@MekSangBuaya Memang dah sangat2 ketandusan issue ke sampai sebodoh2 ini untuk cipta naratif lalu tunggang YDPA pulak? 1 Malaysia dah tahu kaki penunggang segala issue/orang adalah walaun untuk nampak macam si terpaling suci. Sudah2 lah tu. Kalau tak berbayar, kau tak tahap macam ni. Srs talk
@MekSangBuaya Itu luncai emas lah yang atas stage tu. You as a tuan rumah for this event kena la enjoy the moment. Bukan dia pergi breakdance depan orang situ. Just hand in the air untuk support lagenda yang masih hidup. Apa masalah hati yang kau ada ni mek?
Hari ini juga adalah hari duka buat saya, Azizah dan keluarga tatkala menerima khabar pemergian besan kami, Hajah Sabeena Munir Watanabe. Kami ke Masjid At-Taqwa di Bangi petang tadi untuk memberi penghormatan terakhir buat Allahyarhamah.
Moga ruh Allahyarhamah dicucuri rahmat, diampuni segala dosa dan dikurniakan tempat yang istimewa di sisi-Nya. Takziah buat anakanda Ilham dan Luqman Watanabe.
Al-Fatihah.
Saya menerima maklumat daripada pasukan aktivis dan sukarelawan Malaysia selepas rejim Zionis Israel memintas konvoi Global Sumud Flotilla.
Saya menggesa agar semua aktivis serta sukarelawan Malaysia dan antarabangsa dibebaskan dalam kadar segera! Ini sebuah misi kemanusiaan yang membawa orang awam tidak bersenjata bersama bantuan yang amat diperlukan oleh rakyat Gaza. Kerajaan akan lakukan yang terbaik untuk membebaskan warga Malaysia dalam tahanan.
Dengan menyekat misi kemanusiaan ini, Israel bukan sahaja memperlekeh hak asasi rakyat Palestin, malah telah menginjak nurani masyarakat dunia yang kini tidak lagi bersama Israel.
Flotila tersebut bukan sekadar konvoi bantuan, tetapi simbol perpaduan, solidariti dan kasih sayang umat manusia. Ia membawa sinar harapan untuk meringankan penderitaan mereka yang terus dipaksa hidup melarat di bawah sekatan yang zalim dan tidak berperikemanusiaan.
Malaysia akan mengambil segala langkah yang sah dan berasaskan undang-undang bagi menuntut pertanggungjawaban Israel, khususnya apabila warganegara kita terlibat. Keselamatan rakyat Malaysia menjadi keutamaan serta kita tidak akan sama sekali bungkam tatkala hak dan maruah mereka dicabuli.
Selagi hak dan aspirasi rakyat Palestin terus dinafikan, Malaysia kekal berdiri teguh dan tidak akan berundur daripada terus mendesak dan menuntut agar kezaliman dan perampasan yang telah berlarutan sejak sekian lama dihentikan.
Foto: Reuters
Bermula 30 September ini, seluruh rakyat Malaysia akan menikmati harga baharu RON95 pada RM1.99 seliter dengan hanya menggunakan MyKad di kaunter dan pam, atau menerusi aplikasi stesen minyak.
Manfaat ini akan dinikmati lebih awal oleh anggota polis dan tentera mulai 27 September, serta penerima STR mulai 28 September.
Malaysia mengambil langkah berani menurunkan harga RON95 kepada RM1.99 seliter, tatkala dunia berdepan suasana ekonomi global yang tidak menentu.
Langkah ini adalah penghargaan tertinggi buat seluruh rakyat Malaysia yang terus gigih bekerja, berusaha dan berkongsi tekad bersama Kerajaan MADANI dalam melonjakkan pertumbuhan ekonomi negara. Kejayaan kita hari ini adalah hasil kekuatan rakyat yang tidak pernah mengalah.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#RancakkanMADANI
Kerajaan hormat hak untuk berhimpun secara aman dan menyatakan pendirian, dan ia dibuktikan dengan konsisten melibatkan pelbagai himpunan sebelum ini.
Namun, prinsip kebebasan juga menuntut kita untuk bertanggungjawab dan mesti patuh tunduk pada hukum, adab dan undang-undang.
Insiden menyerang sehingga mencederakan penjawat awam yakni Ketua Polis Daerah Dang Wangi oleh pihak berkepentingan dan tidak bertanggungjawab adalah perbuatan keji dan mesti dikecam.
Saya telah menggesa pihak berkuasa untuk segera menjalankan siasatan dan lekas memberkas dalang dan penyerang yang bertanggungjawab mencederakan.
Berhimpun secara aman mesti tidak harus disalahguna untuk kepentingan politik sempit dan mencetuskan suasana tidak tenteram di kalangan rakyat.
Keganasan yang disemai melalui hasutan, kebencian dan maklumat palsu tidak boleh sama sekali dibiarkan berakar dalam masyarakat.
ANWAR IBRAHIM
Foto: Utusan
Yg aku heran ni, kes mcm ni yg membawa keburukan 15 juta kali ganda berbanding dgn pasang bendera terbalik takde pulak nak pergi serang si Tan Sri ni.
Ni lah kisah orang yg suka membuli. Hanya membuli org yg dia berani shj. Yg satu agama, pangkat tinggi diaorg bacul.
Munafik.