥𝗔𝗞 𝗞𝗔𝗡𝗖𝗜𝗟 𝗗𝗨𝗡 𝗕𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡
📅 Sabtu, 19 September 2026
🕗 8.00 malam
📍 Villa Mak Ngah Homestay, Kg Air Panas, Bemban, 77200 Melaka
Di Jelajah Trak Kancil DUN Bemban, kita akan berbincang tentang isu semasa, perkara yang diperjuangkan oleh BERSAMA dan mengapa kami percaya Malaysia memerlukan cara berpolitik dan bekerja yang berbeza.
Kalau anda berada di sekitar Bukit Beruang atau Bemban, datanglah dan berjumpa dengan kami. Bawa sekali keluarga dan rakan-rakan.
Daftar kehadiran melalui pautan berikut:
https://t.co/nOUTHK88GI
Kepada ahli BERSAMA, boleh daftar kehadiran dengan mengimbas kod QR pada visual atau di https://t.co/fCMc3GZOrD ataupun di Aplikasi Kancil di Google Play.
Laporan PISA semak juga motivasi. 80% anak kita, kata mereka, sangat berminat dengan matematik dan membaca. Tanya pula sama ada sekolah membantu mereka, jawapannya ya, banyak membantu.
Semua positif. Tapi gagal.
Kemudian laporan PISA tanya satu soalan lagi: adakah kamu percaya kamu boleh jadi lebih pandai dan lebih bagus kalau kamu kerja keras dan betul-betul berusaha?
Hanya 30% jawab ya.
Itu masalah kita sekarang. Kita ada anak-anak yang bersemangat pergi sekolah, yang minat pergi sekolah, tapi tidak yakin sekolah itu akan ada hasil kepada mereka.
Semua masalah lain, Tabung Haji, FELDA, politik, sudah mula diterjemahkan kepada masalah generasi akan datang.
Salah tekan pedal minyak, kereta terjunam dari parkir pangsapuri
Gara-gara tersilap tekan pedal minyak kereta, seorang lelaki berdepan detik cemas apabila kereta dinaiki merempuh tembok konkrit parkir sebuah pangsapuri Ampang pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, kaunter aduan trafik menerima maklumat berkaitan kes itu pada jam 7.55 malam.
Artikel: https://t.co/UhiVsYsv2N
MAKLUMAN: Video ini bukan milik Sinar Harian. Sila hubungi melalui mesej langsung (DM) untuk kredit nama dan jika pemilik asal ingin kami menurunkan video tersebut. Terima kasih.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KeretaTerjunam #Parkir #Pangsapuri
E-invoice ini idea siapa sebenarnya?
Cadangan ini bermula dua atau tiga tahun sebelum PH mengambil alih kerajaan, ketika Menteri Kewangan ketika itu, Tengku Zafrul.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim pernah berkata dengan jelas bahawa jika dia menjadi Perdana Menteri, dia tidak akan melantik Zafrul sebagai menteri.
Tak sampai sebulan, dia dilantik semula.
Cadangan yang datang sebelum PH itu tiba-tiba menjadi cadangan Anwar Ibrahim.
Inilah yang kami maksudkan bila kami kata politik hari ini tidak lagi memberi rakyat pilihan yang berbeza. Hari ini lawan, esok kawan.
Dasar yang sama diteruskan. Yang menanggung, peniaga kecil.
𝗝𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗛 𝗧𝗥𝗔𝗞 𝗞𝗔𝗡𝗖𝗜𝗟 𝗣𝗘𝗧𝗔𝗟𝗜𝗡𝗚 𝗝𝗔𝗬𝗔 | 𝟭𝟴 𝗢𝗚𝗢𝗦 𝟮𝟬𝟮𝟲
Malam esok, Jelajah Trak Kancil BERSAMA mula memasuki Selangor dengan persinggahan pertama di Parlimen Petaling Jaya.
Jelajah Trak Kancil di Petaling Jaya ini bertujuan untuk terus memperkenalkan Parti BERSAMA kepada masyarakat setempat, di samping bertemu dan berkenalan dengan seramai mungkin ahli BERSAMA di kawasan Petaling Jaya dan sekitarnya.
Beberapa penceramah telah dijadualkan untuk berucap, termasuk saya dan Sdr. Nik Nazmi.
Kita jumpa esok malam pada ketetapan berikut:
🗓️ 18 Ogos 2026, Selasa
🕘 8.00 malam
📍 Padang Desa Mentari Blok 5, Jalan PJS 6/5A, 46150 Petaling Jaya
Kepada warga Petaling Jaya dan mereka yang tinggal berhampiran yang bercadang hadir, mohon daftar kehadiran melalui laman web BERSAMA. Pendaftaran ini penting untuk membantu pasukan kami membuat persediaan logistik dan memastikan program berjalan dengan lancar.
Pautan daftar kehadiran:
https://t.co/b9lCjVjjTJ