👶🏻👶🏻Autisme merupakan satu keadaan sepanjang hayat yang mempengaruhi bagaimana seseorang individu itu berkomunikasi, berinteraksi secara sosial serta memahami dunia di sekeliling mereka. Ia adalah satu keadaan spektrum di mana individu dengan autisme berhadapan dengan kesukaran tertentu, seperti kesukaran sosial-komunikasi, pengurusan diri, integrasi sensori, kognitif dan pembelajaran yang akan memberi kesan kepada mereka dalam cara yang berbeza.
Ciri-ciri autisme dalam kalangan kanak-kanak boleh dikesan seawal usia 18 bulan. Ibu bapa perlu peka terhadap perubahan tingkah laku anak-anak dan jika mendapati anak-anak menunjukkan ciri-ciri autisme, segera bawa anak mendapatkan pemeriksaan lanjut di klinik kesihatan berhampiran agar rawatan dan intervensi boleh diberikan seawal mungkin.
Walaupun autisme tidak dapat disembuhkan, namun dengan intervensi awal, terapi pemulihan yang konsisten dan penjagaan kesihatan yang baik dapat membantu mereka mencapai tahap perkembangan yang optima, mampu berdikari dan menjadi orang dewasa yang produktif untuk keluarga, masyarakat dan negara. Komitmen yang tinggi dari semua pihak dan sokongan serta penglibatan penjaga/ahli keluarga dalam penjagaan anak-anak autisme adalah menjadi bahagian paling penting dalam kehidupan mereka.👨👨👦👦👨👨👦👦
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
‼️Ibu bapa dan penjaga kanak-kanak perlu sensitif dengan tanda-tanda Autisme Spectrum Disorder (ASD) dan perkembangan anak 👦🏻 masing-masing. Ibu bapa dan penjaga kanak-kanak juga perlu segera merujuk kepada doktor perubatan untuk kepastian dan pemantauan. Intervensi awal amat penting dalam membantu perkembangan kanak-kanak.
Pada ketika ini, tiada ujian perubatan khas seperti ujian darah, pengimejan dan sebagainya yang dapat digunakan untuk mengesahkan autisme. Diagnosis masalah autisme hanya dapat dilakukan secara pemeriksaan klinikal iaitu berdasarkan pemerhatian dan rekod tingkah laku komunikasi dan tahap perkembangan kanak-kanak.
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
Guys, cat adoption drive at AEON Big Wangsa Maju.
If you can't adopt, please share. Your repost might help them find a home. All adults, neutered, vaccinated, dewormed & flea free.
Small fee (consider it a good cause). Until Sunday only!
Buat anak2 perempuan zaman sekarang, pesan I satu je, sedangkan nikah elok elok depan makpak, tok kadi segala, register properly before akad and all, pun ada lelaki boleh buat you macam sampah, apatah lagi bila korang kawen lari kat siam & tak register bila balik Malaysia.
Tindakan TEGAS mesti di ambil. Jika bukan sekarang bila lagi???
Kemarahan rakyat akibat pemandu mabuk ini sudah sampai ke kemuncaknya.
Hukuman sedia ada iaitu penjara minimum 5 tahun, maksimum 10 tahun dan denda minimum RM20,000 & maksimum RM50,000.00, serta hilang kelayakan memiliki lesen selama 5 tahun; hukuman ini ternyata GAGAL memberi pengajaran kepada pemandu-pemandu di luar sana.
Pindaan undang-undang mesti dilakukan segera khusus untuk PEMANDU MABUK & MENGAKIBATKAN KEMATIAN.
Pindaan terhadap peruntukan undang-undang semasa dilihat wajar dibuat menjadi MEMBUNUH TANPA NIAT terhadap PEMANDUAN MENYEBABKAN KEMATIAN AKIBAT MABUK (dadah/arak/seumpanya). Jika ini boleh dilakukan maka, pemandu-pemandu mabuk yang sabit salah akan berdepan dengan hukuman penjara sehingga 30 tahun.
Pindaan juga wajar di buat untuk membolehkan pampasan wajib diberikan kepada waris mangsa.
*kredit kepada pemilik video.
Anak-anak yang jadi breadwinner dalam keluarga mesti faham and boleh relate dengan scene ni… kadang orang tak pernah tanya keadaan kita okay atau tak, padahal kita sendiri pun perlu tempat nak bersandar :(
Dunia berdepan krisis tenaga akibat konflik di Asia Barat yang dicetuskan oleh rejim Zionis Israel dengan dukungan Amerika Syarikat.
Dua minggu lalu, Kerajaan memaklumkan subsidi bahan api meningkat kepada sekitar RM3.2 bilion. Hari ini, jumlah itu terus melonjak sehingga mencecah RM4 bilion sebulan.
Sejak awal konflik ini, Kerajaan MADANI telah bertindak awal untuk memastikan bekalan tenaga kekal mencukupi tanpa mengorbankan kesejahteraan rakyat.
Namun, ikhtiar ini berdepan cabaran besar susulan situasi yang kian meruncing di Asia Barat. Kerajaan perlu mengimbangi antara kemampanan fiskal dengan keperluan memastikan bekalan tenaga terus dapat dinikmati rakyat sepanjang krisis ini.
Justeru, saya telah umumkan beberapa langkah penting:
⛽ Harga RON95 kekal RM1.99 seliter dengan pelarasan kepada 200 liter sebulan bermula 1 April 2026
📊 Hampir 90 peratus rakyat tidak terkesan
🏍️ Had 800 liter dikekalkan bagi e-hailing
🚛 Had pengisian diesel dilaksanakan secara sementara di Sabah, Sarawak dan Labuan
👮 Penguatkuasaan dipertingkat bagi mengekang ketirisan
Langkah sementara ini memastikan majoriti rakyat terus dilindungi, bekalan kekal stabil dan negara kekal bertahan dalam ketidaktentuan global.
Saya turut merakamkan penghargaan kepada rakyat yang cakna dan tampil melaporkan aktiviti mencurigakan di stesen minyak, sekali gus membantu melindungi subsidi daripada diseleweng.
Dalam tempoh mencabar ini, disiplin dan kebersamaan kita menjadi kekuatan utama. Saya memohon kerjasama semua untuk terus berhemah dan memahami langkah yang diambil demi memastikan bekalan kekal terjamin untuk semua.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#RancakkanMADANI
#YakinMADANI
Insya-Allah, saya akan menggariskan langkah-langkah strategik negara dalam memperkukuh kesiapsiagaan mendepani krisis tenaga global susulan konflik di Asia Barat, dengan pendekatan yang tegas, terancang dan berpaksikan kepentingan rakyat serta ketahanan negara.
Nantikan jam 6.30 petang ini.
#MalaysiaMADANI
Salam Syawal 🇲🇾 MADANI ❤️,
إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Pagi tadi di Hospital Selayang, Allahyarham Muhammad Zahran telah dipanggil pulang ke negeri abadi. Walau jasadnya tiada, beliau meninggalkan "nyawa" buat insan lain melalui hati, buah pinggang, kornea & jantung yang didermakan. 🌺🌺
Saya amat terharu dengan kecekalan ibu arwah. Beliau adalah simbol sebenar “Warisku, Hormati Ikrarku.” Di saat hiba menyelubungi hati, beliau memilih untuk memuliakan hasrat terakhir anaknya...
Moga Allah SWT mencucuri rahmat dan keampunan ke atas roh Allahyarham serta menempatkan beliau di Jannah Firdaus yang tertinggi. Al-Fatihah. 🤲🌹
Walau >400k telah berikrar di MySejahtera, >10k rakyat kita masih menanti keajaiban di senarai menunggu kerana waris penderma tidak menjiwai hasrat murni penderma.
Saya sangat sedar keperluan untuk ikrar digital yang murni ini dimaklumkan awal bersama keluarga anda hari ini.
Tahun 2026 adalah ‘Misi Nasional’ KKM untuk memartabatkan agenda ‘Organ Transplant’
“My Family, Respect My Pledge”
#WariskuHormatiIkrarku #MalaysiaMADANI #KKMPrihatin
Alhamdulillah, saya telah membuat beberapa pengumuman khusus buat rakyat menjelang perayaan Aidilfitri membabitkan:
• Cuti tambahan pada Jumaat atau Isnin, tertakluk kepada tarikh Hari Raya Aidilfitri.
• Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Aidilfitri berkuat kuasa 14 hingga 28 Mac 2026.
Moga inisiatif ini dapat membantu meringankan kos sara hidup rakyat, memastikan harga barangan kekal berpatutan, selain memudahkan perjalanan pulang ke kampung halaman.
Semoga Syawal yang bakal tiba membawa lebih kebahagiaan, keberkatan dan kesejahteraan buat seluruh rakyat Malaysia.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#RancakkanMADANI
#YakinMADANI