Ketika korang tidur semalam, ada sesuatu yang berlaku.
Saya ada berita sangat buruk.
Israel telah membedil dan menghancurkan sebuah hospital di Gaza.
Al-Ahli Arabi Baptist Hospital.
Angka kematian dijangka 200-300 orang. Tapi sehingga jam 2 pagi tadi, Kementerian Kesihatan Palestin anggarkan 500 orang pergi buat selamanya.
Biar satu dunia tahu.
“Siapa Penduduk Asal Palestin Sebelum Bani Israel?”
Dalam sirah dan juga tradisi Islam, kita tahu bahawa bani Israel pernah mewujudkan kerajaan di bumi Palestin suatu ketika dahulu. Tetapi sebelum mereka duduk secara kekal di situ, siapa penduduk asal Palestin sebelum mereka?
Harini hari kedua US House of Representatives undi cari Speaker. Undian sedang berjalan tapi sah NO SPEAKER.
NO SPEAKER.
Jim Jordan TAK CUKUP SOKONGAN. Tak ada Speaker, US TAK BOLEH bantu Israel.
Try hard sangat influencer nak show off "Soju Halal", nah Heinekken 0% alcohol aku jumpa dekat kedai depan Masjidil Haram.
Perlu ke aku minum dan upload kata "Arak Halal"? Tak.
Sbb tetap yang mengeluarkan minuman ini datangnya dari Kilang Arak yang sama.
Tiada lesen fizikal, dua pemuda Malaysia tak puas hati disaman di Thailand
Oleh KOSMO!
4 Ogos 2023
_Tangkap layar video dua lelaki warga Malaysia menunjukkan saman selepas gagal mempamerkan lesen memandu secara fizikal di Thailand._
PETALING JAYA – Dua lelaki warga Malaysia meluahkan rasa tidak puas hati apabila dikenakan tindakan saman oleh pihak berkuasa Thailand meskipun sudah mempamerkan lesen memandu digital yang dimiliki mereka.
Menerusi perkongsian di Twitter Acapkay, dia menjelaskan situasi tersebut yang dialami bersama rakannya selepas ditahan ketika menunggang motosikal di sebuah daerah dalam negara terbabit.
“Kalau bawa kenderaan ke Thailand, polis sana mintak fizikal kad, kalau tiada boleh kena saman.
“Puas aku terangkan yang Malaysia dah tak pakai kad fizikal. Dia kata tak boleh, akhirnya aku dengan Iqbal Asyraff kena saman,” ciapnya, semalam.
Difahamkan, individu warga Malaysia yang memandu di Thailand tidak memerlukan lesen antarabangsa, sebaliknya hanya perlu memiliki lesen sah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Bagaimanapun, pada Februari lalu, kerajaan menerusi Kementerian Pengangkutan mengumumkan bahawa Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) persendirian diubah kepada mod paparan digital secara berperingkat.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, paparan digital tersebut boleh didapati melalui Portal Awam JPJ atau aplikasi MyJPJ. – KOSMO! ONLINE