Ketaksuban rakyat marhaen kepada para pendakwah mereka yang kaki bercerita adalah tema yang sering kali dibincangkan oleh para ulama Islam. Ini dapat dilihat, sebagai contoh, dalam risalah ilmuan abad kesembilan / kelima belas, Jalāl al-Dīn al-Suyūṭī rahimahullah.
Beliau mengecam sikap keterlaluan penceramah kaki bercerita ini di dalam karyanya, Taḥdhīr al-khawāṣṣ min akādhīb al-quṣṣāṣ (Amaran Berjaga-jaga Golongan Khas (Ilmuan & Penuntut Ilmu) Daripada Pendustaan Golongan Kaki Cerita).
Dalam menerangkan tujuan penulisan risalahnya, al-Suyūṭī menceritakan bahawa beliau ditanya tentang seorang kaki cerita yang kerap mengulang hadis-hadis yang tidak sahih.
Hadis yang dimaksudkan adalah berkaitan dengan surah al-Anbiya’, ayat 107
وَمَآ أَرْسَلْنَـٰكَ إِلَّا رَحْمَةًۭ لِّلْعَـٰلَمِينَ ١٠٧
“Kami tidak mengutusmu [Muhammad] melainkan sebagai rahmat bagi seluruh alam.” (Q21 : 107)
Menurut riwayat tersebut, Muhammad ﷺ bertanya kepada malaikat Jibril sama ada mana-mana rahmat itu telah jatuh kepadanya. “Ya,” jawab Jibril, “sebelum Dia menciptakan aku, Tuhan menciptakan ribuan malaikat yang bernama Jibril. Dia bertanya kepada setiap daripada mereka, 'Siapakah Aku?' tetapi mereka tidak tahu bagaimana hendak menjawab, dan mereka musnah. Tetapi apabila Dia menciptakan aku dan bertanya kepadaku, 'Siapakah Aku?' Cahaya kamu, wahai Muhammad, berkata kepadaku: 'Katakan, Engkau adalah Tuhan, tiada Tuhan selain-Mu.”
Al-Suyūṭī berpendirian bahawa hadis ini adalah palsu dan berfatwa bahawa beliau mesti membetulkan riwayat yang diceritakan si penceramah tadi secara yang berwibawa oleh ilmuan yang berkredibiliti. Ketegasan pendirian al-Suyuti itu telah diketahui oleh sang qāṣaṣ, penceramah popular kaki cerita berkenaan. Beliau bertindak balas dengan marah, menghasut para pendengar daripada kalangan pengikutnya bahawa dia lebih mengutamakan pengiktirafan orang ramai, berbanding pengiktirafan ulama!
Al-Suyūṭī menggambarkan mereka sebagai “golongan sampah” (al-ghawghāʾ) — sehingga mereka mengancam untuk merejam al-Suyūṭī. Para penceramah kaki cerita seperti ini, menurut al-Suyūṭī, mempertahankan diri mereka dengan menuduh ulama yang mengkritik itu sebagai cemburu.
Senario ini menjadi satu contoh yang menunjukkan betapa mendalamnya populariti golongan penceramah kaki cerita tersebut.
Rujukan: Berkey, Jonathan P. Popular Preaching and Religious Authority in the Medieval Islamic Near East (Publications on the Near East) (ms. 45). University of Washington Press. Kindle Edition.
@astroonline I think the number became a scammers disguise number because every time I pick up, there’s no sound and immediately ended the call.. they called me about 20 times yesterday. Besides, my account are clear with no outstanding
Jika tak boleh berpuasa, ada amalan lain yang masih boleh dilakukan.
Antara amalan yang sangat digalakkan pada Hari Arafah ialah berdoa.
Kata Nabi SAW, “Sebaik-baik doa adalah doa Hari Arafah.” (HR Tirmizi 3585)
Saya kongsikan sekali lagi poster doa yang pernah saya buat: