AMK PKR tengah mengutuk @anwaribrahim ke tu???
Madani Mart tolong sponsor cermin bagi ke AMK PKR ni. Kat melaka cermin muka mahal sangat ke???
Opssssssssโฆ.๐๐คญ
๐๐ฅ๐จ๐ฆ๐ง ๐ฆ๐๐๐๐ ๐ฆ๐ฃ๐
Tahniah kepada adik-adik yang berjaya mendapat keputusan SPM.
Ada yang gembira, ada yang sedih. Ada yang puas hati, ada yang kecewa.
Adik-adik akan merasa begini buat beberapa ketika.
Yang gembira, jangan gembira lama sangat. Yang sedih, jangan nangis sampai mata lebam.
Sebab SPM, walaupun ia peperiksaan yang terbesar dalam hidup adik-adik, tetaplah hanya satu dari banyak peperiksaan. SPM bukan jaminan kejayaan atau kegagalan di masa hadapan.
Saya nak kongsi pasal keputusan SPM adik bongsu saya. Ni cerita 90an, umur dia sekarang pun lebih kurang saya.
Dari kecil, adik saya nampak tak minat belajar. Masa sekolah rendah, dia menghabiskan masa lapang melukis kartun. Dia dalam dunia dia, meniarap atas lantai, melukis kartun dengan segala sound effect perang dia. Habis buku sekolah dilukis kartunnya.
Masa sekolah menengah, pun tak nampak dia minat sangat belajar. Dari minat lukis kartun, dia minat binatang pulak dah. Dia pelihara burung, arnab, ikan. Bila saya balik cuti sekolah (sebab saya duduk asrama), ada saja binatang baru.
Mak ayah saya cakap biarlah dia minat binatang. Saya bimbang jugak sebab PMR makin dekat dan dia tidak ada minat, jadi PMR dia tidaklah seberapa.
Masuk tingkatan empat, dia minat memancing pula. Macam-macam joran dia ada. Pun sama, dia tidak minat sangat belajar.
Cuma selain memancing, dia juga mula ke masjid ketika itu, solat waktu di masjid. Kemudian dia mula pakai serban pergi solat waktu ke masjid.
Mak ayah saya cakap nampak dia nak ke arah itu dan kami berlapang dada.
Saya ingat mak ayah saya beritahu dia hanya ada tanda-tanda nak belajar beberapa bulan sebelum SPM.
Alhamdulillah keputusan SPM dia cukup makan untuk ke universiti.
Lepas graduate sebagai software engineer, dia kekal dalam bidang IT sehingga sekarang dan kerja dengan syarikat antarabangsa, bertanggungjawab untuk operasi antarabangsa dan gaji yang selesa.
Sepanjang masa dia melukis kartun, memelihara binatang atau gila memancing, mak ayah saya sedikit pun tak marah. Mereka rasa rezeki itu di tangan Allah, hanya doa yang mereka iringi asalkan akhlaknya baik.
Bila orang tanya mengenai keputusan SPM anak masing-masing, saya selalunya tidak ada komen. Kalau cemerlang saya cakap tahniah, kalau tidak semua A pun saya tahniah.
Saya dah lihat macam mana SPM hanyalah satu batu tanda dalam kehidupan yang panjang.
Kepada adik-adik, selepas dah habis bergembira atau berduka, jangan lupa untuk mula usaha balik untuk kitaran hidup yang seterusnya.
๐๐ฆ๐ฏ๐บ๐ข๐ต๐ข๐ข๐ฏ ๐๐ฆ๐ฅ๐ช๐ข
๐ฎ๐ฑ ๐๐๐น๐ฎ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ
๐ง๐๐ก๐๐๐ก๐ ๐๐ฆ๐จ ๐๐๐ฅ๐๐๐ฆ๐, ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ก ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ฆ๐๐ฅ ๐๐๐ฃ๐๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐๐๐๐ก
Dalam ucapannya di Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan semalam (24 Julai 2025), YAB Datoโ Seri Anwar Ibrahim meluahkan rasa pelik kenapa usaha-usaha yang dipelopori beliau untuk membanteras rasuah, seolah-olah tidak disambut oleh beberapa pihak (terutamanya pembangkang). Beliau memberi contoh kertas siasatan yang dibuka terhadap tokoh-tokoh tertentu.
Saya tidak meragui keikhlasan beliau untuk membanteras rasuah. Sebahagian besar kempen PKR yang melibatkan saya sendiri, sejak 2010, berkisar kepada skandal-skandal besar negara. Beliau memberi sokongan penuh kepada usaha kami membongkar skandal-skandal negara.
Salah satu penyumbang kepada kemenangan PKR dan PH dalam PRU2018 dan PRU2022 (sehingga beliau berjaya membentuk kerajaan campuran dan dilantik sebagai Perdana Menteri) adalah manifestasi tuntutan rakyat agar rasuah dibanteras sekeras-kerasnya.
Pada masa yang sama, rasa pelik yang beliau luahkan itu ada asasnya.
Kita tidak boleh menolak hakikat bahawa kepercayaan rakyat mengenai usaha membanteras rasuah boleh ditingkatkan lagi. Sementara kita memahami sikap pembangkang yang akan menolak setiap usaha kerajaan, kita juga perlu bermuhasabah kenapa sebahagian rakyat biasa masih belum yakin dengan usaha kerajaan membanteras rasuah.
Kesan dari rasa kurang yakin ini boleh dilihat melalui beberapa sudut.
Pertama, kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) masih di takuk yang sama. Malaysia mendapat 50 mata bagi tahun 2023 dan 2024, yang meletakkan negara di kedudukan 57 dari 180 negara. Sementara ini lebih baik dari tahun 2021 dan 2022, mata 50 dan kedudukan 57 sebenarnya tidak banyak berbeza dari pencapaian 2015 (di kemuncak skandal 1MDB), bila mana Malaysia mendapat 50 mata dan kedudukan 54.
Begitu juga dengan data-data kaji selidik terkini yang saya pernah kongsikan beberapa bulan lepas, yang menunjukkan kebimbangan rakyat mengenai rasuah semakin meningkat.
Ini berlaku dalam keadaan pentadbiran YAB Datoโ Seri Anwar Ibrahim secara berterusan cuba melakukan pelbagai penambahbaikan proses, selain dari pendirian beliau yang berulang kali menolak rasuah.
Oleh itu, saya ada pandangan yang akan dikecam pelbagai pihak, tetapi ia perlu disuarakan.
Jika Perdana Menteri rasa pelik kenapa sambutan rakyat tidak segah usaha-usaha yang sedang dilakukan, ia bermakna ada perkara lain yang mungkin mencacatkan usaha-usaha itu di mata rakyat.
Kedudukan CPI ditentukan oleh persepsi rakyat. Persepsi dipengaruhi oleh beberapa perkara penting, terutamanya:
1) Keberkesanan reformasi yang dijalankan hingga ia berjaya membanteras amalan rasuah ke peringkat akar umbi dan dirasai oleh rakyat dalam urusan seharian mereka; ๐ฅ๐ข๐ฏ
2) Pandangan umum mengenai konsistensi pemerintah memlawan rasuah, supaya amalan rasuah dibanteras dengan seadilnya dan pemerintah dilihat benar-benar bersih dari rasuah.
Kita boleh menerima pandangan bahawa reformasi pentadbiran yang dilaksanakan akan mengambil masa untuk mengubah budaya agar amalan rasuah dibanteras sehingga ke akar umbi.
Namun, adalah sangat berbahaya jika pentadbiran YAB Datoโ Seri Anwar Ibrahim dilihat tidak konsisten dan memilih bulu dalam membanteras rasuah, sekiranya ada kes-kes besar yang melibatkan pimpinan Kerajaan Perpaduan atau tokoh-tokoh yang rapat dengan beliau.
Sebab itu saya memilih untuk bersuara kali ini, selepas satu tuduhan skandal lesen penerokaan mineral seluas 70,000 hektar di Sabah yang membabitkan Datuk Farhash Wafa Salvador mula berlegar.
Ini bukan kali pertama Farhash disabitkan dengan pelbagai urusniaga yang mengundang kontroversi.
Sejak YAB Datoโ Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, Farhash tiba-tiba melonjak menjadi seorang niagawan yang ligat dan mula mempunyai kepentingan dari satu syarikat ke satu syarikat. Ada syarikat-syarikat yang dikaitkan dengan beliau, kemudiannya mendapat kontrak perolehan yang besar dari kerajaan.
Jumlah sebenar kontrak-kontrak perolehan kerajaan yang dianugerahkan kepada syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Farhash tidak diketahui umum.
Namun, pengaruh Farhash menjadi bualan rakyat di luar โ baik rakyat biasa yang melihat kemewahan dan gaya hidupnya, sehinggalah golongan perniagaan yang berurusan dengan kerajaan dan dalam sektor korporat.
Apabila perkara ini dibangkitkan sebelum ini, YAB Datoโ Seri Anwar Ibrahim hanya memberi penafian. Penjelasan beliau ialah kegiatan perniagaan Farhash tidak ada kena mengena dengan beliau kerana Farhash bukan lagi setiausaha politik beliau.
Saya memilih untuk bersangka baik ketika itu, walaupun saya tahu pengaruh Farhash dalam PKR dan sebahagian pentadbiran kerajaan itu benar-benar wujud.
Tuduhan terbaru mengenai lesen penerokaan mineral yang membabitkan Farhash tidak akan mati begitu sahaja. Pendedahan setakat ini disertakan dengan dokumen dan rakaman audio. Saya percaya lebih banyak maklumat akan menjadi pengetahuan umum selepas ini.
Saya juga percaya ia bukan tuduhan terakhir yang membabitkan Farhash. Dari semasa ke semasa, ada saja kontroversi baru mengenai beliau yang akan menjadi bualan umum.
Oleh itu, saya berharap YAB Perdana Menteri memandang perkara ini dengan serius.
Kontroversi demi kontroversi yang ditimbulkan dan dikaitkan dengan Farhash perlu ditangani segera dan penafian mentah tidak lagi akan diterima oleh rakyat.
Maklumat-maklumat yang didedahkan setakat ini sudah cukup untuk membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan terhadap Farhash, seperti mana kertas siasatan dibuka terhadap tokoh-tokoh lain yang dituduh menjadi kaya secara tiba-tiba.
Bila ada konsistensi sebegini, barulah lebih ramai rakyat yang lebih yakin dengan usaha kerajaan membanteras rasuah.
Jika tidak, bukan sahaja usaha-usaha ini tidak membuahkan hasil yang dikehendaki dan diterjemahkan kepada kedudukan CPI negara yang lebih baik, saya khuatir beban Farhash ini akan mengheret PKR dan PH dalam pilihanraya yang akan datang.
๐ฅ๐๐๐๐ญ๐ ๐ฅ๐๐ ๐๐
Ahli Parlimen Pandan
Thanks for a warm reception by First Deputy Minister Komiljon Karimov, Ministry of Higher and Secondary Specialized Education of The Republic of Uzbekistan. Fruitful discussion on partnership for academic & mobility opportunities @MSUmalaysia@MSUcollege
https://t.co/p0fqankhzQ
With every challenge we experience, comes the best things in life. Best wishes as we cherish the moments during this splendid occasion with our loved ones. To everyone celebrating, a Happy Deepavali. Stay safe!!. #Deepavali@MSUMalaysia@MSUCollege@msumcmalaysia@MSI_Colombo
Meet Mohd Khairul Hairi Mazlan who now is the Head of Development and Operations in MNRB Holdings Berhad. He graduated with Bachelor in Computer Science.
Read more about his story here:
https://t.co/XYpD3OY8js
#MSUmalaysia@MSUmalaysiaAlum
Reflecting on what we have learned as we keep nurturing #MSUrians beyond pandemic challenges to be balanced, holistic and well-rounded graduates. Excited and looking forward to having everyone on campus. Welcome back! @MSUMalaysia@MSUCollege@msumcmalaysia#WeAreReady
#MSUmalaysia alumna Nisrin Nabihah Abdullah Sabri has been awarded the MIA Best Accounting Student 2020 prize by the Malaysian Institute of Accountants (MIA).
Read more about her: https://t.co/NoqUVgg5Oh
@MSUmalaysiaAlum@miaconnect1967
In light of @MSUMalaysia Campus Reopening this Oct, we're taking all the necessary measures. Campus safety is our priority. Please to note that we've achieved 100% rate of fully vaccinated academic & administrative staff. Thanks to all. @MSUCollege#MSUisReady@msumcmalaysia
Cleanliness is a major factor in preventing food-borne illness. Having the Food Handling Certificate will make you a certified food handler by KKM, as well as protects your customers from health risks.
REGISTER NOWโถ๏ธhttps://t.co/NOFcFkTU48
#MSUmalaysia
@msucedec
Join our next Medical Entry Test (MET) for #MBBS admission @MSUmalaysia
Apply now to join our MBBS program & pursue your dream to be a Doctor in the future!!
Grab @YayasanMSU scholarships for your study.
Call us: 03-5521 6868 for more info.
#Enrol2MSU#beMSUrians#MET
Hi guys, we are now open for WALK-IN registrations at our campus. Come & visit @MSUmalaysia now to get @YayasanMSU scholarship for ur studies. our #September2021 intake is still open.
Contact us now for more details: 03-5521 6868
#go2MSU#beMSUrians#Enrol2MSU
Delighted to announce that our MSU campus will be reopening this Oct 2021! Looking forward to seeing #MSUrians on campus. Stay safe for now; guidelines & details of the campus reopening will be shared in my upcoming President's Advisory soon. #MSUisReady@MSUMalaysia@MSUcollege
Delighted news from @MSUMalaysia stds now at Bilkent University, Turkey undergoing the Global Mobility Program. Be culturally appreciative & competent as you capture the moments that will enhance your learning experiences. @BilkentUniv#MSUGMP#MSUSHCA#MSUFBMP@MSUGlobalAffair
Bon Voyage to Nur Shafiqah bt Hassan Hussaian, from School of Pharmacy leaving for Hokkaido University Japan for her Global Mobility Program. Best wishes as you explore being global and explorative to enhance your learning experience. @MSUMalaysia@MSUGlobalAffair#MSUGMP
Delighful meeting with #MSUrians during the send-off session for their Global Mobility Program to @MSUMalaysia international university partners - among the 1st batch to travel as Covid19 turns endemic. Enjoy your international exposure, stay safe! @MSUGlobalAffair@MSUcollege