Zaman saya mula-mula bertanding kerusi Parlimen, saya diberikan kawasan yang dianggap sukar: P077 Tanjong Malim. Ramai kata mustahil untuk menang. Tapi saya—sebagai sebahagian daripada Angkatan Muda Keadilan ketika itu—sahut cabaran itu dengan hati yang yakin. Dan saya buktikan, yang mustahil itu tidak mustahil jika kita berani mencuba.
Dalam sesi penggulungan Kongres KEADILAN, saya imbau detik itu bukan untuk bermegah, tetapi untuk menyeru semangat yang sama dalam kalangan anak muda kita hari ini.
Kalau saya boleh sahut cabaran kerusi sukar suatu ketika dahulu, saya percaya anak-anak muda KEADILAN hari ini juga mampu melangkah dengan keberanian yang sama. Jangan hanya cari kerusi selamat—cari ruang untuk buktikan kemampuan, bina kredibiliti, dan cipta sejarah.
Kerusi yang kita menang, walau hanya satu, boleh menjadi penentu masa depan negara. PRU16 bukan soal populariti. Ia soal tanggungjawab. Ia soal kepercayaan rakyat kepada KEADILAN untuk terus membawa agenda reformasi ke hadapan.
Kita perlu pastikan Dato’ Seri Anwar Ibrahim terus diberi mandat untuk memimpin negara ini ke penggal kedua—bukan demi individu, tetapi demi kestabilan, kemajuan dan masa depan rakyat Malaysia.
#KEADILAN
YB @ChangLihKang bukan nama baru dalam KEADILAN. Dia dah bersama sejak 2004, masa parti kalah teruk, kecil, dan dipandang enteng. Tapi dia tetap ada. Waktu semua orang ragu, dia percaya.
Hari ini saya sempat menziarahi Kak Intan, isteri kepada Allahyarham Mamat Khalid, seorang penulis dan pengarah filem yang telah banyak mencorakkan industri seni tanah air.
Saya singgah di kafe Sarang Art Hub yang beroperasi di Tanjung Malim, Perak dan dibuka pada 2016. Kafe tersebut kini diusahakn oleh Kak Intan dan anak-anaknya.
Saya kagum dengan kecekalan Kak Intan yang turut menawarkan perkhidmatan dan sokongan kepada pelajar-pelajar jurusan muzik dan seni tradisional untuk membuat persembahan dan melebarkan sayap mereka dalam industri muzik.
Siapa yang datang Tg Malim lepas ni boleh la singgah di Sarang Art Hub!
Petang ni saya sempat singgah di Loji Benih Baka Baharu Padi di Sekinchan, sebuah projek kerjasama Agensi Nuklear dan HMN.
Korang taw tak kita ada hasilkan benih padi NMR152 berasaskan teknologi nuklear?
Benih padi NMR152 ni telah terbukti lebih versatil, tahan penyakit dan mampu meningkatkan hasil tanaman.
Tunggu next video tiktok saya, saya akan kongsikan dengan lebih lanjut berkaitan lawatan saya ni dan benih padi NMR152😁
Boikot syarikat “US” yang memberikan pendapatan untuk anak2 kita. Nak tanya….
Facebook Insta (Meta) Twitter Youtube Google Microsoft semua dari negara mana?
Popular vote:
PHBN 49.5%
PN 49.3%
Seats won:
PHBN 40% (99/245)
Seats 60% (146/245)
Referendum wise, people chose PHBN. Seat allocation amongst rural vs urban, or high density localities ve low density remains means electoral reforms are badly needed.
Dulu bila duduk dalam kerajaan, tak ada cukai, tak ada regulate, tak ada langkah nak banteras.
Bila kerajaan perkenalkan cukai dan regulate, tiba2 jadi hero untuk lawan. 😏
So the government is taxing the vape and e-cig industry, and channelling that money – and half of the excise duty revenue – to KKM to improve our healthcare sector.
Nice.