Saya ingin menyeru Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan KPPA untuk mrngambil tindakan disiplin terhadap Pegawai Kerajaan @syam_ghaz yang berpolitik kepartian 24 jam dalam menjalankan tugasnya.
@jasonyew@anwaribrahim That is the responsibility of Federal Government. It's not helping but a reaponsibility. You must underatand Federalism concept before commenting ka
@syam_ghaz Tuan ni KP sebuah jabatan Kerajaan. Semua pegawai Kerajaan kena patuh dengan General Order (GO) di mana pegawai kerajaan tidak boleh berpolitik. Tapi tuan berpolitik terang2. Kalau macam ni, mansuhkan je lah GO itu untuk pegawai2 Kerajaan. Rosak tahap profesional pegawai Kerajaan
Lim Guan Eng & Tony Pua sabotaj LRT3, MRT dan ECRL? Semua projek dia potong bajet. Tapi bila projek LRT Penang tak potong pulak. Siap dapat bajet lebih lagi.
"Menolak DAP Bukan Perkauman" - Eric Lim Sian See
Oleh Mynewshub
KUALA LUMPUR - Menolak DAP tidak boleh diertikan sebagai perkauman kerana DAP hanya sebuah parti politik.
Pempengaruh media sosial yang sering mengulas isu politik, Eric Lim Sian See berkata, menolak DAP adalah pilihan politik.
"Tolak DAP bukan perkauman. Itu pilihan politik. DAP bukan kaum. DAP ialah parti politik.
"Kalau tolak DAP dikira perkauman, maka apa pula namanya bila DAP tolak UMNO, MCA dan MIC selama ini?," katanya dalam satu hantaran di media sosial.
Beliau berkata, DAP kalah semua lapan kerusi yang ditandingi dalam PRN Sabah termasuk di kawasan bandar yang mempunyai ramai pengundi Cina.
Justeru, beliau mempersoalkan adakah masyarakat Cina di Sabah juga boleh dikatakan perkauman sebab menolak DAP.
"Lemah sungguh hujah geng Pakatan Harapan. Bila orang sudah tidak mahu kawan mereka dan tidak termakan ugutan mereka, terus dilabel pula sebagai rasis," katanya. - MYNEWSHUB
Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Eric See-To – Lim Sian See