Dukacita dimaklumkan bahawa Cikgu Idrus, abang kepada YAB Datoโ Seri Anwar Ibrahim, telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.
Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarham.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham.
Al-Fatihah.
Dalam perjalanan pulang ke Malaysia, saya menerima khabar yang meruntun jiwa bahawa abang saya, Idrus Ibrahim, telah pergi buat selama-lamanya.
Sukar untuk saya ungkapkan rasa kehilangan ini apabila seorang sosok yang berkongsi begitu banyak kenangan sepanjang perjalanan hidup kini telah tiada, dan hanya Allah SWT yang tahu betapa beratnya hati menerima kenyataan ini.
Terkilan kerana tidak sempat berada di sisi pada saat-saat akhirnya, namun saya reda meski hati ini masih cuba menerima sebuah perpisahan yang tidak pernah kita bersedia untuk hadapi.
Terima kasih atas segala kenangan dan kebaikan yang ditinggalkan dan semuanya akan kekal terpahat dalam ingatan dan hati kami.
Mohon teman-teman titipkan doa buat Allahyarham Idrus Ibrahim, semoga Allah SWT mengampuni segala khilafnya, melimpahkan rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
Al-Fatihah.
ESOK, KITA BICARA ISU SEMASA.
Ceramah Kelompok Bersasar Penerangan Isu Semasa
19 Sept | Sabtu
9.00 Malam โ 12.00 Malam
Warung Mek Bunga, Kg. Pengkalan Arang
SEDAR: RCI DAN SELAMATKAN DANA RAKYAT
Datang. Dengar. Fahami.
Jumpa esok di Pengkalan Arang.
Alhamdulillah, dalam Amanat Perdana Hari Kebangsaan sebentar tadi, saya telah mengumumkan beberapa ikhtiar penting bagi menangani kebimbangan rakyat, terutama terkait kos sara hidup dan tekanan kehidupan seharian.
Ikhtiar ini merangkumi kelayakan BUDI MADANI, peruntukan prasarana pendidikan untuk semua jenis sekolah, langganan percuma aplikasi AI, mempercepat rawatan dan menurunkan tempoh menunggu di klinik dan hospital kerajaan, menaikkan ambang pengecualian e-Invois serta meningkatkan dana pinjaman untuk usahawan dan peniaga kecil.
Semoga ikhtiar ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban rakyat serta memberi makna yang nyata kepada sambutan kemerdekaan tahun ini. Insya-Allah, beberapa pengumuman lain akan saya sampaikan sewaktu sambutan Hari Malaysia di Sarawak, serta Belanjawan 2027.
Saya dan seluruh pasukan Kerajaan MADANI akan terus mendengar suara serta keresahan rakyat. Kami akan terus bekerja keras untuk memastikan setiap kejayaan negara diterjemahkan kepada limpahan manfaat yang dirasai rakyat serta kehidupan yang lebih sejahtera dan bermaruah.
#MalaysiaMADANI
#KesejahteraanDinikmati
#YakinMADANI
KEADILAN mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan kepada semua rakyat Malaysia! ๐ฒ๐พ
Marilah kita terus menghayati erti kemerdekaan serta menyemarakkan semangat perpaduan.
Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati
@keadilanofficial
#MalaysiaMADANI#KEADILAN
Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa arwah, merahmati rohnya, serta menempatkan beliau dalam kalangan orang yang beriman. Salam takziah buat keluarga, sahabat, dan pasukan CKJ Racing.
Al-Fatihah. ๐คฒ
#AMKKualaNerus#CKJRacing#MalaysianCubPrix#FarresPutra33#KEADILAN
Innalillahi wa inna ilaihi rajiโun.
Dukacita dimaklumkan bahawa pelumba rookie berbakat besar pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha - CKJ Racing (CP150), Farres Putra Mohd Fadhil, 18, telah meninggal dunia hari ini.
Alhamdulillah, Jambori Pengakap Malaysia Ke-15 di Pulau Pinang menjadi medan menghimpunkan anak-anak muda daripada pelbagai negeri dan negara, menyemai persahabatan, membina kepimpinan serta memperkukuh semangat berkhidmat.
Kembali ke Pulau Pinang selepas 60 tahun, Jambori yang bertemakan โMenjejak Warisan Membina Masa Hadapanโ mengingatkan kita bahawa warisan yang kita junjung hari ini harus menjadi asas untuk membina masa hadapan yang lebih baik.
Dalam dunia yang dipacu teknologi dan kecerdasan buatan, anak-anak Pengakap mesti dipersiapkan bukan sekadar untuk menggunakan teknologi, tetapi untuk mencipta, berinovasi dan memimpinnya dengan penuh tanggungjawab sambil dipandu akhlak, integriti, kemanusiaan dan semangat berbakti.
Semoga semangat persahabatan, perpaduan dan khidmat yang disemai di sini terus tumbuh menjadi kekuatan anak-anak Malaysia.
Selamat berjambori! ๐๏ธ
#MalaysiaMadani
#YakinMADANI
Nak bahas tentang saya, atau nak bahas tentang Tabung Haji? Nak ambil tahu tentang saya, atau nak ambil tahu tentang pengkhianatan terhadap Tabung Haji?
Orang Melayu Islam telah dikhianati, tapi masih ada yang mahu main drama politik? Apatah lagi datang dari pihak yang melaung-laungkan tentang Melayu Islam.
Apakah PN yang ditunjangi PAS tidak pentingkan kepentingan orang susah, nelayan, petani, guru, polis, tentera, pesara yang mengerah keringat untuk menyimpan wang dalam Tabung Haji untuk menunaikan Rukun Islam kelima?
Alhamdulillah, tahun ini Majlis Qurban Kasih MADANI kembali meriah bersama Dr. Zainuddin Awang @ Omar, Pengerusi MPN Terengganu merangkap Ketua Cabang Keadilan Kuala Nerus dan saudara Muhammad Ihsan Mat Nasir, Pengarah Komunikasi AMK Terengganu merangkap Ketua AMK Kuala Nerus.
Team lembu ke team kambing tahun ni? ๐๐
Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua anak muda Terengganu. Semoga kita dapat ambil ibrah tentang erti pengorbanan dan terus hidupkan semangat gotong-royong dalam masyarakat kampung. ๐ค
#AMKKualaNerus#Aidiladha2026#Terengganu
Mini Konvensyen Keadilan Terengganu 2026.
Angkatan Muda Keadilan Kuala Nerus mengucapkan selamat datang kepada seluruh pimpinan Parti Keadilan Rakyat.
Jumpa anda di sana!
#AMKMalaysia#MalaysiaMADANI
Untuk sesetengah kita, perayaan tentang hubungan kuat walau berjauhan. Buat anak-anak muda perantau juga, semoga selamat pulang ke kampung halaman dan kembali bekerja. Raya bukan sekadar perayaan, ini masa untuk kita hargai, maafkan & mula semula.
Selamat Hari Raya. ๐โจ
Next, court mana pula?
Hari itu dah riuh gelanggang Futsal Banggul Tuan Muda, saing kiter dari KL pun sanggup balik join. ๐ซขโฝ๏ธ
#FGOM#AMKTerengganu#KualaNerus
Ini bukan sembang warung. Ini angka dan data.
Ramai bercakap sana sini. Tetapi data tidak menipu. Malaysia sekarang bergerak laju di bawah pimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
Anak muda perlu celik fakta.
Kalau benar berprestasi, kita akui.
Kalau salah, kita tegur.
Team bujang lagi atau dah team abah? ๐โฝ
Setiap fasa hidup ada ceritanya. Masa muda kita kejar minat. Bila tiba waktunya, kita kejar tanggungjawab.
#FGOM#AMKTerengganu#MalaysiaMADANI