Konvensyen KEADILAN Sarawak yang yang diselebungi pelbagai kontroversi akan tetap diteruskan pada Sabtu ini.
Pengarah Konvensyen PKR 2019 Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini mengumumkan acara itu akan diadakan di Hotel Pullman Miri Waterfront pada Sabtu ini bermula jam 9 pg. @NewsMPB
Di Kuching, 3 suspek ditahan berhubung kes pecah rumah dan curi kenderaan dalam sebuah operasi khas di kawasan Jalan Kuching-Serian, tengahari semalam
Dengan penangkapan terbabit pihak polis percaya berjaya menyelesaikan 40 kes pecah rumah dan 30 kecurian kenderaan. @NewsMPB
Di Sarawak, sejumlah 10.58kg dadah jenis syabu serta 980 biji pil jenis Erimin 5 berjaya dirampas.
Ia dirampas menerusi penahanan seorang lelaki warga Indonesia di Jalan Rock pada 10 Oktober lalu.
Keseluruhan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM 543,700. @NewsMPB
Buat masa ini , pihak polis masih menjejaki 2 lagi suspek bagi membantu siasatan berhubung kes 47 rakyat Malaysia menjadi mangsa penipuan pekerjaan. @NewsMPB
Perkembangan kes 47 rakyat Malaysia ditahan di Kemboja akibat penipuan pekerjaan,
Pihak polis berjaya menahan salah seorang daripada 3 suspek yang dikehendaki malam tadi. Chang Ying Siong, 25 tahun berjaya ditahan pada jam 10 malam tadi di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce @NewsMPB
Kuching: Sebuah ambulans terbalik di persimpangan lampu isyarat Jalan Zaidi Adruce setelah dilanggar sebuah SUV pagi tadi. Ambulans berkenaan membawa seorang wanita yang sarat mengandung yang kini berada di zon merah wad kecemasan HUS. @NewsMPB
Di Sarawak, program pemvaksinan wabak rabies secara bersepadu akan mula dilaksanakan pada 1 Mac ini.
Menurut Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, ia merupakan projek perintis dan akan dilaksanakan di kawasan Lundu dan Bau terlebih dahulu. @NewsMPB
Satu kejadian tanah runtuh dan mengakibatkan jalan putus di Jalan Pakan- Entabai, Engkamop, Batu 8, Pakan, Sarikei, Sarawak. Kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 4 pagi tadi. Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan. @NewsMPB
KUCHING : Seorang lelaki berusia 35 tahun ditahan reman selama 4 hari berhubung kes tipu pekerjaan melibatkan 47 rakyat Malaysia di Kemboja baru-baru ini. Kes disiasat di bawah Seksyen 420 kanun keseksaan. @NewsMPB
Kementerian Pendidikan telah menyalurkan sejumlah 100 juta ringgit kepada kerajaan negeri Sarawak untuk membaiki sekolah-sekolah daif di negeri itu bagi tahun ini. Peruntukan berkenaan telahpun disalurkan kepada JKR negeri untuk membaiki 33 buah sekolah. @NewsMPB
Kuching: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna K-P-D-N-H-E-P hari ini melancarkan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2019 bagi seluruh negara.
Ia berkuatkuasa bermula dari semalam sehingga 8 Febuari ini. @NewsMPB
#Jenayah
82 kotak berisi Mercun & bunga api pelbagai jenis benilai RM80K berjaya dirampas Pasukan Gerakkan Am PGA Briged Sarawak dlm satu operasi di Kpg. Sorak Melayu, Serian jam 6.20ptg smlm. Turut ditahan 2 suspek warga tempatan masing-masing 51 & 56 tahun.
@NewsMPB
Kuching: Seekor buaya sepanjang 3 meter dipercayai tersesat berjaya ditangkap di sebuah longkang di Lorong Demak Baru, Fasa 3, Jalan Demak Baru.
Pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 9.50 pagi tadi. @NewsMPB
Kuching: Sejumlah 6 buah motosikal pelbagai jenis disita menerusi Op Samseng bertempat di Jalan Masja semalam.
Secara keseluruhan, sejumlah 97 individu serta 65 buah motosikal dan 20 kereta diperiksa dalam operasi berkenaan. @NewsMPB
Kuching: Sejumlah 13 individu ditahan berhubung kes judi atas talian dalam sebuah serbuan di sebuah rumah dipercayai pusat operasi sendiket di kawasan perumahan One Residency Garden & Courtyard Villa, Batu Kawa pagi tadi. @NewsMPB
KUCHING, 16 Jan 2019 β Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sarawak semalam, menahan sebuah bot nelayan tempatan yang
sedang melakukan aktiviti menangkap di perairan lebih kurang 22 batu nautika dari Tg. Sipang, Kuching. @NewsMPB
Kuching: Mayat seorang lelaki disyaki mangsa bunuh ditemui di sebuah rumah kosong di Lorong Dusun, Jalan Ong Tiang Swee pagi tadi.
Mayat berkenaan ditemui orang awam kira-kira jam 10 pagi tadi yang kemudiannya melaporkannya kepada pihak polis. @NewsMPB
Bayi berumur sembilan bulan, Aariz Harraz Zahin Azman, yang kritikal selepas didera seorang pengasuh di Jalan Permai, Sibu pada Isnin lalu dilaporkan meninggal dunia kira-kira 11.55 pagi tadi. @NewsMPB