Pulang ke Padang Rengas, saya bersama masyarakat Kampung Jarau dalam Majlis Kenduri Kampung MADANI yang diadakan penuh kemesraan dan bersama.
Dalam setiap lawatan, kunjungan Ziarah Kasih MADANI pasti tidak akan ditinggalkan. Alhamdulillah, sempat menziarahi beberapa keluarga memerlukan di sekitar Padang Rengas, menyampaikan sumbangan bagi menampung serba sedikit keperluan mendesak selain turut mengadakan lawatan ke beberapa kawasan yang memerlukan perhatian lanjut untuk ditambahbaik demi keselesaan rakyat.
InsyaAllah, moga diberi kesempatan untuk kembali bersua.
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
Selaku wakil kepada Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Tambun, YAB Datoโ Seri Anwar Ibrahim, saya berdiri di hadapan rakyat dengan penuh kesyukuran kerana dapat bersama dalam Karnival Kita Anak Malaysia (KAMI) 2025 di Mydin Meru Raya.
Karnival ini bukan sekadar sebuah acara, tetapi satu manifestasi bahawa semangat kebersamaan masih subur dalam jiwa rakyat Malaysia. Di sini kita belajar bahawa bangsa yang bersatu tidak pernah goyah walau diuji badai perpecahan.
Apabila masyarakat Melayu, Cina, India dan Orang Asli hadir dengan hati yang terbuka, kita melihat sendiri bagaimana kepelbagaian menjadi kekuatan. Ia bukan sesuatu yang melemahkan, tetapi menjadi tunjang yang menegakkan tiang bangsa.
Saya percaya, apabila kita saling mengenali, saling menghormati, dan saling meraikan perbezaan, maka terciptalah sebuah masyarakat yang adil, penuh kasih sayang dan jauh daripada prasangka. Itulah wajah sebenar Malaysia yang kita dambakan.
KAMI 2025 juga menjadi pentas untuk mengingatkan generasi muda bahawa kecintaan kepada tanah air tidak hanya terletak pada simbol atau slogan, tetapi pada kesediaan untuk menjaga keharmonian dan menolak unsur perpecahan.
Kita mahu lahirkan satu generasi yang berani berdiri sebagai rakyat Malaysia, yang memahami bahawa kekuatan bangsa bukan hanya pada ekonomi atau pembangunan, tetapi pada jiwa yang bersatu.
Dalam saat dunia sering dipenuhi retorik kebencian dan perpecahan, program seperti ini mengajar kita erti sebenar persaudaraan. Bahawa selama kita berpaut erat, tidak ada kuasa yang mampu memecahkan kita.
Inilah intipati Malaysia Madani โ gagasan yang menuntut kita membina negara berteraskan belas ihsan, hormat-menghormati, serta rasa tanggungjawab antara satu sama lain.
Saya yakin, daripada Mydin Meru Raya inilah, akan lahir gelombang baru kesedaran bahawa Kita Anak Malaysia bukan sekadar ungkapan, tetapi hakikat yang harus kita hayati setiap hari.
Marilah kita terus berganding bahu, menolak segala bentuk perpecahan, dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah tanah air yang aman, harmoni dan penuh dengan kasih sayang. Kerana di sinilah tempat kita berpijak, dan di sinilah kita akan bangkit bersama. ๐ฒ๐พ
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
Gabungan longgar
Sebab apa longgar?
Tawaran alternatif? Tak ada.
Belanjawan alternatif? Tak ada.
Alternatif pelan pembangunan negara 5 tahun akan datang? Tak ada
Apa yang ada? PMX pakai baju batik Indonesia.
Apa yang diserang? Dokumen RMK 13 lebih nipis daripada RMK 12.
Tahniah buat teman-teman Ketua Angkatan Muda KEADILAN yang telah dilantik.
Selamat menjalankan tugas, galas amanah ini dengan penuh rasa tanggungjawab dan lakukan yang terbaik untuk rakyat, negara serta parti.
#AMKMalaysia#Reformasi
Saya baru menerima berita yang amat menyentak jiwa iaitu sahabat saya yang juga mantan Perdana Menteri Malaysia yang kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi telah kembali menemui ilahi.
Masih segar di ingatan tatkala kali terakhir menziarahi beliau yang berada dalam keadaan yang sangat uzur lantas meruntun jiwa yang hiba.
Namun saat tangan kami bersentuhan, matanya yang kabur masih memancarkan sinar kasih dan sikap damai yang tidak pernah padam.
Dalam derapan langkah politik yang sering gawat dan menyesakkan, Pak Lah sentiasa menjadi pihak yang menenangkan. Beliau menerima saya dengan penuh adab dan ihsan, meski kami pernah berada di medan politik yang bertentangan. Itulah betapa besarnya jiwa seorang negarawan ulung.
Pak Lah tidak sekadar pemimpin, malah merupakan seorang insan berjiwa besar yang menerapkan naratif baru dalam politik kekuasaan di Malaysia.
Dengan pendekatan Islam Hadhari, beliau menjambatani antara aspek kemajuan dan pembangunan dengan nilai.
Di bawah kepemimpinannya, kita telah menyaksikan reformasi di bidang kehakiman, ketelusan dalam pentadbiran, dan pemerkasaan institusi.
Beliau adalah sosok yang memerdekakan suara rakyat melalui pembukaan ruang media dan penyertaan awam. Pentadbiran beliau berpaksi pada Rancangan Malaysia Kesembilan yang memacu pertumbuhan ekonomi serta memfokuskan pembangunan insan dan di pedesaan.
Namun lebih dari segala pencapaian itu, Pak Lah mengajarkan kita erti kemanusiaan dalam kepemimpinan.
Beliau memimpin dengan wajah yang tidak marah, tangan yang tidak menggenggam kuasa, dan suara yang tidak meninggi meski diasak bertubi-tubi.
Saya masih ingat sewaktu saya sendiri bergelut dalam episod hidup yang gelap dan derita, beliau tidak pernah menambah luka dengan kata-kata nista. Itulah peribadi Pak Lah yang sentiasa memilih damai meski mudah untuk membalas.
Kepada keluarga Tun Jeanne, anakanda Khairy Jamaluddin dan keluarga besar beliau, saya ucapkan takziah setulusnya dari lubuk hati. Seluruh negara turut bersedih atas kehilangan seorang negarawan yang membumi.
Selamat jalan, Pak Lah.
Malaysia terhutang budi kepada jasa dan budi bicaramu. Semoga ruh allahyarham ditempatkan dalam kalangan para solihin, diampunkan segala dosanya dan dikurniakan ganjaran syurga atas segala kebajikan yang telah ditabur sepanjang hayat beliau.
ANWAR IBRAHIM