Slot Podcast: Kopi & Kek sempena Kedah Showcase 2026 x Fantastic Food Fest yang dihoskan oleh YBhg. Ir. Dr. Mahzan Teh, Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) bersama dua figura usahawan utara tanah air, Puan Aimi Syairah Dato’ Sri Md Zin (Rempah Cap O) dan Encik Mohamad Arif Zainol (Mak Umi Kitchen) mengupas sejauh mana perniagaan tempatan boleh melangkah apabila tradisi, visi anak muda berkemahiran TVET dan sokongan padu MARA bersatu.
Kalau sebut Rempah Cap O, dari zaman mak-mak sampai ke kita, bau gulai di dapur sudah cukup buat orang tahu “ni sah guna Cap O”. Jenama warisan rentas generasi yang tak lapuk dek hujan kini bersiap sedia ke pasaran Arab Saudi. Lihat saja bagaimana Cap O boleh melonjak jauh. Semestinya dengan prinsip ABCD (𝐴𝑡𝑡𝑖𝑡𝑢𝑡𝑒, 𝐵𝑒ℎ𝑎𝑣𝑜𝑢𝑟𝑖𝑎𝑙, 𝐶ℎ𝑎𝑟𝑎𝑐𝑡𝑒𝑟, 𝐷𝑜𝑖𝑛𝑔) yang dipegang Aimi dalam mendisiplinkan pengurusan serta memastikan kualiti produk sentiasa berada pada standard tertinggi. Kejayaan Cap O terkini adalah pembukaan Central Kitchen dan melancarkan rangkaian produk pes terbaharu menjadi bukti betapa perniagaan ini terus berkembang.
“Perniagaan ibarat seni, dari sehelai kain putih kemudian dicorakkan dengan warna”. Siapa sangka, berbekalkan kata-kata itu Arif keluar dari zon selesa seorang graduan TVET ke pentas kulinari sebagai pencipta Kek Butter Soultan. Walaupun baru bertapak, impak perniagaan mak Umi Kitchen bukan biasa-biasa. Memanfaatkan pemasaran berasaskan emosi dan word of mouth, resepi asli sentuhan ibunya berjaya menambat hati ribuan pelanggan yang menginginkan kek butter tradisional dengan rasa klasik. Bagi Arif, kejayaan hari ini adalah permulaan babak pertama. Anak muda berjiwa besar ini bukan sahaja gigih mengurus perniagaan malah kini sedang menuntut di peringkat Ijazah Sarjana dan memasang impian untuk menggenggam PhD suatu hari nanti.
Melihat perjalanan dua usahawan ini, daripada rempah warisan Cap O yang penuh nostalgia sehinggalah keharuman Kek Butter Soultan membuatkan kita sedar dunia perniagaan masa kini berdepan cabaran yang tidak mampu disiapkan secara bersendirian. Disinilah hadirnya MARA sebagai rakan strategik yang menjadi pelengkap dalam ekosistem keusahawanan.
Melalui bantuan holistik MARA, kedua-dua usahawan ini dibantu mengukuhkan tapak perniagaan menerusi pematuhan standard tinggi seperti pensijilan Halal JAKIM dan BeSS (KKM), sekali gus meletakkan produk mereka pada aras piawaian yang diyakini pengguna. Bukan itu sahaja, pelbagai program pembangunan pemasaran dan platform Gate to Global (GTG) yang disediakan MARA turut menjadi pemangkin utama dalam membuka pintu pasaran tempatan serta melonjakkan jenama tempatan ini ke persada antarabangsa.
Daripada dapur warisan dan cetusan idea anak muda, gabungan jalinan impian usahawan bersama dorongan padu MARA terbukti mampu mengubah usaha kecil menjadi sebuah mahakarya kebanggaan negara.
#WeAreGenMARA#MerakyatkanMARA#AkuKasihMalaysia#HidupBiarBerjasa#MalaysiaMadani#UnifiedEntity#60TahunMARA#MenjunjungAmanah
I run every day for 20 minutes & if I miss a day, I add 20 minutes to the next day. This has truly been a game changer. Tomorrow, I'm supposed to run for 4 months.