Tak keluar parti - dihalau-halau
Keluar parti - dikata khianat
Tak letak jawatan - dikata kemaruk kuasa
Dah letak jawatan - dikata khianat mandat rakyat
"Kau ini bagaimana atau aku harus bagaimana?" - Gus Mustofa Bisri.
Tak nampak ramai orang bising kat timeline sebab kerajaan gagal dapat 2/3 undi untuk lulus pasal terma jawatan Perdana Menteri. Benda ni bagus kot untuk limit kuasa PM tak adalah sampai berpuluh tahun. Yang aku nampak pembangkang bersorak sebab kerajaan tak cukup undi.
DUN Melaka hari tu UMNO bertanding 20 kerusi.
DAP pula bertanding 8 kerusi.
Berapa banyak kerusi yang UMNO lawan DAP? Hanya 2 kerusi.
Baki 6 kerusi DAP bertanding, MCA & MIC yang lawan DAP. So apa kejadahnya Akmal Salleh beria sangat kalau sebelum ni pun tak berani lawan DAP?
Politik apa sampai jadikan isteri sebagai cagaran ni?? Hancur punah institusi kekeluargaan ikut gaya PAS.
PAS bukan agama, Hadi bukan nabi. Tolak ajaran menyimpang ini.
Dah terlambat Najib.
Kau ketawakan orang yang bawa isu ni di parlimen pada 2011
Kau pecat dan tukar semua yang siasat kes ni termasuk AG
Kau halang media siar berita skandal 1MDB
Kau punca negara bayar hutang RM42b tapi tak dapat apa-apa.
2024 baru fikir nak minta maaf?
TANPA DAP, MELAYU/ISLAM TETAP BERPECAH-BELAH!
1) 14 daripada 15 kerusi DUN Perlis dimenangi calon Melayu/Islam dari PN dalam PRU-15.
2) PN menang bergaya melalui 9 Adun PAS dan 5 Adun Bersatu.
3) PAS kemudian jadi MB dengan 4 exco dan Bersatu dengan 2 exco.
4) Satu-satunya kerusi yang dimenangi bukan Melayu/Islam ialah Gan Ay Ling (PKR-PH) di DUN Indera Kayangan, jadi pembangkang seorang lawan 14 Adun kerajaan.
5) DAP bertanding hanya 1 kerusi di DUN Titi Tinggi melalui Teh Seng Chuan tetapi kalah teruk pada calon Melayu/Islam dari Bersatu/PN dengan majoriti 3,785 undi.
6) Tanpa DAP, 8 Adun Perlis iaitu 3 dari PAS dan 5 dari Bersatu hantar SD hilang kepercayaan terhadap MB PAS.
7) PAS pecat 3 Adunnya yang tidak pernah berniat hendak lompat parti ke DAP yang hampir pupus di Perlis. 😂
#PoliTIKUS #DoaLaknat #QunutNazilah
Hakim Sequerah: Najib ni bukan biasa biasa, datang daripada keluarga terhormat, pandai kalau tengok daripada latarbelakang akademik serta ada pengalaman politik luas. Tak logik pihak pembelaan nak kata dia busy sangat run the country sampai tak sedar ada something wrong.
Semalam saya tulis bahagian RM610 bilion yang Ketua Pembangkang persoal dalam RMK13.
Hari ni @farhanzulkefly datang dan jawab 5 isu terus. Nampaknya banyak juga kesalahan fakta Ketua Pembangkang didedahkan dalam ni. Menarik untuk ditonton.
"Pagoh kata kenapa bebankan orang asing yang ada sumbangan kepada negara, lain kali baca kenyataan ketua sebelum masuk Parlimen." - PM @anwaribrahim sekolahkan Hulu Terengganu.
ISU KG SUNGAI BARU: INJUNKSİ DITOLAK, RAFIDAH DAN DUA YANG LAIN DIARAH BAYAR KOS
Sembilan bekas pemilik di Kampung Sungai Baru, termasuk @RafidahIbrahim, memfailkan Perintah Injunksi Interim pada 22 Ogos 2024 bagi menghalang pemaju daripada mengosong dan merobohkan rumah mereka tanpa Perintah Milikan Kosong (PMK) yang sah.
Namun, pada 5 September 2024, selepas enam daripada pemohon menarik diri, mahkamah menolak saman pemula yang masih berbaki. Injunksi tersebut diisytiharkan tidak lagi berkuat kuasa, dan tiga pemohon yang kekal diarahkan membayar kos kepada pihak pemaju.
Susulan itu, pemaju menuntut ganti rugi atas kelewatan projek, menaksir kerugian khas sebanyak RM584,523 dengan jumlah keseluruhan dianggarkan sekitar RM734,000.
Ironinya, tanah tersebut telah pun diwartakan untuk pengambilan sejak Jun 2021 semasa pentadbiran Perikatan Nasional, sekali gus menafikan dakwaan Rafidah bahawa Menteri Wilayah sekarang, @DrZalihaMustafa bertanggungjawab dalam isu ini.
Golongan kaya membeli semua rumah menyebabkan harga rumah naik mendadak dan sebab tu rumah2 yg sepatutnya lebih sesuai diduduki oleh golongan biasa pon terlalu mahal utk dibeli oleh golongan tersebut.
Sbb ni kita perlukan cukai rumah kedua, atau cukai rumah kosong.
Beberapa tokoh PAS apabila ditanya siapa calon PM dari PN, tiada seorang pun boleh beri 1 nama. Mereka kata, jadi kerajaan dulu baru fikir pasal calon.
Apa maksud tersirat?
Jawapan : Mereka sebenarnya sedar tak seorang pun dari PN yang layak jadi PM. Tapi malu nak cakap.
Anwar turun, siapa ganti?
Jawapan peserta demo :
1. Muhyiddin (Pembangkang mana boleh jadi PM)
2. Khairy (Dia ini bukan ahli parlimen, celah mana boleh jadi PM?)
3. Pemimpin PAS akan tentukan (Kenapa PAS pula yang tentukan siapa PM?)
Aduhh…
Adakah keyakinan saya terhadap PMX menurun?
Ya
Adakah saya tergamak sokong PN dan jatuhkan Anwar Ibrahim?
Hell no
You can admit he likes to play politics and talk about rhetoric but believe PN is another level of shithole.