UMNO sedang melawan Raja.
Menteri Besar dan barisan exco2nya memungkiri sumpah ikrar yang dibuat mereka di hadapan YamTuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Mukhriz.
Ayuh rakyat Malaysia! Pertahankan Raja dan institusi di bawah naungannya. Tolak UMNO Keparat!
Tahukah kamu siapakah yang mula2 bertanyakan secara rasmi tentang pelaburan KWAP dalam syarikat eFishery (atau efishery) yang mengalami kerugian hampir RM200 juta?
• Pembangkang? Nope! Depa sibuk mengejar kuasa.
• Ahli Parlimen pro DAMAI? Nope! Depa tak tau apa. Sedap di kerusi empuk.
• Habis tu siapa? Beliau adalah Ahli Parlimen Subang, YB @WongChen_MY.
Jika tidak, tiada siapa yang tahu bahawa KWAP sudah kerugian beratus juta.
Tarikh dan konteks : Anwar Ibrahim menjawab soalan bertulis Wong Chen di Parlimen pada sekitar 16–17 Julai 2026. Soalan Wong Chen meminta penjelasan tentang langkah pertanggungjawaban terhadap Lembaga Pengarah KWAP, panel pelaburan, dan pengurusan kanan berhubung pelaburan tersebut yang menyebabkan kerugian dana pencen penjawat awam.
Pelaburan KWAP : KWAP melabur sekitar AS$47.7 juta (kira-kira RM194–203 juta) dalam pusingan pembiayaan Series D eFishery pada Julai 2023. Ia merupakan sebahagian daripada AS$200 juta yang dikumpul syarikat itu. Syarikat Indonesia ini kemudian terlibat skandal manipulasi laporan kewangan, dan pengasasnya Gibran Huzaifah dipenjara 9 tahun.
Respons Anwar : Pelaburan itu didakwa tertipu kerana manipulasi kewangan oleh pihak pengurusan eFishery, walaupun KWAP dan pelabur lain (seperti Temasek, SoftBank) telah buat due diligence. KWAP sedang kejar pemulihan dana dan semak proses dalaman.
Sebelum ini, isu eFishery sudah dibincang dalam media (contohnya artikel 'The Edge' pada awal 2025 dan Mei 2026), tetapi Wong Chen adalah yang pertama mengangkatnya secara rasmi di Parlimen, yang mencetus jawapan PM dan liputan meluas.
Syabas Ahli Parlimen Subang dalam mengawasi penggunaan dana awam seperti KWAP.
KEPUTUSAN PRN JOHOR 2026
Terima kasih kepada pengundi-pengundi Johor yang menunaikan tanggungjawab hari ini.
Walaupun keputusan rasmi belum diumumkan bagi semua kerusi, Bilik Kempen BERSAMA telah mendapat sebahagian dari Borang 14 di saluran-saluran 15 kerusi yang kami bertanding.
Ada juga kerusi-kerusi yang keputusan tidak rasmi telah dilaporkan oleh media.
Maklumat setakat ini menunjukkan calon-calon BERSAMA mendapat secara purata antara 3-6% undi.
Ini bermakna kesemua calon BERSAMA hilang deposit kerana tidak mendapat undi minimum 12.5%.
Ia juga tidak melepasi sasaran untuk tidak hilang deposit dan mencapai 15% undi.
Analisa awal menunjukkan ada peralihan undi yang ketara kepada BN dari semua segmen pengundi mengikut umur dan kaum.
Semua calon dari parti-parti lain, baik PH, PN, BERSAMA atau MUDA terkesan dengan peralihan undi ini.
Di pihak BERSAMA, kami akan memperhalusi keputusan pengundian untuk menambahbaik pendekatan dalam memenangi hati pengundi di masa hadapan.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi yang memberi kepercayaan kepada calon-calon BERSAMA dalam usia parti ini yang begitu muda.
Penghargaan tertinggi adalah kepada calon-calon, ahli-ahli, sukarelawan dan penyokong BERSAMA yang setia membantu kempen PRN Johor 2026.
Satu majlis penghargaan ringkas dan sederhana akan diadakan di ibu pejabat baru BERSAMA dalam tempoh terdekat, setelah ia siap untuk digunakan dalam dua minggu.
Walaupun keputusan PRN Johor tidak berpihak kepada BERSAMA, pengalaman berkempen akan membantu membina parti yang baru berusia 52 hari ini.
Insya-Allah, kita akan terus berusaha dan mendoakan rakyat Malaysia terbuka untuk menerima BERSAMA satu hari nanti.
Rafizi Ramli
11 Julai 2026
@mardhea_oi dah kata jangan kawan dengan UMNO. degil..bagi lagi peluang dekat UMNO. sanggup tendang Rafizi sebab nak jaga hati UMNO. senjata makan tuan.