Menerima khabar mengenai dua rakan media, Nur Afiradina Arshad dan Zahratulhayat Md Arif daripada BERNAMA dan New Straits Times (NST) yang terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan membuat liputan program di Bagan Datuk awal pagi tadi.
Mendoakan agar segala urusan rawatan mereka dipermudahkan, dikurniakan kesembuhan yang baik dan segera pulih seperti sediakala.
Saya juga telah mengarahkan pegawai saya untuk menghulurkan bantuan segera yang diperlukan kepada kedua-duanya.
Moga segala urusan mereka sekeluarga dipermudahkan dalam menghadapi ujian ini.
Malam tadi saya hadir menyempurnakan pengumuman calon dan pelancaran jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan Negeri Melaka di Stadium Hang Jebat.
Saya tegaskan bahawa politik kebencian dan permusuhan antara kaum tidak akan membawa negeri dan negara ke mana-mana. Kekuatan kita terletak pada perpaduan, tatakelola yang bersih serta keberanian melaksanakan perubahan yang benar-benar memanfaatkan rakyat.
Kerajaan MADANI telah membuktikan bahawa amanah pemerintahan diterjemahkan melalui tindakan yang nyata dan berkesan, bukan retorik atau tekad kosong. Daripada usaha mempertahankan harga RON95 pada harga RM1.99 seliter untuk warganegara Malaysia sahaja, usaha meningkatkan pendapatan pekerja, memperluas bantuan rakyat hingga menyediakan perumahan mampu milik dan kemudahan kepada golongan mahasiswa, setiap ikhtiar ini berpaksikan tekad mengangkat martabat dan kesejahteraan rakyat.
Saya turut mengingatkan seluruh calon dan jentera Pakatan Harapan bahawa perjuangan ini bukan semata-mata untuk meraih kemenangan, tetapi ia adalah amanah yang besar dan berat. Dengan semangat dan iltizam yang diperlihatkan rakyat Melaka malam tadi, saya yakin negeri bersejarah ini mampu sekali lagi menjadi wahana perubahan dan pembaharuan demi masa depan yang lebih adil, makmur dan bermaruah.
Ayuh Melaka, kita tempa sejarah baharu!
#UndiHarapan
#MelakaRumahKita
Hari ini saya bertemu warga Melaka ketika menghadiri Program Sentuhan Kasih MADANI dan meluncurkan Pelan Tindakan Sara Hidup Negara 2030 (NCLAP30), sebagai kesinambungan usaha Kerajaan MADANI menangani kos sara hidup rakyat.
Dalam ucapan, saya menyentuh kenaikan harga minyak dunia yang mencecah sekitar US$130 satu tong ketika ini. Tatkala banyak negara di seluruh dunia merasai kesannya, alhamdulillah Kerajaan MADANI terus mempertahankan harga RON95 pada RM1.99 seliter menerusi BUDI95, meskipun kita perlu menanggung lonjakan kos subsidi minyak yang diunjur mencecah sehingga RM45 bilion setahun.
Dalam keadaan ini, ada suara yang menyifatkan pemberian subsidi ini mengajar rakyat jadi malas, dan ada pula yang mengatakan lonjakan subsidi ini akan membebankan kerajaan.
Pendirian Kerajaan MADANI jelas: lebih baik Kerajaan yang menanggung beban daripada membiarkan rakyat dan ibu bapa kita yang menanggung derita. Kita memahami bahawa minyak digunakan untuk bekerja, menghantar anak ke sekolah dan mendapatkan rawatan. Setiap kenaikan harga akan terus menambah tanggungan keluarga.
Inilah makna ‘menggapai di langit, mengakar di bumi’. Tatkala kita memacu kemajuan negara, kebajikan rakyat mesti terus diutamakan agar segala kemakmuran diterjemahkan kepada kehidupan yang lebih bermaruah.
Peluncuran NCLAP30 hari ini juga adalah sebahagian ikhtiar kita menangani kos sara hidup, di samping memperluas Jualan Rahmah melalui penglibatan lebih ramai petani, nelayan dan pekebun. Penghargaan kepada seluruh pasukan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup yang terus turun padang menyantuni rakyat.
Insya-Allah, kita akan terus bekerja agar ibu bapa dapat mengurus keperluan keluarga dan menyekolahkan anak dengan lebih tenang. Penat lelah mereka mesti kita santuni dengan dasar dan tindakan yang benar-benar meringankan beban.
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
Ayuh seluruh calon dan jentera Pakatan Harapan, galas amanah dalam Pilihan Raya Negeri Melaka dengan kerja keras. Raih kepercayaan rakyat dan lawan fitnah serta hasutan perkauman dengan pencapaian dan bakti kita kepada rakyat.
Mudah-mudahan keikhlasan dan kesungguhan kita mampu mencipta sejarah di bumi Melaka serta menggerakkan pembaharuan demi masa depan yang lebih adil, makmur dan bermaruah.
#UndiHarapan
#MelakaRumahKita
Raja ponteng parlimen buang masa rakyat Marang dengan cakap merapu serta takde langsung manfaat
Sebaliknya menambah kebencian dan penghinaan terhadap gelaran ulamak & orang berilmu
Ucapan 3R yang merendahkan kemuliaan kitabullah
Ucapan 3R yang memperlekeh institusi adat N9
Alhamdulillah, saya berkesempatan mengadakan perbincangan dengan Pengerusi Islamic Development Bank (IsDB) Dr. Muhammad Sulaiman Al Jasser tengah hari tadi, yang mencerminkan keyakinan berterusan terhadap hala tuju pembangunan dan tatakelola Malaysia.
Malaysia diiktiraf atas pengalaman memperkasa Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS), memperkukuh daya tahan ekonomi serta menjana peluang pekerjaan. Kepakaran dan pengalaman ini berpotensi dimanfaatkan oleh negara-negara anggota IsDB.
Saya turut menegaskan kesediaan Malaysia berkongsi kepakaran dan memperluas kerjasama pembangunan di peringkat antarabangsa. Sehubungan itu, saya menyambut baik usaha memperkasa Pusat Kecemerlangan IsDB di Kuala Lumpur sebagai hab perkongsian ilmu dan kepakaran.
Insya-Allah, kerjasama erat ini akan memperluas peranan Malaysia sebagai rakan pembangunan yang berwibawa, sekali gus membawa kepakaran anak bangsa ke pentas dunia.
#MalaysiaMadani
#YakinMADANI
Petang tadi mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pengurusan Bencana Negara yang membincangkan secara terperinci situasi semasa jerebu yang masih membimbangkan serta kesannya terhadap kesihatan rakyat, khususnya anak-anak sekolah.
Mesyuarat mendengar cadangan menambah baik Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan, khususnya berkaitan arahan penutupan sekolah serta persediaan awal Kementerian Pendidikan, bagi memastikan pembelajaran dapat diteruskan sekiranya sekolah terpaksa ditutup selama beberapa hari.
Saya tegaskan bahawa kesihatan anak-anak mesti menjadi keutamaan, dengan langkah yang teratur bagi memastikan pelajaran mereka tidak terjejas. NADMA, Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Meteorologi Malaysia akan memperhalusi cadangan ini bersama Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan.
Saya turut menegaskan bahawa keperluan peruntukan bagi operasi pembenihan awan akan dipenuhi untuk mengurangkan jerebu. Operasi ini sedang dijalankan hampir setiap hari, bergantung pada keadaan awan yang sesuai.
Pada masa sama, mesyuarat dimaklumkan mengenai persediaan negara menghadapi Monsun Timur Laut yang dijangka membawa hujan lebat dan risiko banjir, serta ancaman Super El Nino yang diramal membawa cuaca panas dan kering melampau tahun depan.
Kesiapsiagaan agensi barisan hadapan mesti terus dipertingkat. NADMA perlu diperkasa sebagai nadi penyelarasan dasar dan operasi merentas agensi, khususnya melalui Pusat Kawalan Operasi Bencana Pusat, agar langkah pencegahan, persediaan, tindak balas dan pemulihan dapat dilaksanakan dengan pantas dan berkesan.
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, sektor swasta, sukarelawan serta masyarakat mesti bergerak bersama memperkukuh kesiapsiagaan komuniti. Nyawa rakyat mesti dilindungi dan bantuan mesti sampai segera kepada mereka yang memerlukan. Inilah amanah yang mesti kita galas bersama.
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
Saya ikuti rapat perkembangan masalah kebakaran hutan dan lahan di Indonesia yang turut mengakibatkan jerebu rentas sempadan sehingga menjejaskan kesihatan dan kehidupan rakyat Malaysia, termasuk memaksa penutupan sekolah di beberapa negeri dan kawasan.
Saya memperaku kesungguhan pemerintah Indonesia yang telah mengerahkan puluhan ribu anggota serta pelbagai aset udara bagi membendung permasalahan yang semakin membimbangkan ini. Kita sedar bahawa usaha menangani bencana sedemikian bukan suatu tugas yang mudah, apatah lagi dengan keluasan kawasan terjejas dan tantangan cuaca yang tidak menentu.
Justeru, dalam semangat kebersamaan dan hubungan akrab sesama negara tetangga, Malaysia berpandangan bahawa cabaran rentas sempadan harus ditangani dengan tekad dan tanggungjawab bersama. Malah, kita telah pun mengusulkan mekanisme kerjasama di peringkat ASEAN bagi memperkukuh penyelarasan, kesiapsiagaan dan tindakan kolektif dalam menangani jerebu rentas sempadan.
Malaysia kekal bersedia menghulurkan bantuan sepertimana yang telah ditawarkan sebelum ini. Semangat kejiranan yang sebenar menuntut kita untuk saling mendukung tatkala berdepan musibah, dengan aspek keselamatan dan kesejahteraan rakyat serantau sentiasa menjadi keutamaan.
ANWAR IBRAHIM
Pembangkang dah habis modal untuk hina PMX @anwaribrahim
Tapi bila Sanusi karaoke malam buta dia kata sempoi dan berdakwah 🤣
*Bila PMX pergi majlis ilmu dan dakwah walaun senyap 🤭
Pertemuan dengan delegasi Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) diketuai Presidennya, Dato’ Mohd Foad Mat Isa menjadi ruang mempererat hubungan antara kerajaan dengan pertubuhan masyarakat serta memperkukuh kerjasama dalam memelihara perpaduan, keharmonian dan kesejahteraan rakyat.
Kerajaan sentiasa menghargai sumbangan pertubuhan masyarakat yang komited dalam mendukung agenda pembangunan negara, memperkukuh nilai kebersamaan serta memastikan kesejahteraan rakyat terus menjadi keutamaan.
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
Mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-273 di Istana Negara.
MRR ke-273 dipengerusikan oleh DYMM Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah.
Daulat Tuanku!
Foto: RPO
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
Menerima kunjungan hormat delegasi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) diketuai Pengerusi Lembaga Pengarahnya merangkap Mufti Negeri Perlis Dato’ Dr. Mohd Asri Zainul Abidin.
Pertemuan membincangkan Pelan Tindakan Institut Pemikiran al-Qaradawi (IPQ) 2027–2030 yang memberi tumpuan kepada penyelidikan, penerbitan, pembangunan bakat dan pengukuhan jaringan keilmuan.
Turut disentuh ialah cadangan penganjuran Seminar Antarabangsa Pemikiran al-Qaradawi pada tahun hadapan bagi memperluas wacana mengenai pemikiran Islam dan cabaran tadbir urus negara masa kini.
Kerajaan menyokong usaha memperkukuh tradisi keilmuan, penyelidikan dan wacana pemikiran Islam yang mampu menyumbang kepada pembangunan tadbir urus negara serta kesejahteraan ummah.
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
🇲🇾 MALAYSIA #3 DUNIA!
Bukan sekadar bangga, ini pencapaian yang patut kita tahu. Rumavi Global Relocation Index 2026 meletakkan Malaysia di tangga ketiga dunia dengan skor 72.0 — hanya di belakang Estonia dan Singapura.
Malaysia makin jadi pilihan dunia. 🇲🇾🔥
Berkesempatan mengadakan tinjauan di Litar Antarabangsa Sepang bagi melihat persiapan penganjuran Formula 1 Gulf Air Grand Prix Bahrain di Malaysia 2026 yang akan bermula esok.
Saya turut meluangkan masa menyantuni peminat F1 yang menyertai sesi pit lane walk, selain bertemu para sukarelawan dan petugas yang gigih memastikan segala persiapan berjalan dengan baik.
Saya menghargai kerjasama erat Sepang International Circuit (SIC) dan Bahrain International Circuit (BIC) dalam menjayakan penganjuran ini.
Penghargaan kepada seluruh pasukan penganjur, petugas dan sukarelawan atas komitmen memastikan setiap urusan terlaksana dengan teratur dan selamat.
Semoga penganjuran ini berjalan lancar dan meninggalkan kenangan bermakna buat peminat serta pengunjung, sekali gus mengangkat nama Malaysia di persada sukan permotoran dunia.
🇲🇾🤝🇧🇭
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
#F1
Padu Dato' Shuhaily AKPS
Patutlah ada usaha nak jatuhkan dia.
Puak² haram jadah penyakau ni yang nak UMNO berkuasa kembali.
Tolak UMPAS
Angkat penjawat awam yang berani menghapuskan DNA SAKAU