Syukur ke hadrat Allah SWT, 23 wira dan wirawati kita selamat tiba di Istanbul, Türkiye.
Kesemua mereka kini akan diberikan pemeriksaan kesihatan, sokongan dan bantuan menyeluruh termasuk aspek psikologi.
Jentera kerajaan di bawah kendalian Kementerian Luar Negeri di Istanbul akan memastikan kelancaran proses membawa mereka kembali ke bumi Malaysia dalam masa terdekat.
Semoga semua urusan perjalanan pulang anak-anak Malaysia ini dipermudah dan dilindungi Allah SWT.
Alhamdulillah!
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIbekerja
Alhamdulillah. Seramai 23 aktivis Global Sumud Fortilla (GSF) warga Malaysia kini dalam proses dibawa keluar dari selatan Israel menaiki pesawat khas ke Istanbul hari ini.
Mereka akan menjalani pemeriksaan kesihatan di sana sebelum pulang ke tanah air dalam masa terdekat.
Teruslah kita mendoakan agar segala urusan dipermudahkan dan mereka kembali ke pangkuan keluarga dengan selamat, Insya-Allah.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#RancakkanMADANI
Alhamdulillah. Dengan sokongan 125 undian, Rang Undang-undang (RUU) Perolehan Kerajaan 2025 telah diluluskan di Dewan Rakyat hari ini.
Ini bukan penamat perjuangan reformasi kita. Penggubalan RUU ini hanyalah mukadimah kepada perubahan yang kita dambakan yakni memastikan setiap sen hasil negara dibelanjakan secara berhemah dan berintegriti demi mengangkat darjat Malaysia.
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIbekerja
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رَٰجِعُونَ
Petang tadi saya amat sedih dan sayu menerima perkhabaran duka mengenai pemergian 2 orang anggota Polis Diraja Malaysia.
Saya mendapat berita bahawa Allahyarham Sarjan Kamarulzaman bin Abd Rahman dari Balai Polis Kajang telah meninggal dunia akibat paru-paru berair dan serangan jantung. Manakala Allahyarham Konstabel Naim Mullah bin Mohd Affandi dari Balai Polis Jalan Campbell, Seremban pula telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya semasa perjalanan pulang ke rumah selepas beliau selesai bertugas.
Pemergian kedua-dua mereka ini adalah satu kehilangan besar kepada seluruh pasukan Polis Diraja Malaysia dan seluruh warga keselamatan tanah air.
Saya merakamkan ucapan takziah kepada kedua-dua keluarga Allahyarham, semoga mereka tabah menghadapi dugaan yang besar ini.
Semoga roh mereka diberi keampunan, rahmat, dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Saya turut mendoakan agar Allah SWT menganugerahkan pahala untuk segala jasa sumbangan mereka kepada negara.
Al-Fatihah.
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم ۞ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين
Saya kemudiannya menyampaikan amanat kepada pimpinan, anggota dan jentera KEADILAN Sabah agar terus memperkukuh kesatuan, kekuatan dan kesiapsiagaan menjelang Pilihan Raya Negeri yang akan datang.
Tanggungjawab kita adalah menyampaikan penjelasan berfakta kepada rakyat, melawan fitnah dengan hujah, serta membawa suara dan aspirasi rakyat Sabah dengan penuh amanah dan keikhlasan.
Hubungan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri kini jauh lebih baik berbanding sebelumnya. Kerajaan MADANI kekal komited untuk terus membantu Sabah demi pembangunan yang lebih saksama, inklusif dan berimpak tinggi.
KEADILAN mesti kekal sebagai parti yang tersusun dan kuat. Pemilihan telah selesai, maka kini masanya untuk kita bersama-sama menyatukan tenaga dan memperkemas semula gerak kerja parti di semua peringkat.
KEADILAN Sabah perlu memastikan struktur organisasi dan gerak kerja jentera diperkukuh di setiap cabang. Keanggotaan mesti ditambah dan dimantapkan, jentera perlu bekerja keras, dan semangat perjuangan tidak boleh luntur.
Setiap kerusi yang ditandingi KEADILAN mesti dimenangi dengan keyakinan, iltizam dan usaha gigih. Mari kita buktikan bahawa KEADILAN Sabah bersedia memikul amanah rakyat dan membawa perubahan yang bermakna untuk negeri ini.
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIbekerja
#KitaKEADILAN