Malam ini Perikatan Nasional @PNRasmiMY bakal mengumumkan barisan calon yang prihatin, bersih dan stabil untuk #PRU15.
Ikuti pengumuman secara langsung:
https://t.co/MudrwtflWa
#PerikatanNasional#PNTerajuMalaysia
South African Foreign Minister Naledi Pandor tells parliament, opposition to Israel's African Union observer status is based on AU Charter rejecting "colonialism, racism, and illegal occupation." She hinted at "further measures" to oppose Israeli apartheid.
#IsraelOutofAU
Melancarkan Pusat Daerah Mengundi (PDM) RTP Bukit Goh malam ini bagi memastikan persiapan yang rapi sebelum bermulanya kempen #PRU15 minggu hadapan.
Jentera @PNRasmiMY di IM sedang giat bersiap sedia menggembling tenaga untuk memastikan gerak kerja yang utuh dalam PRU kali ini.
Menyantuni para nelayan di sekitar Kg. Beserah, Pantai Batu Hitam dan Pantai Balok petang tadi sambil bertanya khabar & bertukar pandangan dengan warga setempat. Mereka hidup suasana penuh kekeluargaan walaupun saban tahun diuji dengan dugaan musim tengkujuh.
Saya juga menyampaikan bakul makanan kepada 300 nelayan bersama Tn Hj @Andan_IM bagi meringankan beban mereka dalam kelangsungan kehidupan seharian. Diharapkan inisiatif ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban sekiranya tidak dapat turun ke laut.
Berkesempatan juga bertemu seorang nelayan muda berusia 20 tahun, saudara Arif Farhan yang membantu keluarga mencari rezeki. Semoga sentiasa dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki!
Pagi tadi menyantuni & meluangkan masa bersama warga tempatan di Air Putih & Indera Mahkota 3 yang rata-rata memulakan hari mereka. Saya juga mengedarkan buku-buku serta kit perlindungan #COVID19 kepada penduduk setempat.
Cases on the rise, caretaker health minister @Khairykj urges the public to step up precaution. Consider second booster if it’s been > six months since the last booster . New #Covid_19 vaccine from Pfizer-BioNTech , Bivalent arriving in November.
Setinggi-tinggi tahniah kepada gandingan Pearly Tan dan M Thinaah, beregu wanita pertama negara yang menjuarai saingan Terbuka Perancis. Seluruh rakyat Malaysia amat berbangga dengan pencapaian anda!
Bersama Ust. Zulfadli dan Sdr. Geoff Chan melancarkan sebuah lagi bilik gerakan Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Bukit Setongkol & Taman LKNP, Semambu dengan jayanya malam tadi. Tersentuh dengan semangat rakan-rakan yang hadir walaupun hujan lebat.
Bagi menjana semula ekonomi penduduk setempat di kawasan ini, peluang pekerjaan & perniagaan perlu diperhebat & dipertingkatkan. Kami juga bertekad untuk membangunkan Indera Mahkota sebagai kota ekonomi digital bertaraf antarabangsa.
Pusat Daerah Mengundi (PDM) @PNRasmiMY Cherating telah dilancarkan malam ini bersama Tn Hj @Andan_IM dan Sdr Jeff Chan. Tersentuh dengan semangat dan komitmen ahli-ahli parti yang telah bergabung tenaga dan masa bagi menggerakkan bilik operasi tersebut.
#PNTerajuPahang
I'm saddened by the tragedy in Itaewon, Seoul last night. On behalf of the people of Malaysia, I would like to express sincere condolences to the people of South Korea, our thoughts and prayers are with the bereaved families and we wish for a speedy recovery to those injured.
@MalaysiaMFA via @MySeoul will continue to monitor latest developments. Malaysians in need of consular assistance may contact our Embassy in Seoul at +821089748699.
Sedih mendengar perkembangan tragedi di Itaewon, Seoul malam tadi. Bagi pihak rakyat Malaysia, saya menzahirkan ucapan takziah kepada rakyat Korea Selatan dan mendoakan supaya keluarga mangsa yang terlibat diberi kekuatan & semua yang tercedera diberikan kesembuhan.
@MalaysiaMFA melalui @MYSeoul2 akan terus memantau situasi tersebut selain memastikan rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular agar dapat berhubung melalui talian +821089748699.
Dapat singgah membeli juadah di Gerai Putu Piring Beserah yang diusahakan oleh anak tempatan, saudara Amri Wahab sebentar tadi.
Juga berkesempatan menyantuni warga IM dari sekitar Beserah yang sedang membeli juadah buat minum petang bersama keluarga.
Lebih 60 jenis kuih tradisional termasuk badak berendam, puteri mandi, kuba guling dan tentunya putu piring yang laris sehingga 45kg pada hujung minggu. Moh beli kuih dan sokong perusahaan anak IM kita!
Merasmikan Pertandingan Bowling Mesra Muafakat anjuran @PASPusat IM melibatkan 88 peserta yang juga dimeriahkan oleh 200 warga setempat.
Syabas & tahniah kepada semua yang mengambil bahagian serta Muslimat PAS IM atas sambutan menggalakkan dalam aktiviti santai seperti ini.