Dafi tegas tidak mahu hantar ayahnya ke Prince Court Medical Centre bagi mendapatkan rawatan.
“Papa dengar perkataan COURT, dia pengsan semula,” ujarnya.
Kebelakangan ni ramai yang minta Rafizi Ramli kembali semula ke PKR/PH untuk perkuatkan balik PH.
Tbh, lebih baik kita pilih haluan sendiri daripada kembali menyertai sesuatu yang dah tak lagi selari dengan prinsip dan perjuangan kita.
Jom dengar sendiri penjelasan Rafizi👇
❤️🔥💯
#TSR
Yang ditunggu tunggu telah tiba.
No ahli : 8258
1st parti politik aku masuk. TQ Presiden Tuan Syukri Razak, Yb DS @rafiziramli dan Yb @niknazmi
2 sebab kenapa saya sertai
- semangat reformasi ada pada DSRR
- saya nak menyumbang sesuatu untuk gerakan kenegaraan
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Perdana Menteri boleh memecat beliau dan semua menteri daripada Barisan Nasional (BN) sekiranya tidak menyukai mereka.
https://t.co/wwiJhqpbyb
Terima kasih kepada setiap rakyat Johor yang memilih BERSAMA.
Setiap undi yang diberikan kepada sebuah parti yang baru berusia 50 hari adalah satu amanah yang besar.
Kami tidak mengambilnya sebagai angka di atas kertas. Kami menerimanya sebagai tanda bahawa di luar sana ada rakyat Malaysia yang percaya kepada agenda yang dibawa BERSAMA dan nilai-nilai yang kami perjuangkan.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada setiap ahli dan sukarelawan BERSAMA yang datang dari seluruh negara untuk membantu kempen ini.
Ada yang memohon cuti daripada kerja. Ada yang memandu berjam-jam dari luar Johor. Ada yang menggunakan wang sendiri untuk untuk minyak, tol, makan dan tempat tinggal.
Ramai yang tinggal hampir dua minggu di Johor semata-mata mahu membantu sebuah parti yang belum pun mempunyai wakil rakyat.
Mereka menjadi PACA dari awal pagi hingga selesai pengiraan undi.
Mereka memasang bendera di bawah panas dan hujan.
Mereka mengangkat kerusi, mengedarkan risalah, dan melakukan seribu satu kerja yang kebanyakan orang tidak pernah nampak.
Tiada elaun yang lumayan. Tiada jaminan kemenangan.
Yang ada hanyalah keyakinan bahawa perjuangan ini berbaloi. Bahawa BERSAMA mampu menjadi wadah untuk membina politik yang lebih berprinsip dan mengembalikan kuasa kepada rakyat.
Perjuangan seperti ini tidak akan pernah dibina oleh seorang individu.
Ia dibina oleh ribuan rakyat biasa yang sanggup menyumbang masa, tenaga dan wang sendiri kerana percaya perubahan tidak akan datang jika semua hanya menunggu orang lain melakukannya.
Kepada semua yang mengundi BERSAMA, kepada semua yang berkempen, kepada semua yang menyumbang, dan kepada semua yang mendoakan kami, saya ucapkan terima kasih.
Kalau perasan,
Gerak kerja BERSAMA dalam landskap politik hari ini agak luar biasa. Hanya 50+ hari ditubuhkan, tapi sambutan di lapangan mahupun di soc med mengatasi jangkaan
Sebab?
BERSAMA sedang diangkat oleh rakyat biasa yang tidak mengharapkan ghanimah atau gula² politik.
Tujuan utama BERSAMA adalah untuk mencerdikkan masyarakat ketika rakyat terus dibodohkan oleh parti² dinosor.
#TSR
Dato' Seri Anwar Ibrahim berkata usaha untuk menjatuhkannya adalah kerana beliau memerangi rasuah.
Ironinya, beliau masih mempunyai keberanian untuk bersyarah kepada rakyat Malaysia mengenai rasuah, sedangkan begitu banyak persoalan yang masih belum dijawab.
Kalau benar begitu, rakyat berhak bertanya:
Apa perkembangan tindakan terhadap mafia korporat yang pernah dijanjikan?
Apa pula perkembangan isu siasatan yang melibatkan Tan Sri Azam Baki?
Rakyat tidak menilai melalui slogan.
Rakyat menilai melalui tindakan, ketelusan dan hasil.
Sebab itu, apabila persoalan-persoalan ini masih belum mendapat jawapan yang memuaskan, jangan salahkan rakyat jika mereka terus bertanya.
Seorang pemimpin yang benar-benar yakin dengan rekodnya sepatutnya menjawab soalan, bukannya menganggap setiap kritikan sebagai cubaan untuk menjatuhkannya. Malah, seseorang yang mahu bercakap soal memerangi rasuah juga perlu bersedia menjawab persoalan tentang janji dan komitmennya sendiri.
Beza @rafiziramli dengan tipikal politikus Muslim yang lain ialah dia tak jadikan agama sebagai tunggangan politik.
Dia jadikan agama sebagai panduan berpolitik.
Ni pesanan dia pada calon Bukit Permai.